Terlebih dulu, saya mohon ampun dan maaf kepada semua kerana dah lama tak mengemaskini petua-petua di sini. Sehubungan itu, saya akan kongsi dengan anda cara menyembuhkan kudis untuk kanak-kanak.
Ini kerana kebanyakan kanak-kanak alah dengan gigitan serangga seperti nyamuk dan semut api. Ada juga yang mudah dijangkiti kudis apabila bermain di tempat-tempat yang kotor.
Madu Lebah Asli - HPA Online@flickr.com
Justeru, anda boleh mengubati kudis tersebut dengan:
1. Cuci bersih bahagian yang dijangkiti kudis.
2. Kemudian, lapkannya dengan kain bersih.
3. Ambil sedikit madu lebah asli dan sapukannya pada bahagian yang berkudis.
Lakukan kaedah ini dua kali sehari dan amalkannya sehingga kudis tersebut sembuh sepenuhnya.
Selamat Mencuba!
23 komen on "Jika Anda Ingin Menyembuhkan Kudis"
madu lebah tiruan blh ke ??????
@ mulan: Sebaik-baiknya pakai yg "ori". :D
selain dr madu lebah & pisang kapas then petai.... em, pisang biasa kat pasar tu.... xble kh oktant?
@ Tanpa Nama: Saya kurang pasti pula tahap keberkesanannya jikalau awak nak gunakan kulit pisang yg lain.
Harap maaf yea.
klau kita gatal gatal lama lama kudis tu akan bertambah betul ke.....
MEMANG BAIK!
@ Tanpa Nama:
- Maaf. Saya kurang jelas dgn pertanyaan awak.
- Terima kasih atas maklumbalas awak ya.
petua nie blh hilangkn bekas kudis yg dah bertahun kerr??
@ Tanpa Nama: Saya syorkan awak cuba dulu. :)
kudis dgn kurap lain aaaaa?
@ Tanpa Nama: Ya, memang lain.
nak tnya , lps sapu kat bekas kudis tu nak tnggu kerr??? takut pla tetiba datang semut-semut, hihihihi..
kira-kira brpa lma bks kudis blh hilang menggunakan petua nie ??
seminggu kot
sush jgak nk cri madu asli mcm tu..tp Insyallah boleh...
nak kna tunggu kr??
kna tunggu sampai dia kering ker??nak kna basah kan dngan air kerr selepas dah sapu kan madu tu??
@ Tanpa Nama: Biarkan ia kering dengan sendirinya.
gune madu yg dijual kat mydin tu b'kesan jg ker?
@ Tanpa Nama: Tak kira walau di mana sekalipun ia dijual, sebaiknya awak gunakan madu lebah yang asli ya.
Moga kudis tersebut lekas sembuh.
selain madu lebah , apa lg yg blh mnyembuhkan bekas luka kat muka? harap da responss .. =)
kudis api berkesan tk dgn cara yg dia atas??
@ Tanpa Nama:
- Cuba awak sapukan lendir lidah buaya. Ataupun minyak gamat.
Harap ia membantu.
- Insya Allah boleh. Saya doakan moga ia lekas sembuh. Amiin.
Catat Ulasan