3 Petua Jika Tangan Terkena Air Panas....

Posted by Unknown at Sabtu, Mei 12, 2012
Baru-baru ini, tangan saya terkena air panas yang baru mendidih. Pergh... terus terdiam kejap. Semuanya berlaku semasa nak tuang air panas ke termos. Selama ni, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tapi hari tu, entah mengapa.

Saya pun apa lagi. Terus cari minyak gamat. Memula rasa macam nak ke bilik air. Ambil ubat gigi. Tapi tak jadi. Lepas tu, tunggu apa lagi, terus lumurkan minyak gamat ke seluruh tangan yang kena air panas tadi.


Minyak Gamat


Syukur Alhamdulillah... lega sikit rasanya. Lepas dah kering sikit, saya sapukan lagi. Saya ulangi sehinggalah keadaan tangan saya kembali normal. Mujur tiada perkara buruk lain yang berlaku. Tangan pun dah kembali normal. Alhamdulillah.


Masa kena air panas tu, memang tak sempat nak rujuk memana petua. Apa yang terlintas hanyalah sama ada nak gunakan ubat gigi ataupun minyak gamat. Itu aje. Akhirnya, minyak gamatlah yang jadi pilihan.

Beberapa hari selepas itu, barulah hati saya tergerak nak cari petua lain yang berkaitan. Hasilnya, saya dapati sabun mandi pun boleh digunakan.

Caranya mudah saja. Gosokkan secara perlahan-lahan tangan yang terkena air panas dengan air sabun. Gosoklah sehingga tangan anda tidak terasa panas.

Itu saja. Mudah, kan?

Jadi, seandainya tangan anda terkena air panas, ada 3 benda yang boleh digunakan. Iaitu minyak gamat, ubat gigi dan air sabun.

p.s: Alhamdulillah... tak perlu risau lagi kalau kena air panas.

17 komen on "3 Petua Jika Tangan Terkena Air Panas...."

Unknown on Mei 22, 2012 12:28 PTG berkata...

thanks..
air sabun pun boleh rupanya..

oktant on Mei 23, 2012 2:13 PTG berkata...

@ man: Sama-sama man. :)

ROJAK on Mei 26, 2012 12:14 PTG berkata...

kalau macam tu guna air sabunlah yang paling mudah.

oktant on Mei 28, 2012 10:12 PTG berkata...

@ ROJAK: :)

foredi bengkulu on Mei 30, 2012 1:20 PG berkata...

kalau macam tu pilihannye pasti pakai ubat gigi atau sabun mandi kerne minyak gamat tak de

oktant on Mei 30, 2012 7:19 PTG berkata...

@ foredi bengkulu: Iya, boleh juga. :)

hadieza on Jun 19, 2012 8:02 PTG berkata...

salam :) petua tuk gemok ada tak ? maksod naikkan berat badan supaya nampak berisi. sy da makan banyk pon tetap tak gemok. terasa keding sangat sbb saya tinggi :3

dyza , 16tahun , 162cm , 42kg

PutraDJzouk on Jun 23, 2012 5:01 PTG berkata...

umr 21thn,169cm,59kg tpi bdan sye npak kurus juga,huhu

nurmisnan on Jun 23, 2012 10:57 PTG berkata...

Masa di sekolah asrama dulu pernah terkena air teh tarik
tumpah ditangan.. memang perit.. Terlintas depan mata
susu manis dalam peti sejuk. terus sapu.. Alhamdulillah
kurang perit + tiada parut..

nurmisnan on Jun 23, 2012 10:58 PTG berkata...

anyways.. thanks dear untuk petua yang aku sendiri tak pernah
cuba sabun mandi... hik3

oktant on Jun 25, 2012 11:00 PTG berkata...

@ Nur Misnan: Terima kasih sebab sudi tambah satu lagi petua.

Sama-sama. :)

Nurul Husna on Jun 28, 2012 1:03 PTG berkata...

adik sy pun baru je lepas kene air panas...sy terus letakkan air sabun mandi kt tangan die,tak taw ape relevannye cume sy tergerak hati letak sebab air sabun tu alkali,so dapat kurangkan pedih sb kene air b=panas.tu je kot..hehe

oktant on Jun 29, 2012 10:39 PTG berkata...

@ Nurul Husna Mohd Halim: Terima kasih atas perkongsian Una.

Qaiza on September 12, 2012 6:06 PTG berkata...

minyak kelapa dara juga sesuai disapukan jika terkena minyak panas... http://qaizashop.blogspot.com/search/label/Kesihatan

Unknown on Februari 11, 2013 9:23 PTG berkata...

Bagus petua ni..selalu sgt kena kalau nak cepat

oktant on Februari 11, 2013 9:45 PTG berkata...

@ Nieyxzha Hassan: Terima kasih. Moga ia membantu awak ya.

Unknown on Julai 28, 2014 9:17 PG berkata...

pagi2 raya nak buat daging goreng kunyit..tgh rebus daging n cerai2kan daging blh pulak kuaki tergolek kene kaki..kecoh jap satu rumah..dah la sy ada baby br 6 bulan..aduhh saba jer lah..trs cr petua kat tenet..try paling mudah..pakai kopi..kopi kat muar ni special 434..tgh menunggu hasilnya..katanya 10 minit..:(

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez