Petua Merawat Kudis dan Kudis Buta

Posted by Unknown at Rabu, Mei 02, 2012
Sebelum saya kongsikan petua merawat kudis buta, ada baiknya jika kita ketahui dulu serba sikit mengenai kudis buta.

Apa itu kudis buta?

Ia merupakan sejenis jangkitan kulit yang berjangkit akibat hama gatal (betina). Ia boleh dijangkiti melalui sentuhan kulit. Malah, semua orang terdedah kepada jangkitannya.

Terutamanya jika tinggal serumah dengan individu yang dijangkiti kudis buta. Ataupun berkawan rapat dengannya. Anda mesti merawatnya segera.

Walaubagaimanapun, kudis buta yang menjangkiti haiwan dikatakan tidak akan menjangkiti manusia. Ia hanya akan menyebabkan ruam.


Tapi, bolehkah kudis buta ni dirawat?


Kalau rawatan moden, anda boleh menyapu krim atau losyen pembunuh serangga. Antaranya seperti "permethrin", "malathion" dan "gamma benzene hexachloride (lindane)". Ish... susah betul nak sebut

Sebaliknya, jika anda dah buat rawatan moden tapi tidak berhasil, cubalah rawatan tradisional pula. Iaitu dengan menggunakan daun pokok semuluh ataupun keseluruhan bahagian pokok semuluh.


Daun Pokok Semuluh @ Polygonum Chinense


Caranya:


1. Ambil beberapa helai daun semuluh. Ataupun boleh ambil keseluruhan bahagian pokok semuluh.


Daun Pokok Semuluh - sumber


2. Bersihkannya terlebih dahulu.

3. Kemudian, rebus daun atau keseluruhan bahagian pokok semuluh sampai mendidih.

4. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu suam seketika.

5. Akhir sekali, jiruskan air rebusan tadi secara perlahan-lahan pada bahagian yang berkudis.


Selain kudis buta, air rebusan tadi turut berfungsi merawat penyakit kulit lain seperti kudis, panau dan ulser. Begitu juga jika nak hilangkan biasa akibat dipatuk ular, digigit anjing ataupun serangga. Caranya merawatnya tetap sama.


Sebagai tambahan, air rebusan tadi sebenarnya boleh diminum. Sekiranya anda mengalami cirit-birit, ada penyakit di usus besar, sakit kepala dan nak membersihkan darah, minumlah air rebusan daun semuluh ni. Ia dikatakan mampu mengubati 4 masalah yang dinyatakan tadi dengan izin-Nya.


Akhir sekali, jika anda sakit perut dan tidak tahu nak buat apa, gunakan daun pokok semuluh ni. Jadikan ia sebagai demah untuk mengubati sakit perut anda.


p.s: Wah, banyak betul khasiat daun semuluh ni yea. Boleh merawat pelbagai penyakit. Jadi, kalau anda jumpa tumbuhan ini, tanamlah saja di rumah. Senang nak guna nanti.


[ Demah = benda (spt pasir, air dll yg dipanaskan) utk menuam  bahagian badan yg sakit ~ Kamus Dewan Edisi Keempat]

22 komen on "Petua Merawat Kudis dan Kudis Buta"

redlomo on Mei 02, 2012 10:19 PTG berkata...

lepas ini boleh la cuba dgn petua ini..

oktant on Mei 03, 2012 2:59 PTG berkata...

@ redlomo: Tentu saja boleh. :)

Tanpa Nama berkata...

Salam akak, daun semuluh ni boleh jmpe kt mana ea?

Tanpa Nama berkata...

boleh tak bagi gambar penuh

Tanpa Nama berkata...

daun ni banyok duk dalam utan

Unknown on November 15, 2012 2:29 PG berkata...

kat mana nk dptkan daun ni??

oktant on November 17, 2012 12:08 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Saya dah tambah satu lagi gambar daun semuluh yang lebih jelas.

Harap ia membantu awak.

Tanpa Nama berkata...

boleh tak dekat nya

saya comel berkata...

mana boleh dapat pokok ni

Tanpa Nama berkata...

Trima kaseh krane bgi tips brgune.

oktant on Disember 25, 2012 5:52 PTG berkata...

@ saya comel: Cuba awak hubungi pihak Taman Pertanian Universiti UPM melalui web UPM [klik].

Saya dapati mereka ada menjual 93 jenis anak pokok herba di sini.

Harap ia membantu awak. :)


@ Tanpa Nama: Sama-sama. :)

Unknown on Januari 17, 2013 2:09 PG berkata...

nurdhiasinarcahaya.blogspot.com
hope blh jd follower sy

oktant on Januari 19, 2013 8:28 PTG berkata...

@ nurdhia sinarcahaya: Saya baru saja berbuat demikian. Harap awak terus kongsikan info yang bermanfaat ya.

Tanpa Nama berkata...

nak dapatkan pokok semuluh kat mana

knisacs on Mei 14, 2013 2:32 PG berkata...

Beli di kedai seng seh...ubat cina

oktant on Mei 15, 2013 3:00 PTG berkata...

@ knisacs: Terima kasih atas makluman awak.

Krimmutiarabumi on Disember 02, 2013 8:31 PTG berkata...

Salam semua. Saya ada hasilkan krim yang telah terbukti berkesan untuk kudis buta. Disapu terasa sejuk saja. Hilang rasa gatal dan pedih. Dalam masa beberapa hari insyaAllah ia akan sembuh. Hubungi saya untuk mencubanya. Jenama Krim Mutiara Bumi. Harganya murah cuma 12.00 saja..Hj Man 0134389413..T kaseh.

Tanpa Nama berkata...

sebelum ne sya ada brusaha cri ubt kudis dn akhirnya sya tlh mcuba mgunakn asamjawa utk mgubati kudis yg ada pda bhgian kaki sya tpi hsilnya smikin lma smikin menghitam..jd sya nk mta kongsi sdkit sbnyak apa ubat sbnar kudis trsbut.

Tanpa Nama berkata...

kat mamah kalu kita bili krim mutara bumi ni..

Tanpa Nama berkata...

Pakai sabun JFsulfur d guardian, sapu krim nixoderm,banykkn makan bawng putih mentah.eg seulas garlic tiap 2jam. Ketuk, cincng halus,ltk dlm sudu, baca bismillah n doa,telan dgn air suam,

oktant on Disember 18, 2014 1:20 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih atas perkongsian anda. :)

Nurul on Ogos 22, 2016 8:02 PTG berkata...

selain nama pokok semuluh nie nama apa lg ye yg sng dikenal..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez