Kaki ni kalau dah bengkak, pergerakan pun agak terbatas. Nak dijadikan cerita, bebaru ni kaki saya bengkak. Masa beriadah tu tak terasa sangat. Bila malam, barulah terasa sakitnya. Perggghhhh... Tuhan saja yang tahu.
Jadi, apa yang patut dibuat bila kaki dah membengkak?
- Pertamanya, carilah halia tua
- Tumbuk halia tu sampai hancur
- Kemudian, alaskan bahagian kaki yang bengkak dengan kain atau tuala kecil yang bersih. "Bandage" pun boleh.
Bandage
- Letakkan halia hancur tadi pada kawasan yang bengkak dan balut dengan kemas.
Sebaik-baiknya, buat sebelah malam sebelum tidur. Esok pagi barulah buka balutan tersebut. Kalau masih belum surut sepenuhnya, ulangi semula pada malam kedua, ketiga dan seterusnya sampai sembuh. Ok. ;)
Tapi, ada cara lain yang boleh anda cuba jika mengalami masalah serupa. Sama ada bengkak ataupun terseliuh, kedua-duanya boleh applikasikan cara di bawah. Lebih-lebih lagi jika di rumah anda ada pokok Bunga Tahi Ayam. Hehehe...
1. Ambil beberapa helai daun pokok Bunga Tahi Ayam.
Pokok Bunga Tahi Ayam - Wikipedia
2. Ramas daun tersebut dan pupukkan pada bahagian yang bengkak mahupun terseliuh.
3. Kemudian, balut dengan kain sehinggalah bengkak tu hilang.
Itu saja petua kali ini khusus buat anda yang mengalami bengkak ataupun terseliuh. Mudah-mudahan ia berguna kepada anda yang memerlukan.
Selamat Mencuba!
39 komen on "Kaki Bengkak Atau Terseliuh! Apa Nak Buat?"
Owhh~ cmtu.Thanks 4 sharing :)
@ zareliqa afiqa: Okey. You're welcome. ;)
terima kasih share. kaki saya terseliuh nii akibat licin hujan semalam..
@ Introduction: Sama-sama. Mudah-mudahan awak lekas sembuh ya.
Petua yg berguna. Terima kasih
@ Tanpa Nama: Sama-sama. :)
tumpang tanya selalunya terseliuh ni amik masa bapa lama utk sembuh? kaki saya seliuh masa tgh main badminton da terlipat kaki saya. tak pernah selama ni mcm ni.buku lali da bengkak n whole sebelah kaki da sengal2. ~eilyn~
tumpang tanya selalunya terseliuh ni amik masa bapa lama utk sembuh? kaki saya seliuh masa tgh main badminton da terlipat kaki saya. tak pernah selama ni mcm ni.buku lali da bengkak n whole sebelah kaki da sengal2. ~eilyn~
@ eilyn: Kalau tak serius, dalam 3 hari InsyaAllah boleh sembuh. Paling lewat pun dalam 1 minggu.
Tapi kalau agak serius, mungkin makan masa berbulan juga untuk pulih sepenuhnya.
Moga eilyn lekas sembuh. Aamiin.
Kaki dah bengkak lame . Tapi tak elok lagi nak try bende nie lah . Nenek ckap darah dah beku cane nak buat ?
@ Tanpa Nama: Awak boleh cuba petua yang gunakan halia tua di atas.
Moga cepat sembuh ya.
still macam tuh jugak ?
@ Tanpa Nama: Boleh saya tahu dah berapa hari awak buat? Kalau boleh, terus buat setiap hari sampai bengkak tu surut ya.
p.s: Dulu, saya buat dalam 5 hari baru lega. Alhamdulillah.
Saye ni jenis malas siket nak but ni . Sbb tuh lah lambat kot nak sembuh ^^y
@ Tanpa Nama: Ok. Lepas ni buat tau. Moga lekas sembuh.
Senang sikit nak bergerak. :)
Lari semue dah boleh dah , Cume tak suke tngok ade bende besar tuh -,-'
@ Tanpa Nama: Ok. :)
argh!!..harini bengkak kat kaki jdi..esok plak ade rombongan..arghh!!!
aduh...aku nye terseliuh xde bengkak..tp,da berbulan xsembuh2 jugak..kaki kanan kat tengah2 sendi,kaki kiri kat atas buku lali..pastu 2 minggu lepas tangan kiri aku plak terseliuh..ape nk buat ek?
@ Hariz Kochie: Bro boleh cuba salah satu petua di atas.
baby boleg guna tak
@ Tanpa Nama: Untuk bayi, saya kurang pasti pula. Maaf ya.
tumpang tanye..mcm kaki mak sy nie..tibe2 je bengkak kat kaki belah kanan..mule2 pd waktu pg dia slalu bt joging tpi uma..pusing keliling..rumah..pd stu hr kaki dia skt mcm trseliug bwe g urut ulang2 ok tp skrg kmbali skt n jd bengkak parah n susah nk jalan..ape ubatnye ea klu mcm nie..
kalu kaki bengkak ni kena elak dri cuaca sejuk k? sbb tkut masuk angin.. ya ka?? sbb kaki saya terseliuh n awal2 bengkak dkt ngn buku lali hri kedua nketiga satu kaki dah start nak mmbengkak dah nak macm belon dah :)
kaki terseliuh masa latihan bola sepak kat sekolah
@ Tanpa Nama: Saudara boleh cuba petua di atas. Mudah-mudahan boleh kembali jalani latihan secepat mungkin. Amiin.
bgun tido kaki x bley nk pjak lntai.. jd bgkak kt sblah bukulali..
knp bley jd ms wktu tido.. nk jalan pnyalah sakit...
Kalau terseliur time maen futsal ..kaki bengkak..otot bengkak..pergelangan kaki terseliuh mcm mne
Baru terseliuh tghri tdi...sakitnya
Pedih bakhang
Dlm mase berape hari ye nk sembuh sakit lutut ni... aku baru je kene huhu
saya kemalangan jalanraya ibujari dan tulang tapak kaki patah....simen dah buka tp lpd tu kaki saya bengkak je.....kulit rasa tegang dan kering....bole bg cadangan
sy nk tanya. memang akan rasa panas2 ke lps balut semua ni?. ke first time memang mcm ni?
smlm kaki sye trseliuh.. bengkak la gak tp x sakit la plak..tp kalo bnyk brgerk skit gak.. mcm mne ek?? nk biarkan ke??
Once again ackle sprained..tp sblah kanan pulak..skrg ni tgah try petua halia..panas rasa mcm trbakar kulit kaki..tahan je la..5 ogos ni ada game volleyball kat ganu..harap2 ok..ralat rasa bila da training 2 mggu,da dkt game terseliuh pulak..huhu..
@ unknown: Kalau awak guna halia tua tu, memang akan rasa panas sikit. Harap awak dapat tahan sikit ya. :)
@ Suriana Ramli: Kalau boleh, janganlah biarkan. Rawat ia sebelum melarat. Saya bimbang ia akan beri kesan pada awak di masa akan datang nanti.
Guna saja halia tua ataupun daun bunga tahi ayam seperti di atas. Pilihlah yang mana mudah untuk awak lakukannya.
@ rohanizah mat shadid: Fuhhh... agak sedih kan kalau terjadi perkara sebegini?
Tapi takpe. Segeralah rawat dan banyakkan berdoa agar awak lekas sembuh. "Game" tu pun tinggal 2-3 hari lagi.
Saya doakan moga awak lekas sembuh ya. Aamiin.
Kaki kiri saya terseliuh..masalahnya pada waktu malam rasa sakit berdenyut2..mengapa ye..
Tgh balut buku lali yg terseliuh dgn halia parut, dah setgh jam perghhh menahan panas situ rasa mcm melecur
@ Tanpa Nama: Saya kurang pasti. Tapi berkemungkinan ia tindakbalas yang berlaku.
@ Tanpa Nama: Kalau tuan guna halia tua memang panas.
Catat Ulasan