Cara Melambatkan Muka Berkedut

Posted by Unknown at Selasa, Jun 02, 2009
Adakah anda ingin mengekalkan keremajaan kulit wajah? Dewasa ini, saya yakin kebanyakan anda akan mengatakan YA. Siapa yang nak nampak tua, kan? Mestilah nak "maintain" awet muda. Sentiasa kelihatan 10 atau 20 tahun lebih muda dari usia sebenar. Tu yang sampai ada yang sanggup berhabis duit cucuk sana cucuk sini. Jangan marah ea.

Satu faktor yang menandakan anda semakin berusia adalah kedutan yang timbul pada wajah. Ataupun wajah berkerut. Terutamanya di bahagian dahi dan di tepi mata. Itu adalah perkara biasa. Tiada apa yang perlu anda risaukan.


Tapi kalau anda tahu serta rajin mengamalkan petua kecantikan tertentu, pasti kulit muka anda kan lebih lambat kedut. Ataupun kalau anda masih muda, ia akan lebih tegang gitu.

Salah satu petua melambatkan muka berkedut yang boleh saya tonjolkan di sini adalah dengan menggunakan minyak sayuran dan kuning telur.

gambar minyak sayuran
Gambar hiasan - current.com

gambar kuning telur



Beberapa langkah yang boleh anda praktikkan adalah:


1. Anda perlu menyediakan topeng muka (masker) buatan sendiri.

2. Ambil sebiji telur dan gunakan bahagian kuning telur saja. Bahagian putih tu anda boleh simpan dulu buat masa ni.

3. Kemudian, titiskan beberapa titik minyak sayuran ke atas kuning telur tadi.

4. Kacau campuran itu hingga sebati. Pastikan campuran tersebut tak terlalu pekat atau cair.

5. Sapukan campuran tersebut ke seluruh wajah anda dan biarkan sehingga ia kering. Lebih kurang dalam 15 ke 20 minit.

6. Kemudian barulah anda cuci muka dengan air bersih.


Anda boleh mengamalkannya 1 atau 2 kali dalam seminggu sebagai permulaan. Kemudian, bila kulit anda dah bertambah baik, boleh jarakkan sikit tempohnya. Contohnya macam anda buat 2 minggu sekali atau sebulan sekali.

Kalau anda nak buat topeng muka tadi dengan menggunakan putih telur pun boleh. Buat selang seli. Sekali guna kuning telur + minyak sayur. Giliran seterusnya anda pakai formula putih telur + minyak sayur. Kedua-dua bahagian telur tu baik untuk kulit. Kalau tak diguna, membazir pula nanti.


Selamat mencuba dan moga muka anda tidak berkedut lebih awal daripada sepatutnya. =]

13 komen on "Cara Melambatkan Muka Berkedut"

Tanpa Nama berkata...

selain daripada minyak sayuran, boleh guna minyak kelapakah?

oktant on Jun 11, 2009 8:59 PG berkata...

@Tanpa Nama: Boleh saja saudara. Janji minyak kelapa tu masih baru. :)

Nak sapu kat tangan atau kaki pun boleh gak.

Tanpa Nama berkata...

mak sye kata,
pakai krim muka khususnya remaja bawah 16 tahun,muka kite akan cepat berkedut.
ayah saya pula kata krim muka akan buat muka kita jd teruk bila tua..
betulke???

oktant on Oktober 07, 2009 6:19 PTG berkata...

Boleh saya tahu krim muka yang macamner saudara/i maksudkan?

Kalo krim pelembap (moisturizer), rasanya takder masalah. Malah jika awak selalu terdedah kpd cahaya matahari, lebih elok pakai krim pelembap.

Tanpa Nama berkata...

setahu saya krim pemutih bley mempercepatkan penuaan pada kulit wajah

Unknown on Disember 08, 2009 12:07 PG berkata...

saya pernah terbaca gak mengenai kesan penggunaan krim pemutih muka ni dulu. sejak drpd tu, saya mmg elakkan pakai pencuci/krim yg bertindak utk memutihkan kulit muka.

awak boleh pilih pencuci yg ada bahan spt "tea tree oil" atau timun. bahan2 lain spt aprikot pun boleh. ikut kesesuaian kulit anda lah. :)

fayla berkata...

oktant, kalu ganti dgn myk zaitun boleh x?

oktant on Februari 08, 2010 6:19 PTG berkata...

@ fayla: Rasanya tiada masalah. Minyak zaitun memang baik untuk kulit muka dan juga kulit lain di badan. :)

Tanpa Nama berkata...

sy bekerja dlm suasana yg berhawa dingin...dah plbgi jns krim sy cuba..ada cara tak nak lindungi kulit dlm suasana yg berhawa dingin...supaya kulit sntiasa lembab..^_^

Admin on September 20, 2010 8:32 PTG berkata...

tukar link nak tak?

oktant on September 21, 2010 2:05 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Cuba awak ikuti petua lepas kat SINI. Harap membantu. :)

@ cf-ipm: Boleh saja. Nanti berikan sy link blog & keyword.

Tanpa Nama berkata...

ayie : sye keliru..!!!
slpas pkai telur kning bley trus pkai tlur
pth kr atau tnggu beberapa hri lg?

oktant on Mac 19, 2012 1:00 PTG berkata...

@ ayie: Utk petua ini, guna kuning telur saja. Putih telur tidak diperlukan.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez