Menyembuhkan Kencing Tidak Lawas

Posted by Unknown at Sabtu, April 04, 2009
Terlebih dulu, saya mohon maaf jikalau istilah "kencing" yang digunakan tu kurang menyenangkan sesetengah pihak. Tapi saya menggunakannya untuk tujuan berkongsikan satu petua iaitu menyembuhkan kencing tidak lawas. Harap anda semua selesa dengan perkataan tu.


Masalah kencing tak lawas atau tersekat-sekat ni selalunya terjadi kerana anda kurang meminum air putih. Ataupun anda sering menahan atau menangguhkan kencing. Walhal pada masa tu memang dah sampai waktu untuk melepaskannya.


Tapi, usahlah anda terlalu bimbang. Mesti ada cara untuk mengatasi dan seterusnya menyembuhkan masalah tersebut.


Begini petuanya;


1. Semasa anda nak masak nasi, jangan lupa menyimpan air basuhan beras yang terakhir.

Tapi kalau emak atau isteri anda yang selalu masak nasi, pesanlah kat mereka supaya menyimpannya.


2. Kemudian, tuangkannya ke dalam sebiji gelas.


3. Selepas anda selesai menikmati hidangan makan tengahari, minumlah air basuhan beras tadi.


Amalkan setiap hari sehinggalah masalah kencing tak lawas anda tu sembuh.


Selamat Mencuba!

45 komen on "Menyembuhkan Kencing Tidak Lawas"

Pretsel Maker on April 09, 2009 2:47 PG berkata...

It's wonderful to be here,
It's certainly a thrill!!

I think I really need a break, a time for myself. So, I decided to visit this place.

oktant on April 09, 2009 8:58 PG berkata...

@ Pretsel Maker: Thanks for visited. :)

Tanpa Nama berkata...

betul ke cara tu berkesan?

oktant on Mei 28, 2009 8:01 PG berkata...

@ Tanpa Nama:

Pertama sekali, terima kasih kerana bertanya.

Sebenarnya, saya tiada kuasa langsung utk menentukan sama ada petua di atas tu benar-benar berkesan utk semua orang.

Cuma, ianya merupakan salah satu alternatif kpd mereka2 yg mengalami masalah berkaitan. Ada sesetengah golongan masyarakat yang pernah mengamalkannya dan berhasil memulihkan masalah tersebut.

Sebagai jalan penyelesaiannya, saya sarankan anda mencuba petua di atas dengan yakin.

Tapi jika anda berasa was-was, saya nasihatkan anda dapatkan nasihat doktor. :)


Harap maklum.

Sarah Adnan berkata...

salam. satu pertanyaan.sekarang ni kilang2 setelah menuai, beras akan dibasuh terlebih dahulu kemudian beras2 itu akan melalui proses pemutihan menggunakan sejenis bahan bleach makanan. sekiranya kita ke kampung yang masih ori akan kita dapati beras di sana kekuningan jadi bila hendak di masak pasti akan dibasuh terlabi dahulu, jadi air beras tu menurut pandangan saya orilah...

camne ngan air basuhan beras sekarang ye selamat ke? maksud saya untuk dibuat ramuan rawatan.

sekadar berkongsi pandangan-untuk kearah kebaikkan. harap tak menyinggung mana2 pihak. :)

Tanpa Nama berkata...

betul kah cara itu berkesan?

oktant on Januari 23, 2010 2:58 PTG berkata...

@ Sarah Adnan: Waalaikumusalam. Saya pernah baca yg agen pemutih ni kurang baik terutamanya untuk kulit muka.

Lepas baca info yg awak kongsi tu, saya berpendapat air basuhan beras ni lebih selamat digunapakai sekiranya kita gunakan beras yg tak melalui proses pemutihan.

Sebab saya risau dgn penggunaan bahan bleach makanan tu akan memberikan kesan sampingan. Terutamanya untuk jangka masa panjang.

Miss nor berkata...

Berdasarkan yang saye tahu salah satu punca kencing tak lawas adalah jangkitan kuman pada saluran kencing terutama wanita sebab salur kencing perempuan lebih pendek berbanding lelaki jadi mudah kuman dari luar masuk ke dalam .Jadi cara yang mudah adalah minum air masak yang banyak jadi anda akan kencing lebih kerap, secara automatik membuang kuman dari yang dah ade dalam pundi kencing .Saye setuju saranan supaye jangan tahan kencing ,kalau rase nak buang air kecil pergi jer tandas .Tapi kalo masalah ni datang sekali dengan masalah lain contoh sakit perut,ade darah ,demam ,seelok-eloknye pergi berjumpe doktor ye

oktant on Mac 09, 2010 11:50 PG berkata...

@ Miss nor: Terima kasih atas perkongsian awak di atas. Harap ia dapat membantu semua yang ada di sini. :)

Tanpa Nama berkata...

tul 2

oktant on Mac 30, 2010 1:40 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih. :)

Tanpa Nama berkata...

terima kasih.. saya akan mule dengan minum air masak banyak2..

Tanpa Nama berkata...

errr...kurang pasti lah. nak tanya... kalau beras yg kita basuh tuh,basuhan yg keberapa patut kita ambil air tu untuk diminum? selalunya kan kalau kat umah sekurang2 beras basuh dlm 3 kali sebelum di masak.. sori juz nak tanya lebih lanjut lagi..basuhan beras yg pertama slunya kotor sgt ngan kanji kan..

dania berkata...

ada cara lain x??

Tanpa Nama berkata...

hye saya ada mslh 'kencing' kadang2 sy rasa nak kencing sllu tapi sekali kuar sikit jak.. perkara ni baru berlaku dgn saya... bila saya berdiri selepas kencing terus terasa mau kencing lagi... hmmm saya betul2 tk selesa.. kat ofis pun tiada mood.. klu saya tahan perut pula yang sakit.. hmmmm.. boleh sesiapa bantu saya tak.. please... saya segan nak jumpa doktor.. klu ada petua2 ka???

indah berkata...

saya ada masalah...ni terjadi kpd adik saya...mungkin pd pandangan sy,dia mungkin ada penyakit kencing x lawa sb kdg2 dia kencing tp bila sudah,kuar lg..dan yang sy pelik di sini,adik sy ni,kdg2 dia kuar darah tanpa di sedari...adik sy seorang lelaki...boleh bantu?

oktant on Jun 15, 2010 5:27 PTG berkata...

@ dania, Tanpa Nama dan indah:

Awak boleh cuba minum jus belimbing besi sebagai alternatif jika menghadapi masalah kencing tak lawas.

Sila rujuk pada artikel bertajuk "4 Khasiat Jus Belimbing Besi" di sini untuk mengetahui petuanya.

Harap membantu awak semua. :)

Tanpa Nama berkata...

terima kasih segala info yg diberikan, saya juga mengalamai masalah yg sama.. msalah ini menyukarkan saya utk bersolat..saya harap petua diatas dpt membantu masalah nie..TQ

Tanpa Nama berkata...

urmmmmm...sy skrg tgah mngalmi kncing x lawas.sy da g jmpe dktor n da g mngurut..tp x ada prubahan lgsung y brlaku pd sy..mak cik sy sarankn spye minum air beras barli..alhamdulillah...smkin brkurang.

oktant on Ogos 06, 2010 12:53 PG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Sama-sama. Harap petua ni dapat membantu awak ya. :)

- Awak, terima kasih sebab berkongsi petua. :)

Tanpa Nama berkata...

Ataupon boleh cuba dapatkan/ beli kapsul kranberi. Ambil 2 kapsul 3 kali sehari.
Insyaallah berkurangan.
Boleh juga didapati dlm bentuk jus kranberi.
Harap membantu

oktant on Disember 22, 2010 9:29 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih di atas cadangan awak. =)

Tanpa Nama berkata...

dah cuba cara ni x ada kesan langsung pas 2 jumpa doktor pun x jadi jugak...amacam

oktant on Januari 19, 2011 11:57 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Pertama sekali, awak perlu amalkan petua ini setiap hari. Usah lekas berputus asa atau harapkan keputusan yang segera.

Sekiranya awak rasakan ianya tak sesuai dgn diri sendiri, cuba dapatkan petua lain pada Label Kencing Tak Lawas.

Harap membantu.

Tanpa Nama berkata...

sy dah g buat check kt hospital tp
doktor ckp normal. doktor x dpt detect punca
penyakit kncing x lawas sy.

oktant on Februari 07, 2011 11:56 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Jika begitu, sy harap saudara dpt mencuba petua yg ada utk mengatasi masalah kencing tak lawas tu ya. Mudah-mudahan ianya sembuh.

Tanpa Nama berkata...

sy skrg mengalami.... sgt x selesa. da jmp doc bg ubt, da b'urut jgk tp still ade rasa nak kencing.. smlm ade minum air beras barli.. pun msih rasa.. aduhai...

Tanpa Nama berkata...

salam, saya dh beberapa kali kena ini kemudian saya cuba menahan selama 1 hari. hasilnya rase sakit hilang....tp selepas bbrp bulan saya kena balik....

Tanpa Nama berkata...

saya dh x thn dgn kencing x lawas ni..bila dh kencing,saya berdiri,rasa nk kencig lg. mcm2 ubat saya guna,jmpa doktor pn dh,minum cranbery jus,ubat kat farmasi,ubat doktor bg,and air bali,tp xmau jgk.kalu mau pn sekejap je.kdg2 rasa nk mati..help..

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Saya dah jumpa doktor bertanyakan masalah ini. Beliau sendiri mengalami masalah yang sama. Katanya ia berpunca daripada masalah otot alat kemaluan yang semakin lemah. Ia adalah disebabkan aktiviti hubungan suami isteri. Kepada mereka yang belum berumahtangga pula, ia adalah disebabkan aktiviti 'masturbate' yang keterlaluan.

Tanpa Nama berkata...

Salam.. dulu msa sya kecik2 (tadika) saya juga pernah mengalami masalah ini.. smpai ulang-alik tandas terutama pada waktu mlm.... Namun, apakah daya... skrg sya pelajar sklolh menengah... masalah ini tlh berulang kembali.. Adakah sya perlu bejumpa ngn Doktor ?

Tanpa Nama berkata...

Khasiat kranberi mmg bgus tuk mgubati masalah kencing xlawas..sbb sy pnh mngalaminy..sakitny, tuhan je yg tahu...sy telh mcuba kranberi kapsul yg dbeli d farmasi guardian..nameny CranRich.hargany agk mahal rm90 lebih..tp alhamdulillah sakit kurang dlm 1 hari je..

Tanpa Nama berkata...

tumpang tanya, adakah kencing tak lawas ni berkaitan dengan kerap melakukan hubungan intim? ini kerana sebelum ni saya tidak mengalami masalah ini tp setelah berkahwin perkara ini kerap berlaku..

Tanpa Nama berkata...

sakitnye rasa ble kencing tak lawas ni.tak selesa sgt.sy akn cuba petua diatas

Tanpa Nama berkata...

Sy pn salu gak kencg xlwas.thun ni je da 6x kna.tau kna minum air byk,,tp malasnye.kranberi ntk prevention j kn?kalo da kna,,tengah2 sakt? N nk solt pn jd ragu2 sb slu tkencg

Tanpa Nama berkata...

Adakah kencing tak lawas termasuk dalam tanda mengalami kanser pundi kencing

Tanpa Nama berkata...

Aq bduk lgi da kena so vila aq kena katumh sediakan kain e2 yg tebal dan letkkn kat zakat den kncing di situ (dusuk) smpai kncng kita kmbali ok

Tanpa Nama berkata...

Aq bduk lgi da kena so vila aq kena katumh sediakan kain e2 yg tebal dan letkkn kat zakat den kncing di situ (dusuk) smpai kncng kita kmbali ok

Tanpa Nama berkata...

air bali panas pn blh mngatasi nya dgn lbih pntas...

Tanpa Nama berkata...

minum air didih skali shari...Insyallah..Tuhan akn bantu hambaNya...TQ

oktant on Februari 19, 2013 4:59 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih atas perkongsian tuan/puan. :)

Tanpa Nama berkata...

Sjak sy tkena kncing kotor kencing x lawas sy slalu kena biar mnum byk air..klau kta nk tahan kncing x jga..untg mlegakn sy tpaksa bli byk2 pelawas bnama URAL bli kt guardian skjap x kna bln2 ha dtg r die..seksa sgt!

Tyra❤️Zami on Jun 12, 2013 8:26 PG berkata...

Salam... saya pun kerap kena... saja nak share info mengenai kencing tak lawas ni...1 of my fren is Doc Pakar kat HUKM. Apa yang diberitahu & dikongsi tips dengan saya adalah:
1: Kencing tak lawas ni biasanya kerap terjadi pada wanita yang sudah berkahwin. Ia adalah NORMAL.
2: Ada sebab kenapa ianya berlaku... Nak story malu pulak sebab sensitif.. So, sapa nak tau sebab boleh email saya..
3: Untuk mengatasinya dengan segera, beli CARROT PUTIH dan blender sedikit dengan air. InsyaAllah, cepat baik..

Selamat Mencuba :-)

Tanpa Nama berkata...

Sya br je mengalami masalah ni.mmg sy x suka minum air masak.maybe psl tu r kot.skrg br nk try minum .seksanya...sakit....

Unknown on Januari 10, 2014 5:08 PTG berkata...

rupanya air basuhan beras ni banyak khasiatnya jg ye. bagus jg info nie.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez