3 Kegunaan Air Kelapa Dalam Hidup Anda

Posted by Unknown at Selasa, Jun 30, 2009
Pokok kelapa telah diciptakan oleh-Nya dengan pelbagai kegunaan. Setiap inci daripadanya boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Antara kegunaan biasa ialah digunakan bahan masakan, minuman, mainan kanak-kanak suatu masa dulu, perubatan tradisional dan ada juga yang menjadikan buah kelapa sebagai bantal.


Jadi, di sini saya akan kongsikan 3 kegunaan air kelapa untuk anda iaitu;


1. Mengubati demam campak


Sama ada demam campak ataupun demam yang berlanjutan, anda boleh minum air kelapa muda untuk menurunkan panas badan dan menyembuhkan demam campak.


Caranya;

- Ambil sebiji kelapa muda dan belah untuk mendapatkan airnya.

gambar kelapa muda

Gambar hiasan - AllProduct.com



- Tuangkan air kelapa muda tu dalam ke dalam cawan. Kira-kira dalam setengah cawan pun dah cukup.

- Amalkan meminumnya sehinggalah demam anda tu sembuh.


Namun begitu, anda juga boleh meminum air kelapa muda begitu saje. Tak payah tuang ke dalam cawan. Sesetengah pendapat mengatakan yang cara ni lebih berkesan.

Cuma cara yang pertama tadi tu mungkin sesuai ditujukan untuk kanak-kanak. Sebab kadang-kadang ada di antara mereka yang taknak minum air secara terus dalam buah kelapa tu. Sebagai alternatif, anda tuangkanlah ke dalam cawan. :)



2. Penawar racun


Sekiranya anda atau sesiapa saja yang terminum racun, segera berikan mangsa minum air kelapa muda sebanyak mungkin. Tujuannya supaya keadaan mangsa tidak melarat.

Kemudian, anda bawalah mangsa berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.



3. Menambahkan keenakan masakan anda


Satu lagi kegunaan air kelapa ialah sebagai bahan untuk mengenakan masakan anda. Tapi kali ini ialah air kelapa tua.

gambar kelapa tua

Gambar hiasan - Wikimedia



Selalunya, kalau anda beli kelapa kat kedai rucit, mesti pekedai tu belah dan terus buang air kelapa macam tu aje, kan?

Tapi, sebenarnya air kelapa tua ni pun ada kegunaannya tau. Ya, ianya dikatakan mampu menambahkan kelazatan masakan anda.


Caranya begini;


Setiap kali anda memerah kelapa parut tu, perahlah ia dengan menggunakan air kelapa. Khasiatnya ialah masakan anda bukan saja lebih enak malah akan tahan lama. Atau dalam bahasa lain, ia dapat mengelakkan masakan anda daripada cepat basi. :)


Selamat Mencuba!

7 komen on "3 Kegunaan Air Kelapa Dalam Hidup Anda"

Tanpa Nama berkata...

Tak tau la pulak kita....

jecie berkata...

pena sya mnum air kelapa time2 sya demam..truz b'tmbh demam lgi..knpa 2??

oktant on Jun 08, 2010 2:36 PTG berkata...

@ jecie: Mungkin itu satu proses penyembuhan. Boleh saya tahu, awak minum air kelapa tu berapa kali?

Tanpa Nama berkata...

air kelapa penawar demam panas gak..kalu demam lain macam leh minum air kelapa banyak2..

Tanpa Nama berkata...

hHhhhh yErRrrrrr kHeRrrrr...........???

tak taw plk air klpa niey bnyak kgunaan_nyerrrrrrrrrr.... kn3x

Tanpa Nama berkata...

nak kongsikan lagi satu kebaikan air kelapa ni ialah ketika mengandung amalkan meminumnya kerana ia akan mencantikkan, mnghaluskan kulit byi.. dah trbukti sebb waktu sya mngandungkan ank pertama saya suka sngat minum air kelapa asli. hasil nya bila ank sya lahir kulit nya putih bersih,

oktant on Mac 29, 2013 12:54 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih banyak di atas perkongsian puan ya.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez