Dalam usaha menguruskan badan, anda tentu akan berdiet, kan? Namun, adakah anda tahu cara berdiet yang diamalkan itu betul ataupun hanya sia-sia? Jika anda amalkan cara yang salah, hasilnya dah tentu mengecewakan. Akhirnya, persepsi bahawa anda memang tak boleh kuruskan badan lah yang tertanam di benak fikiran. Tu yang sedih, kan?
Persepsi sebegitu sebaiknya dibuang sejauh mungkin. Yakinlah bahawa anda semua boleh kurus dan langsing secara sihat. Anda cuma perlu diperhalusi semula kaedah diet yang pernah diamalkan.
Bagaimana cara mengenalpasti sama ada diet anda itu betul atau tak?
Cuba perhatikan 5 situasi di bawah. Jika anda sedang berdepan dengannya, ia menandakan teknik diet anda kurang tepat.
1. Pening, lekas penat dan tubuh tidak bermaya
Semasa melakukan aktiviti, anda akan rasa seperti di atas. Ia berlaku kerana tubuh anda kekurangan karbohidrat dan gula.
Oleh itu, pastikan anda mengambil kandungan karbohidrat dan gula yang berpatutan agar tidak pengsan ketika beraktiviti.
2. Kulit kering dan kusam
Kulit anda memerlukan vitamin C dan E yang boleh diperolehi melalui makanan tertentu. Justeru, masukkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam menu harian anda.
Antaranya seperti buah jambu batu, betik, kiwi, mangga, pisang dan sayuran hijau.
3. Mual dan nafas berbau
Seandainya nafas anda berbau dan berasa mual, itu tandanya ada sesuatu yang tak kena dengan usus anda.
4. Buang air secara berlebihan
Masalah buang air kecil mahupun air besar secara berlebihan biasanya terjadi akibat daripada pengambilan ubat pelangsing.
Ia akan menyebabkan dehidrasi. Dehidrasi yang berlebihan boleh menyebabkan kematian.
5. Mudah tersinggung dan hilang konsentrasi
Cuba elakkan perut kosong. Makanlah secara kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit.
Ini kerana jika perut kosong, otak anda akan kekurangan nutrisi dan mendorong kepada tidak berfikiran sempurna.
Adakah anda pernah mengalami mana-mana situasi di atas? Kalau ada, cubalah perbaiki cara diet anda. Saya pernah kongsikan satu artikel mengenai Cara Diet yang Betul Tanpa Risiko.
Harap ia dapat menambahbaik rutin diet anda ya. :)
0 komen on "Adakah Anda Berdiet Dengan Betul?"
Catat Ulasan