Petua Hilangkan Kelemumur dan Kutu

Posted by Encik Oktant at Selasa, April 05, 2011
Masalah kelemumur lagi. Ya, saya nak kongsikan satu lagi petua hilangkan kelemumur dengan anda. Namun, cara ini bukan sekadar untuk menghilangkan kelemumur saja. Malah, kutu pun boleh dihilangkan. Apa yang pasti ia adalah cara tradisional.

Anda perlu menggunakan buah belimbing besi dan juga bunga betik. Manakala cara mengamalkannya adalah seperti berikut;


1. Pertama sekali, anda potongkan buah belimbing besi secara memanjang.


Belimbing Besi


2. Kemudian, basahkan kepala serta rambut anda.

3. Gosokkan belimbing besi tadi ke seluruh kepala anda.

4. Biarkannya sehingga meresap ke kulit kepala anda.

5. Sementara menunggu ia benar-benar meresap, rendamkan bunga betik ke dalam bekas yang telah diisi dengan air suam.


Bunga Betik




6. Rendamkanlah sehingga bunga betik itu kembang.

7. Setelah benar-benar kembang, sapukan pula bunga betik tadi ke seluruh kepala anda.

8. Seterusnya balut kepala anda dengan tuala bersih dan biarkan dalam 20 ke 30 minit.

9. Akhir sekali, bilas dan basuhlah kepala anda dengan air bersih.


Amalkanlah petua ini sehingga anda bebas daripada kelemumur dan juga kutu.



Kalau tak percaya, cubalah!

13 komen on "Petua Hilangkan Kelemumur dan Kutu"

secret on April 13, 2011 9:59 PTG berkata...

boleh mintak share??

oktant on April 15, 2011 3:39 PTG berkata...

@ secret: Boleh. Silakan... :)

Tanpa Nama berkata...

gondoL said....

botak kan kepala kompom takde kutu

Tanpa Nama berkata...

takkan tak sayang rambut kot!!!!!!!nak potong rambut pendek pun susah .apatah lagi botak.betul tak?????????????????JANGAN MARAH YE. GURAU AJE

HALUS berkata...

HALUS......perempuan takut dgn lelaki botak..( GELI )..main2 je..jgn marah nnt kena jual..

Aya Mea on Disember 02, 2011 5:05 PTG berkata...

b'kesan ke cra nie,,sya prnah cba yg guna limau purut tp x b'kesan..

oktant on Disember 14, 2011 4:55 PTG berkata...

@ Aya Mea: Sy harap Aya Mea sudi mencubanya dulu.

Tanpa Nama berkata...

Selain daripada belimbing dan bunga betik apa lagi yang boleh guna bahannya sbb buah belimbing susah nak cari dan juga bunga betik :)

Tanpa Nama berkata...

ya , allah.. sye memang x de cara,, lain.. apakah ini berkesan..?? kelemumur membuat rmbut sye botak

oktant on Jun 14, 2012 11:55 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Cuba awak sentalkan pd bahagian kulit kepala dengan limau nipis.

Saya harap awak berdua yg bertanya dpt mencubanya.

Saya doakan awak berjaya mengatasi masalah kelemumur.

aeyu on November 19, 2012 3:59 PTG berkata...

Saya dh cuba pkai limau purut n santan..tp kelemumur makin banyak..saya engt nk botakkan dulu kepala

aeyu on November 19, 2012 4:00 PTG berkata...

Saya dh cuba pkai limau purut n santan..tp kelemumur makin banyak..saya engt nk botakkan dulu kepala

oktant on November 23, 2012 11:06 PTG berkata...

@ aeyu: Kalau boleh, usahlah aeyu berputus asa dalam mencari jalan penyelesaian. Teruskan cari jalan penyelesaian yang sesuai dengan diri aeyu tanpa henti.

Saya doakan aeyu berjaya ya.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez