Jika anda ke Langkawi, minyak gamat merupakan salah satu barang yang wajib dibeli. Bukannya apa, kegunaan minyak gamat ni banyak. Kalau anda lihat pada botol, ada tertulis beberapa khasiatnya seperti;
- Melegakan luka kecil
- Lenguh-lenguh sendi
- Gatal-gatal ringan
- Kembung perut
Kegunaan Minyak Gamat Hilangkan Jerawat
Anda cuma perlu sapu dan gosokkan minyak gamat tersebut pada bahagian yang sakit. Lakukan sebanyak 3 kali sehari. Mudah, bukan?
Tetapi apa yang lebih penting, saya nak kongsikan pengalaman peribadi mengenai keberkesanan minyak gamat yang anda patut tahu. Iaitu;
- Ia boleh surutkan jerawat seterusnya menghilangkan jerawat
- Ia boleh menghilangkan kesan kemerah-merahan di muka
- Ia boleh menghilangkan kesan parut kecil yang masih baru
Pertamanya, dulu muka saya agak kerap ditumbuhi jerawat kecil ataupun jerawat biasa. Walaupun sentiasa amalkan rutin penjagaan muka yang sepatutnya, keadaannya tetap sama.
Saya pun naik hairan. Pelik. Apa lagi yang tak kena nih? Tanya saya pada diri sendiri.
Fikir punya fikir, saya pun nekad untuk sapu minyak gamat ke seluruh muka. Saya amalkan dalam 3 malam berturut-turut sebelum tidur. Alhamdulillah, jerawat pun beransur surut dan berjaya dihilangkan. Yeay!
Keduanya, masa menjalani latihan praktikal di sebuah kilang elektronik, muka saya pernah mengalami kemerah-merahan. Beberapa bulan pertama, keadaan muka ni baik-baik saja.
Tapi bila dah nak masuk bulan ke-4, keadaan muka saya mula kemerah-merahan. Terutamanya di pipi. Masa tu saya memang tak pasti apa punca sebenarnya. Malah secara jujurnya, sampai sekarang pun saya masih belum dapat jawapannya. Cuma apa yang saya agak, ia mungkin disebabkan alahan.
Sebab memang ramai kawan-kawan yang menegur dan bertanya mengenainya. Saya cuma senyum jer jawab yang saya pun tak tahu apakah punca sebenarnya. Sebab saya pun pelik. Takde hujan, takde ribut, alih-alih benda ni terjadi. Sabo aje la.
Bila tengok cermin, memanglah risau. Kenapa tetiba saja benda ni berlaku. Setelah dua tiga hari berlalu, saya teringat kembali pada jasa baik si minyak gamat. Kebetulan, kat rumah masa tu stok minyak gamat memang tak pernah putus.
Sekali lagi, setiap malam saya sapukan minyak gamat ke seluruh muka. Tapi, untuk kesan kemerah-merahan di muka ni, ia agak memakan masa. Kira-kira 3 ke 4 minggu barulah kemerahan tu hilang sepenuhnya.
Walaubagaimanapun, saya tetap bersyukur sebab berjaya juga menghilangkan kesan kemerah-merahan tersebut. Alhamdulillah.
Akhir sekali, untuk parut kecil yang masih baru. Nak dijadikan cerita, masa tengah mengemas rumah kemaslah sangatttt, saya mengalami luka di tangan. Tapi masa tu, darah pula keluar tak berhenti-henti.
Oleh sebab minyak gamat memang sentiasa menjadi peneman di rumah, khidmatnya sekali lagi ditagih. Saya bersihkan dulu luka tu dan terus sapu minyak gamat. Beberapa minit kemudian, pengaliran darah yang keluar menjadi perlahan dan seterusnya berhenti.
Beberapa jam lepas tu, baru saya perasaan kesan luka tadi meninggalkan kesan parut. Aduh... Tanpa berlengah, saya sapukan lagi minyak gamat ke bahagian yang berparut. Untuk hari-hari yang berikutnya, saya sapu lagi sebanyak 3 kali sehari. Sampailah kira-kira seminggu.
Sekali saya bersyukur. Parut tu dah sekata dengan warna kulit. Macam tak percaya pula kesan parut tu boleh hilang. Alhamdulillah.
Begitulah serba sikit perkongsian yang dapat saya coretkan buat anda. Mudah-mudahan adik-adik, tuan puan ataupun rakan-rakan yang buntu dengan masalah jerawat, muka kemerah-merahan serta nak hilangkan parut kecil yang masih baru dapat menggunakan minyak gamat untuk mengatasi masalah yang menimpa kulit anda.
Saya doakan anda semua berjaya mengatasinya serta cantik luar dan dalam.


19 komen on "Minyak Gamat Mampu Hilangkan Jerawat"
saya nak tanya...sapu masa nak tdo ke?
@ Tanpa Nama: Iya. Kalau untuk jerawat, awak basuh dan lap muka dulu.
Kemudian, barulah sapukan minyak gamat tu.
Saya ada kesan melecur dekat muka dan kulit macam merah2. Boleh tak letak minyak gamat ni? Sebab ada org cakap nanti ada kesan parut hitam. -shila-
@ shila: Boleh. Letakkan segera kat tempat yang melecur. Jangan biarkan lama-lama.
p.s: Maaf bebanyak sebab lambat balas. Dah lama saya tak berkesempatan untuk "online".
Takpe :) parut dah makin hilang. Terima kasih :) -shila
@ shila: Syukur Alhamdulillah.
Sama-sama. :)
cara ni boleh hilangkan parut di muka ke?
@ Nazri Hamzah: Sukar ataupun hampir mustahil untuk hilangkan parut jerawat yang serius. Walaupun dgn menggunakan kaedah perubatan moden.
Tapi kalau sekadar parut biasa (bekas jerawat biasa), InsyaAllah boleh. :)
Gammat memang luar biasa dan sangat banyak manfaatnya, insya Allah. Meminum gammat sambil melakukan pola hidup sehat akan membantu pengobatan parut, jeragat dan jerawat. Misalnya berolah-raga, minum air putih yg banyak, rajin bab, dll. Hasilnya bisa anda baca di artikel berikut ini : Cara menghilangkan bekas jerawat
itu untuk menghilangkan bopeng bekas jerawat bisa ngak tu
itu untuk menghilangkan bopeng bekas jerawat bisa ngak tu
@ Hadi Nugraha: Terima kasih atas perkongsian.
@ lifeischoice: Jikalau parut yang biasa mungkin bisa.
Jika parutnya agak serius, mungkin juga bisa. Tapi tidak dapat kembalikan keadaan kulit 100% seperti asal.
Salam ,
saye berumur 13 tahun.sewaktu saya umur 12 tahun saya mengalami masalah kulit b'minyak dan berjerawat (kecil)...kalau time saya geram sgt dgn jerawat ni saya akan pecahkannya(picit).apabila saya berumur 13tahun muka saya terdapat byk bekas jerawat ,bintik hitam...(geramnye!)
Adakah dengan cara menggunakan minyak gamat dapat menghilangkan masalah2 yg saya alami ini? -Nami
@ Nami: Waalaikumussalam wbt.
Bekas jerawat yang dipicit dengan kuku, agak sukar untuk pulih 100% seperti asal.
Kalau setakat nak kurangkannya, InsyaAllah boleh.
Cubalah. :)
menarik Info dan petua anda saya sebagai penjual minyak gamat langkawi pun dapat sedikit ilmu dari anda Thanks
www.langkawi7.wordpress.com
Boleh hilangkan jerawat kecil atau bintik2 merah kat muka x??
@ langkawi7: Terima kasih kembali. :)
p.s: Kalau begitu, bolehlah tuan belanja saya minyak gamat. :D (Gurau aje....)
@ Tanpa Nama: InsyaAllah boleh.
Pun begitu, ingin saya nyatakan bahawa tindakbalas sesuatu bahan dengan kulit setiap orang adalah berbeza.
Maksudnya, jika ianya tidak berkesan dengan kulit awak, harap awak faham ya.
Walauapapun, saya tetap doakan agar awak dapat menghilangkan jerawat kecil ataupun bintik merah tersebut dalam masa yang terdekat.
As.salam sis.... Dh lama dh entry ni eh... Ekekeke... Pipi kanan saya gatal2 n kemerahan slpas saya memicit jrawat yg agak besar d wajah... Saya guna cara cmpurkan bedak sejuk+minyak gamat dan sapukan d wajah... Cara cmni pn bole eh?...ekekeke
@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt.
Walau entri ini dah lama, In Sha Allah saya akan berikan maklumbalas selagi diizinkan-Nya.
Ok, saya sarankan awak buang tabiat memicit jerawat di wajah. Sama ada jerawat besar ataupun kecil.
Sebab, kesannya sukar untuk dihilangkan. Itu yang tak "best", kan?
Pun begitu, awak tetap boleh sapukan minyak gamat. Lakukan setiap hari dan berdoalah pada-Nya mudah-mudahan kesan parut tersebut dapat dipulihkan seperti sediakala.
Mengenai campurkan dengan bedak sejuk itu, saya kurang pasti. Sebab saya tak pernah cuba. Selalunya saya hanya sapukan dengan minyak gamat sahaja. Tapi, kedua-dua bahan tersebut memang berkhasiat untuk kesihatan kulit.
Ataupun, saya syorkan awak sapu dengan lendir lidah buaya. Pada awalnya, memang akan rasa gatal. Tapi awak tahanlah sikit ya.
Selamat mencuba. :)
Catat Ulasan