Cara Melembutkan Kulit Dengan Limau Nipis

Posted by Unknown at Rabu, Mei 04, 2011
Limau nipis bukan saja bagus untuk mencantikkan kulit muka anda. Jika dulu, saya pernah memuatkan artikel mengenai Penjagaan Muka Dengan Tomato dan Limau Nipis. Di mana penggunaan limau nipis hanya tertumpu pada kulit muka.


gambar limau nipis untuk melembutkan kulit

Limau Nipis - palmagro.in



Kini, saya ingin kongsikan pula dengan anda bagaimana memanfaatkan khasiat limau nipis ke seluruh kulit anda. Ia mampu melembapkan kulit anda yang kering ataupun bersisik.


Nak tahu caranya?


Oke, begini....


1) Sediakan beberapa biji limau nipis yang telah dibelah dua untuk digosokkan ke seluruh tubuh anda.

2) Mandi seperti biasa dengan meratakan air ke seluruh anggota tubuh anda.

3) Kemudian, gosokkan limau nipis tadi ke seluruh tubuh anda.

4) Pastikan ekstrak limau nipis tadi digosok pada bahagian kulit yang bermasalah seperti siku, tangan, kaki, betis ataupun muka.

5) Akhir sekali, bilas semula badan anda dengan air bersih dan lapkan dengan tuala bersih.

6) Bagi kepuasan yang lebih, anda boleh sapukan losyen badan ke seluruh tubuh terutamanya pada bahagian yang kulit yang kering atau bersisik.


Sekarang, anda sudah tahu cara mudah untuk melembutkan kulit, mengatasi kulit kering dan bersisik, kan? Amalkannya dan usah lokek kongsikannya dengan rakan yang lain tau. :)


Selamat Mencuba!

21 komen on "Cara Melembutkan Kulit Dengan Limau Nipis"

Tanpa Nama berkata...

sy mandi tiap2 hari pakai limau hasil ye trnyate benar..(myra)

Unknown on Disember 25, 2011 9:22 PTG berkata...

@ myra: Terima kasih myra. ;)

Tanpa Nama berkata...

mintak2 berkesan :)

Unknown on Januari 13, 2012 2:38 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Mudah-mudahan begitulah. Insya-Allah.

Tanpa Nama berkata...

Kalau untuk muka boleh ke?

oktant on Februari 06, 2012 4:33 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Boleh. Cuba ikuti petua ini ~ Penjagaan Muka Dengan Tomato dan Limau Nipis.

Harap ia membantu.

Tanpa Nama berkata...

bru sa tw.. nti sa try berkesan ker x.. hehe

oktant on April 17, 2012 12:45 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Baiklah, silakan mencubanya. Mudah-mudahan berkesan. Amin.

Tanpa Nama berkata...

lepas gosok ngn limau kne sabun ke xpayah..

oktant on April 23, 2012 3:27 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Awak tak perlu sabun badan selepas gunakan limau. :)

Tanpa Nama berkata...

bekesn ker... klu mc 2 nk cuba laa

oktant on Mei 10, 2012 10:53 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Insya-Allah berkesan jika diamalkan. Cubalah. Moga awak berjaya ya. :)

Tanpa Nama berkata...

Blh try nim :)

oktant on Jun 21, 2012 10:22 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Ya, silakan mencubanya. :)

Tanpa Nama berkata...

akak tips membuang kotoran kat muke dex naa adew taa akak syunkk hehehe...

oktant on September 07, 2012 4:35 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Kotoran yang bagaimana tu dik?

Tanpa Nama berkata...

Boleh buat hari2 ke? X de side effect?

oktant on November 16, 2012 10:12 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Boleh. Usah bimbang. InsyaAllah tiada masalah.

rara's on Oktober 06, 2013 10:59 PG berkata...

limau kasturi ni klu sapu kat kaki yg berparut berkesan tak ? atau pada kaki yg gatal2 - sy kulit sensitif .

oktant on Oktober 07, 2013 12:47 PTG berkata...

@ rara's: Kalau parut, saya lebih syorkan rara sapu dengan lendir lidah buaya (aloe vera) ataupun perahan asam jawa.

Tapi kalau hanya untuk gatal-gatal, boleh sapu pada kaki. Malah kalau nak sapu di anggota badan yang lain pun boleh.
Pendek kata, boleh sapukan pada satu badan.

Tanpa Nama berkata...

bagus petua ini. ingin cuba la....

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez