Risau Pasal Kulit Muka Berminyak?

Posted by Encik Oktant at Ahad, April 19, 2009
Kalau sebut saje kulit berminyak, mesti kita terus fikirkan tentang kulit muka, kan? Sebab kulit muka berminyak (oily skin) boleh mengurangkan keyakinan diri anda. Terutamanya wanita. Rasa tak selesa pun yer gak. Sebab kulit muka yang tiada sebarang kecacatan, halus dan dahi licin yang menjadi idaman mereka.

Apakah puncanya kulit berminyak ni? Apa yang saya tahu, salah satunya disebabkan oleh faktor pemakanan. Iaitu jika anda suka memakan makanan yang mengandungi banyak minyak. Contohnya macam kacang tanah. Ataupun makanan atau masakan yang berasaskan santan kelapa.


Namun, setiap masalah tu tentu ada penyelesaiannya. Kecualilah maut, kan? Saya akan kongsikan satu petua untuk anda mengatasi masalah ini sebentar nanti. Iaitu ia akan dipakai ketika nak masuk tidur.


Sebelum tu, anda perlu sediakan bahan-bahan asasnya iaitu setengah gelas beras, beberapa helai daun cermai dan ibu kunyit.

Kalau anda kurang mengenali daun cermai, saya sertakan sekali gambar daun serta buahnya sekali yang dipetik dari Wikipedia.


daun cermai untuk kulit berminyak

Gambar daun cermai



inilah dia gambar daun cermai

Gambar buah cermai




Bila anda dah sediakan bahan-bahan di atas, teruskan dengan;


1. Rendam beras tadi.

2. Masukkan daun cermai dan ibu kunyit dalam air rendaman beras tu.

3. Kisar sampai halus ketiga-tiga bahan tersebut.

4. Kemudian, cucilah muka anda agar bersih.

5. Bila muka dah bersih, barulah anda sapukan bahan-bahan yang dah dikisar tadi ke muka. Sapu masa anda nak tidur tau.

6. Amalkan petua kecantikan ni selama 1 minggu berturut-turut.


Setelah anda mendapati perubahan positif pada kulit muka, barulah anda mengamalkannya hanya sekali dalam 1 minggu. Pastikan anda lakukan secara konsisten yer. :)


Selamat Mencuba!

34 komen on "Risau Pasal Kulit Muka Berminyak?"

NoktahHitam on April 20, 2009 7:08 PTG berkata...

duduk bandar, susah nak cari daun cermai ni.

oktant on April 20, 2009 7:23 PTG berkata...

@ NoktahHitam: mungkin boleh tanya kat member2, manalah tau kalau diorang ada tanam ker. :)

Tanpa Nama berkata...

daun cermai tu ada..tp kna gna seumur idop ker???klau da ok,then stop..cane eh???

oktant on September 16, 2009 3:51 PTG berkata...

Ia boleh diamalkan sampai bila-bila, jika anda mahu. Kalau kulit dah ok, anda pun boleh berhenti kalau nak.

Paling penting, bila kulit dah ok anda tentu nak kekalkan keadaan tu, kan? Jadi, boleh teruskan petua di atas. Cuma jarakkan tempoh penggunaannya secara perlahan-lahan.

Contohnya dari buat seminggu sekali ke sebulan sekali.

Lagi satu, jagalah juga tabiat pemakanan anda. InsyaAllah kulit anda akan kekal sihat dan tak bermasalah lagi. :)

Harap dapat membantu

Tanpa Nama berkata...

daun cermai ni ade jual kat kedai tak?

oktant on Disember 02, 2009 12:28 PTG berkata...

awak boleh cuba cari kat pasar tani. tak salah saya, biasanya daun cermai ni senang @ banyak terdapat kat kampung-kampung.

Tanpa Nama berkata...

ade care lain tak?daun cermai 2 ssah sket nak cri..kalau gne semua petua kecantikan sekali gus & bergilir2..bley..?

oktant on Januari 23, 2010 4:06 PTG berkata...

Awak hanya pilih mana2 petua yg sesuai @ serasi dgn kulit awak. Tak perlu guna semua sekali. :)

Tanpa Nama berkata...

mcm pnh nmpk je buah 2....
tp x pasti la....

Tanpa Nama berkata...

msalah sya kulit blakang bjerawat dan b'parot..

cam mne nk buat ye??

oktant on Mac 03, 2010 3:45 PTG berkata...

@ Tanpa Nama : Saya kurang faham mengenai kulit belakang. Harap awak boleh jelaskan lebih terperinci ya.

adik berkata...

ari nie ak akn cuba,mitak jadi lh

Tanpa Nama berkata...

thanks..saya dh try..tp sy tgh cr cara nk hlg kn biji2 halus kat muka saya ni mcm mne plak?

oktant on Mei 08, 2010 9:36 PG berkata...

@ adik: Cuba jangan tak cuba. Mudah-mudahan menjadi. :)

@ Tanpa Nama: Sama-sama. Buat sementara ni, saya cadangkan awak lihat dulu petua-petua lain berkaitan penjagaan muka yang ada di blog ni.

InsyaAllah jika ada petua khas untuk hilangkan biji halus di muka, saya akan kongsikannya dengan awak. :)

Tanpa Nama berkata...

tahi kucing kau... kepala hutakkk kau

oktant on Mei 22, 2010 12:16 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Apasal bro marah-marah ni? Harap dapat bertenang. :)

Tanpa Nama berkata...

auuu..ilex r bro syg,keh5

Tanpa Nama berkata...

oktant,mke saye ni orrp...
ye mcm...emm
byok ngat jerwt...
stres cye dbwtnyerr
tlong...plizz8
bg tips atw care utk cye..
mluu...huhuhu

Tanpa Nama berkata...

Kat Putrajaya ni banyak kalu nak daun cermai..

Tanpa Nama berkata...

daun cermai 2 nk yg fresh ke untuk pkai ari2?? kn sush nk cri

oktant on Oktober 15, 2010 11:08 PG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Harap awak dpt luangkan masa menggeledah blog ini. Boleh rujuk pada bahagian "tag petua" (sebelah kanan) atau pada pautan "Artikel berkaitan Penjagaan Muka" di bawah blog ini.

- Terima kasih atas maklumat awak. Hah... sape nak cari daun cermai, boleh singgah kat Putrajaya kalo ada kesempatan. :)

- Untuk hasil yg terbaik, memang disarankan awak gunakan daun cermai yang segar. :p

bie on Oktober 28, 2010 3:18 PTG berkata...

Pencuci muka EKSTRAK ASAM JAWA
Pembersih muka ini bukan sahaja boleh menghilangkan jerawat dan parut tetapi juga sesuai untuk muka yang berminyak....

Tanpa Nama berkata...

betulke klu pakai asam jawa ble hilang jerawat?

zaza on Disember 01, 2010 1:20 PTG berkata...

em..saya nak cube..harap2 menjadi...

tatamie berkata...

daun cermai ni besa owg jual untuk aper???

fasihah berkata...

wahaaa ! nk cbe lah :)
nsib baek kat umah saya ney de pokok buah cermai ney.. gamsahabnida !

oktant on Januari 01, 2011 7:37 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Asam jawa sememangnya baik untuk kulit.

Awak boleh merujuk petua terdahulu i.e;

1. 2 Cara Asam Jawa Hilangkan Parut

dan..

2. Petua Kecantikan: Mencegah Penyakit Kulit

@ zaza: Cubalah. InsyaAllah menjadi. Saya doakan mudah-mudahan usaha awak berhasil lar.

@ tatamie: Cari rezeki... =D

p.s: Gurau jer tau. Takde idea nak jawab la...

@ fasihah: Bagus tuh. Boleh la jual kpd sesiapa nak beli. Selamat mencuba fasihah. :p

Tanpa Nama berkata...

mkew syew nie b'minyak & bintik2 htam d bhagia dahi & pipi mcm mnew nk hilangkn bintik2 hitam...???

oktant on Ogos 10, 2011 8:11 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Oke. Bagi menghilangkan bintik- bintik hitam, awak boleh ke pautan-pautan di bawah;

1. Khasiat Pegaga: Menghilangkan Bintik Hitam di Wajah

2. Merawat Kulit Kasar Serta Bintik Hitam


Harap ia dpt membantu awak. ;)

Tanpa Nama berkata...

mse kecik2,sye main duit2 pakai daun cermai...nk try la

oktant on Oktober 27, 2011 6:47 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Dipersilakan... ;)

naz on Disember 05, 2011 6:54 PTG berkata...

KAT SINI SAYA NAK RECOMMEND SATU PRODUCT... BARU LAGY KAT MALAYSIA TAPI TENGAH DPT PASARAN .... SESUAI UTK MASALAH KULIT BERMINYAK,JERAWAT,TOMPOK HITAM,BLACKHEADS,PIGMENTASI,ECZEMA DAN BNYK LAGY... SAYA SENDIRI GUNA PRODUK NI DAN DIA MEMANG BERKESAN... KALAU TAK SAYA TAK RECOMMEND...
HARGA PUN MURAH BOLEH GUNA SAMPAI 2-3 BULAN... TAK PAYAH NAK PEGY BUAT FACIAL ATAU BELI CLEANSER MAHAL2... SESUAI UTK KULIT SENSITIVE DAN KULIT BAYI YG BARU LAHIR PUN BOLEH GUNA...
PRODUK NI ADALAH NAMICONIA KONJAC SPONGE DARI JEPUN... 100% DARI VEGETABLE FIBER TAKDE CHEMICAL LANGSUNG... YH MALAS NAK CUCI MUKA PUN BOLEH GUNA NI... NAK TAU LEBIH BOLEH CARI DI LINK NI http://namiconia91.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Saya ada produk yg boleh mengatasi masalah kulit wajah..hubungi pn nurul 016-3232404

Tanpa Nama berkata...

Ikuti kelas penjagaan kulit secara percuma dn rasailah sendiri produk yg akan dipakai hanya dgn kelas yg saya anjurkan...mudah2 berkesan dn membantu anda..hubungi saya pn nurul 016-3232404..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2013 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez