Cara Menghilangkan Jerawat dan Bintik Hitam

Posted by Unknown at Khamis, Februari 16, 2012
Ramai di antara kita amat runsing dengan masalah jerawat dan bintik hitam yang ehhh... tetiba jer muncul. Saya faham benar dengan situasi tersebut. Kurang keyakinan dan teramat malu nak berdepan dengan orang lain. Terutamanya mereka yang masih remaja, kannn? Memasing nak menghilangkan jerawat dengan sekelip mata cepat aje.

Sekiranya anda nak hilangkan jerawat dengan cepat, anda takkan menjumpainya di sini. Tapi, kalau anda mahukan cara yang lebih mudah, mungkin ia sedikit mengembirakan. :)


Cara yang dimaksudkan ialah dengan mengamalkan pemakaian sabun taharah. Sabun seluruh tubuh badan anda dengan sabun taharah setiap kali mandi. Lepas itu, biarkan ia menyerap ke kulit anda dalam 30 saat. Kalau nak lama sikit pun boleh.

Akhir sekali, bilas muka dan tubuh badan dengan air secukupnya. Itu saja. Mudah, kan?

Andainya anda belum pernah tengok bagaimana rupanya, lihat saja gambar di bawah. Kalau tak cakap pun, anda dah tahu, kan? Pandai! 


Sabun Taharah


Sabun taharah ni banyak khasiatnya. Selain menghilangkan jerawat dan jeragat, saya senaraikan sebahagiannya khas untuk anda yea;

~ Mengurangkan garis penuaan dan kedutan

~ Menghilangkan penyakit kulit seperti gatal-gatal kulit, kudis, kulit kering, kurap, panau dan tumit pecah.

~ Menghalus serta melembabkan kulit

~ Menghilangkan bau badan


Tapi, di mana nak dapatkannya??? Carilah saja di farmasi yang berdekatan. Pasti ada. Harga yang tertera, biasanya RM5.90. Tapi anda boleh dapat RM5 sekotak, bergantung pada kedai.

Jika anda masih tak dapat cari, nak beli secara online pun boleh. Anda perlu tambah kos penghantaran saja. Taipkan saja "sabun taharah", anda mesti jumpalah. =)


Selamat mencuba sabun taharah yea!


P.S: Masa saya beli sabun taharah ni pada 2/2/2016, harganya dah berubah kepada RM7 sekotak. Harap maklum ya.



43 komen on "Cara Menghilangkan Jerawat dan Bintik Hitam"

Tanpa Nama berkata...

MACAM MANA NAK HILANG KAN RUAM PADA MUKA .

oktant on Mac 31, 2012 1:05 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Boleh cuba gunakan sabun taharah ni jika ada ruam.

Tanpa Nama berkata...

cam mne itew nk hilangkan jerawat yg bru....munking jerawat yg baru mudah hilang ..kan????

oktant on Mei 08, 2012 3:25 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Pertama sekali, teruskan rutin penjagaan muka spt biasa.

Kemudian pada waktu malam sblm tidur, cuba sapu minyak gamat pd jerawat ataupun keseluruhan muka.

Esok pagi barulah cuci muka dgn air biasa.

Unknown on Mei 09, 2012 11:25 PTG berkata...

First time dengar sabun ni maybe boleh cuba nanti :) Muka ni luar dalam kene jaga kan? Luaran mcm guna sabun or facial foam/cleanser yang sesuai..

Also, dalaman pon perlu mcm vitamin2..Adaa dah amalkan supplement dan Alhamdulillah kulit dh kurang jerawat :)

kulit bebas jerawat/rahsia kulit mulus dan berseri/hormone kembali stabil/rahsia mendapatkan kulit cantik/supplement dan kecantikan

Unknown on Mei 10, 2012 12:47 PG berkata...

@ adaa: Betul tu. Sebaik-baiknya kita jaga luar dan dalam. :)

Tanpa Nama berkata...

klau sapu kt muka tu,sapu seluruh muka bley x

Tanpa Nama berkata...

klau sapu kt muka tu,sapu seluruh muka bley x

oktant on Mei 22, 2012 11:27 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Boleh. Lepas tu bilas dgn air sampai betul-betul bersih agar kulit muka tak kering.

Selain muka, badan pun boleh.

Tanpa Nama berkata...

Bagus jgk sabun taharah ni.

Tanpa Nama berkata...

Ok.

Tanpa Nama berkata...

Ok.

oktant on Julai 09, 2012 8:59 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Ya. Saya pun dah tak pakai pencuci muka lain sejak pakai sabun taharah ni.

Alhadulillah, keadaan kulit muka tetap dalam keadaan baik.

Cuma, pastikan bilas dengan air yang secukupnya. Jika tidak, berkemungkinan kulit akan kering.

Tanpa Nama berkata...

betul ke bende ni boleh hilangkan jerawat n bintik hitam.. lagi satu kaki saya ade kesan kudis kene gigit nyamok rasenye leh hilang x kesan kudis ni.. lagi satu pulak .. kalw da gune sabun tahara ni kene basuh gune air yg banyak dengan sebersih-bersihnya ..klaw x kesan sampinganya kulit cume kering je ye ... kalw kite da gune sabun ni ... pastu die berkesan kt kulit kite .. lepastu kite stop gune ..ataupun gune produk yg lain lak.. ade x kesan sampinganya.. ?? hihihi cume nak tanya je jgn marah (^_^)

oktant on Julai 10, 2012 12:02 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Sebenarnya, sukar saya nak jawab sama ada ia betul-betul boleh hilangkan jerawat ataupun sebaliknya.

Sebab, ia bergantung pada seseorang. Ada yang sesuai dan begitulah sebaliknya.

Untuk saya, Alhamdulillah. Ia memang sesuai. :)


Cuma bintik hitam tu, boleh gunakan petua tambahan dengan;

Celupkan tisu pada 1 biji putih telur ayam, dan lekapkan pada muka. Pastikan dilekap pada bahagian yang ada bintik-bintik hitam.

Selepas 20-25 minit, tarik tisu tu perlahan-lahan dan cucilah muka dengan air bersih.

Lakukan petua ni sebulan sekali.


Seterusnya, bagi kesan kudis, cuba awak sapukannya dengan madu lebah asli.


Mengenai sabun taharah tu, saya jawab ya. Sebab masa mula-mula pakai di muka dulu, kulit muka saya terasa agak kering.

Penyelesaiannya, saya basuh muka dan anggota badan dengan lebih sempurna. Selain itu, lebihkan juga meminum air masak/suam/mineral.


Kalau berhenti menggunakannya, saya tak pasti ada kesan sampingan atau sebaliknya. Sebab saya belum berhenti gunakannya atau beralih ke produk lain.


Tapi bagi memudahkan awak, jika rasa sesuatu produk tu sesuai dengan kulit awak, teruskan saja penggunaannya. Tak perlulah bertukar kepada produk lain yang belum pasti keberkesanannya. Itu saja. :)

Tanpa Nama berkata...

thank q arr utk tips hlangkan bintik htam 2..

oktant on Julai 23, 2012 12:19 PG berkata...

@ Tanpa Nama: You're welcome. :)

Tanpa Nama berkata...

saya guna beras yg diblend dgn kunyit hidup untuk menyental muka..mcm scrub..berkesan juga jika diamalkan..kulit rasa lembut dan halus..

oktant on Ogos 17, 2012 3:15 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih di atas perkongsian awak.

Tanpa Nama berkata...

boleh juga mengamalkan cara menghilangkan jerawat yang betul. boleh dapatkan tips di caramenghilangkanjerawat.com.my tq

iza berkata...

Hari ni baru sy jumpa sabun utk masalah sy..dah merata sy cr..tk da utk jrwt kat blkng sy.

oktant on Oktober 10, 2012 6:54 PTG berkata...

@ iza: Iza perlu pakai dalam beberapa bulan baru nampak perubahannya.

Kalau tak berkesan juga, awak cuba ikuti nasihat doktor jerawat di sini.

Tanpa Nama berkata...

dimana nak beli sabun taharah tu

oktant on Oktober 19, 2012 9:34 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Cuba awak cari di farmasi berdekatan. Tapi kat Watson & Guardian saya belum nampak lagi.

Tanpa Nama berkata...

sabun taharah ni ada tiruan tak??takut la nak beli. .

oktant on Oktober 21, 2012 8:31 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Maaf, saya kurang pasti mengenainya. Jika ada info berkaitan, saya akan kemaskini di blog ini.

oktant on Oktober 21, 2012 10:15 PTG berkata...

Sedikit info buat rakan-rakan yang bimbang dengan produk tiruan sabun taharah.

Bagi memastikan sabun taharah yang anda beli asli, cuba lihat di belakang kotak sabun tersebut.

Pastikah tertulis "manufactured for": TAHARAH GLOBAL (M) SDN. BHD. (750154-D) formerly known as Tazqiah Global Sdn. Bhd.

Harap info ini membantu anda.


p.s: Jika ada perkembangan terbaru, saya akan kongsikannya. Terima kasih.

Unknown on November 02, 2012 9:39 PG berkata...

Just nak share lah kat sini..saye mmg dah lame amalkan sabun ni..memang berkesan dah 2 bulan dah gune xder parut dah kt muke jadik licin jer..dulu macam2 gune tp x jugak hilang then mak bg sabun ni suh try..dah mls nk try tp pakai jerk la..time raye hr tu muke mcm ade mngelupas 2 3 hari pelik gak lepas habis mengelupas tu tengok2 eh kulit licin dah dgn bekas2 jerawat sekali hilang..skrg happy jer kulit muke dah bersih..korang2 cube lah yerk..klw kerap pakai insyaAllah 2 minggu bole nmpak hasil..sy pakai setiap kali mandi n setiap kali nk cuci muke

Unknown on November 02, 2012 9:42 PG berkata...

Just nak share lah kat sini..saye mmg dah lame amalkan sabun ni..memang berkesan dah 2 bulan dah gune xder parut dah kt muke jadik licin jer..dulu macam2 gune tp x jugak hilang then mak bg sabun ni suh try..dah mls nk try tp pakai jerk la..time raye hr tu muke mcm ade mngelupas 2 3 hari pelik gak lepas habis mengelupas tu tengok2 eh kulit licin dah dgn bekas2 jerawat sekali hilang..skrg happy jer kulit muke dah bersih..korang2 cube lah yerk..klw kerap pakai insyaAllah 2 minggu bole nmpak hasil..sy pakai setiap kali mandi n setiap kali nk cuci muke

oktant on November 02, 2012 5:58 PTG berkata...

@ Chenta arifudome: Terima kasih banyak atas perkongsian awak setelah menggunakan sabun ini. :)


p.s: Semasa proses rawatan jerawat, kulit kita memang akan mengelupas sedikit.

tyrangee~ on November 07, 2012 7:48 PG berkata...

Sabun ni ada chemical yg merbahaya x utk kulit.selamat pakai? Untuk remaja belasan tahun boleh pakai tak

oktant on November 08, 2012 3:15 PTG berkata...

@ tyrangee~: InsyaAllah ia selamat dipakai oleh semua golongan remaja. Sama ada jenis kulit kering ataupun kulit berminyak.

Malah dibuat sama' & membasuh sayur-sayuran. :)

kart_teena on November 26, 2012 10:03 PTG berkata...

rasa nak cuba lah sabun nie..nanti lah check kat farmasi..

oktant on November 26, 2012 10:58 PTG berkata...

@ kart_teena: Cubalah. Sabun taharah ni ada 2 jenis.

Kalau yang dalam gambar di atas boleh juga diguna untuk buat samak.

Satu lagi, khas untuk muka. Ada minyak zaitun dan minyak kelapa dara. Tapi tak boleh diguna utk samak. Harganya dlm RM15.

Harap sedikit info ini membantu awak. :)


tdz berkata...

macam mana nak hilangkan kulit tangan kering dan kasar?
TOLONGLAH !!

oktant on Disember 13, 2012 10:36 PG berkata...

@ tdz: Awak boleh sapu dengan minyak bayi (baby oil) selepas mandi ataupun pada waktu malam sebelum tidur.

Ataupun boleh juga gunakan minyak gamat. :)

Harap ia membantu tdz ya.

Tanpa Nama berkata...

Sabun taharah tue ambik masa berapa bulan ea , untk hilangkan jerawat .

oktant on Disember 26, 2012 8:24 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Ia bergantung kepada berapa lama kulit awak dapat sesuaikan dengannya.

Kemudian, ia bergantung juga kepada jenis jerawat. Sama ada jerawat biasa ataupun jerawat serius.

Kalau serius, biasanya lebih lama masa rawatannya.

Umumnya, kulit kita ambil masa 2-3 bulan untuk sesuaikan dengan sebarang jenis produk. Jadi, kalau pada permulaannya (2-3 minggu) kulit awak sedikit mengelupas, ia adalah normal. Ia akan pulih sedikit demi sikit. InsyaAllah.

Teruskan pemakaiannya sebab masa itu sebenarnya ia sedang merawat kulit awak. Berikan kulit awak masa secukupnya untuk sesuai dengan keadaan tersebut.


Melainkan kulit awak mengelupas teruk, sabun ini mungkin tak sesuai dengan kulit awak. Boleh tukar kepada produk lain.

Kalau masih tidak pasti, silalah berjumpa dengan doktor yang memang mahir dengan masalah kulit.


Harap ia membantu awak dan kengkawan yang ada masalah serupa. :)

Tanpa Nama berkata...

Erm saya ada masalah kulit yang merah-merah sbb saya tk blh kena matahari sgt tapi bila tak kena matahari pun tetap sama doktor kata saya cuma biasa saja dn bagi sya ubat cream tapi tk ada apa2 perubahan saya dh cuba bnyk produk tapi tk jadi jgk apa produk yg patut sya guna adakah sabun taharah ni bkh utk mslh kulit sya ini

Tanpa Nama berkata...

Sabun taharah...boleh x jumpe kt kedai jamu ...?

oktant on November 28, 2014 12:49 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Mungkin awak ada alahan. Tapi, saya sebenarnya pun kurang pasti dengan masalah kulit yang awak hadapi.

Cuma, apa yang boleh saya cadangkan ialah awak sapukan minyak gamat biasa pada bahagian kulit yang merah-merah tu sebelum tidur.

Sapu secara nipis sahaja ya.

Saya tidak pasti sama ada ia berkesan untuk kulit awak atau sebaliknya, tapi awak boleh cuba jika mahu.

Saya doakan moga masalah kulit yang awak hadapi lekas sembuh. Amiin.


- Sesetengah kedai jamu mungkin ada. Kalau tiada di situ, awak boleh cari di farmasi ya.

Mudah-mudahan awak segera menjumpainya ya. Amiin.

madihah on Januari 05, 2015 1:40 PTG berkata...

Assalam
Saya terkena jangkitan kudis buta.lepas sembuh je.kulit saya jd gatal.dan mula berkudis dekat seluruh badan.boleh ke sabun taharah ni tolong pulihkan kulit sensetif.

Tanpa Nama berkata...

sekarang dah naik harga.. rm 8 😭 tapi takpe lah sabun ni pun amat bagus! tidak ada bahan kimia yg boleh rosakkan kulit kan kan? 😉👍

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez