Merawat Kulit Kering Atau Bersisik

Posted by Unknown at Jumaat, Jun 12, 2009
Masalah kulit kering atau kulit bersisik pada bahagian kaki akan menimbulkan rasa kurang selesa pada anda. Terutamanya bagi si gadis atau kaum wanita. Anda tentu risau jikakalau keadaan ni berterusan.

Untuk merawat masalah ini, anda boleh cuba satu petua. Iaitu dengan menggunakan minyak kelapa yang masih belum digunakan lagi.


Gambar hiasan - 4spectrum.us




Caranya:

Sapukan minyak kelapa pada kaki anda setiap hari. Sebaiknya, anda sapulah pada waktu pagi dan malam (iaitu sebelum masuk tidur).

Amalkan sehingga kulit anda sembuh dan licin seperti biasa.


Selamat Mencuba!



p/s: Bagi anda yang ada masalah kulit kering di muka, ada satu petua yang boleh digunapakai dengan merujuk post "Minyak Zaitun Melicinkan Kulit Kering" (klik).

22 komen on "Merawat Kulit Kering Atau Bersisik"

Tanpa Nama berkata...

salam, sy ada masalah kulit kering ys sgt serius. kaki, tangan n even kulit dkt muka pun. kadang kadang rasa kulit menegang je waktu duduk dlm air conditioned room. selain dr minyak kelapa, ada cra lain x? dr segi pemakanan ke? nway, mne nk cri minyak kelapa neh? ada jual kat kedai ke? =)

oktant on Mac 04, 2011 6:46 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam. Awak boleh banykkan meminum air masak setiap hari. Lebih-lebih lagi kalau duduk dalam bilik aircond.

Boleh pakai baby oil jugak selain daripada minyak kelapa/minyak kelapa dara.

Minyak kelapa dara dah banyak dijual di kedai. Cuma pastikan awak beli yang ori la.

Ataupun awak boleh gunakan juga minyak zaitun ~ Minyak Zaitun Melicinkan Kulit Kering

Harap membantu.

Tanpa Nama berkata...

minyak kelapa tu apalah?
minyak pakai memasak kah?
mksud saya minyak masak kelapa sawit la?
maaf..x faham sangat

oktant on Oktober 27, 2011 5:12 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Minyak yg diperbuat drpd buah kelapa. Selalunya digunakan oleh kaum India.

bey0nd7 on Januari 12, 2012 9:57 PG berkata...

Minyak zaitun @ johnson's baby oil boleh guna x?

Unknown on Januari 12, 2012 1:43 PTG berkata...

@ bey0nd7: Boleh juga.

Tanpa Nama berkata...

saya ade masalah kulit kering sangat2,dan gatal.. kadang saya rasa malu nak pakai seluar pendek bila lepak bersama kawan2... saya malu kawan nampak kulit kering saya... saya takut mereka panggil saya kaki (ular) sebab kaki saya dah terlampau kering... masalah saya yang kurang minat minum air juga adalah salah satu masalah besar... boleh tolong saya selesaikan masalah ini tolong selesaikan masalah yang saya hadapi 3 tahun ini...

oktant on Februari 18, 2012 12:46 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Cuba sapukan minyak gamat pada kawasan yg kering setiap malam.

Kalau takde minyak gamat, minyak zaitun pun boleh.

Selain itu, boleh sental kulit kering tu dgn nanas. Kemudian, biarkan ia seketika. Lepas tu basuh ataupun terus mandi.


P.S: Kalau boleh, betulkan niat anda tu yea. Kecantikan bukanlah utk ditunjuk2 atau ditayang2 kat org lain.

Tanpa Nama berkata...

saya mempunyai masalah kulit yg serius..saya harap anda boleh berkongsi petua untuk menghilangkan kulit bersisik saya:(

oktant on Mei 12, 2012 11:14 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Awak dah cuba petua di atas?

Sekiranya dah amal petua di atas, tapi masih tiada perubahan, cuba gunakan minyak zaitun.

Ia bukan saja baik utk muka awak, malah utk bahagian tubuh yg lain juga.

Saya sertakan sekali lagi pautannya ~ Minyak Zaitun Melicinkan Kulit Kering [Sila klik]

oktant on Mei 12, 2012 11:21 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Sebagai tambahan, saya sertakan beberapa petua tambahan utk merawat kulit bersisik;

1. Cara Melembutkan Kulit Dengan Limau Nipis

2. Petua Atasi Kulit Bersisik Dengan Nanas

3. Licinkan Kulit Anda


Harap ia membantu awak. :)

HAMBA ALLAH berkata...

kulit kaki sye sgt kring.. blew garu ia akn tmb0l sperti serb0k putih2.. blew bs0h dgn air srb0k putih2 tu akn hlang.. kdng2 rse gatal. ape tips slain tips d ats?

oktant on Julai 03, 2012 8:59 PTG berkata...

@ HAMBA ALLAH: Selain minyak kelapa, saudara boleh sapukan minyak gamat ataupun minyak minyak zaitun.

Sapukan minyak tersebut pada bahagian kulit yg kering dan amalkan setiap hari.

Lagi satu, perbanyakkan meminum air kosong/mineral ya. :)

Tanpa Nama berkata...

kulit paha saya gatal dan saya selalu menggarunya sehingga kulitnya kelihatan seperti ada kurap...bagaimana menghilangkannya? adakah sebab faktor seluar dalam juga menyebabkan sedemikian?

Tanpa Nama berkata...

kalau faraj yang gatal yang hendak di cucuk penis? bagaimana?

oktant on September 11, 2012 5:22 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Kalau gatal, sebaiknya elakkan daripada terus menggaru apabila rasa gatal. Sebaliknya, cuba sapu bahagian yang gatal dengan minyak bersesuaian.

Contohnya spt minyak kelapa, minyak bayi(baby oil), minyak gamat ataupun minyak zaitun.

Jika ada kesan, cuba sapu dengan minyak gamat atau minyak bayi.

Tapi, jika awak pasti ia adalah kurap, cubalah petua hilangkan kurap di sini.

Ataupun boleh juga gunakan sabun taharah.

Sebagai langkah pencegahan, pastikan pakaian awak baik di dalam mahupun di luar dalam keadaan bersih. Itu saja.


- Kalau faraj dah gatal, jawabnya nikah ajelah. Kan mencari yang halal itu lebih baik. :D

Jika belum berkemampuan, berpuasa. Ataupun sibukkan diri dengan aktiviti yang awak sukai.

Tapi pastikan ia berfaedah dan membawa manfaat buat diri sendiri mahupun orang lain.

Tanpa Nama berkata...

klau guna bio oil boleh x?

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum, kaki saya menjadi kering sehingga bersisik yg sangat teruk. apakah cara yg paling mujarab antara Di atas ini untuk mendapatkan
semula kaki yang licin?

oktant on November 24, 2012 2:25 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt.

Sebenarnya ia bergantung kepada keserasian kulit awak. Sebab tidak semua orang akan serasi dengan sesuatu petua atau rawatan melainkan dengan izinNya.

Wallahu'alam.

Tanpa Nama berkata...

salam , saya mengalami kulit kering da bersisik di bahagiaan tangan da juga kaki .. apabila digigit nymuk kulit saya akan kelihatan lagi teruk seperti berair .. ada x petua untuk menyelesaikan masalah untuk kilit saya ni ..

oktant on Ogos 17, 2013 1:46 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt.

Kebelakangan ini saya pun sering mengalami masalah digigit nyamuk setiap malam.

Apa yang saya sedang amalkan ialah sapukan madu lebah asli pada kawasan kulit yang mengalami gigitan setiap hari.

Alhamdulillah, nampak perkembangan positif dari hari ke hari.


Harap awak pun dapat mencubanya ya.

BOTA BEST ENTERPRISE on Januari 21, 2014 4:28 PTG berkata...

Salam...saya mengalami masalah kulit kering, bersisik dan merekah-rekah di betis dan juga di tangan. Masalah ini dh berlarutan dan lebih kurang 5 tahun ia masih begini. Dah banyak saya pakai losyen yang saya sapukan di tangan dan kaki. Namun, Ia masih tak berhasil sehingga saya rasa amat malu dan terasa saya tidak seperti wanita-wanita yang lain. Saya amat berasa rendah diri dengan keadaan saya sebegini. Boleh kah masalah kulit pada kaki dan tangan saya ini hilang dengan mengamalkan petua di atas walaupun ia sudah melebihi 5 tahun?

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez