Nak Melegakan Kembung Perut?

Posted by Unknown at Selasa, April 14, 2009
Masalah kembung perut seringkali terjadi kat bayi, kan? Tapi ada juga orang dewasa yang mengalaminya. Mungkin kerana ketidakselesaan. Orang biasa cakap "masuk angin". Justeru, kalau anda mengalami masalah ini, bolehlah mencuba petua di bawah. Tak susah sebenarnya kalau nak melegakan kembung perut ni. Anda cuma perlukan sebuku halia dan air panas.



air halia untuk melegakan kembung perut

Gambar halia - Wei East



Langkah-langkah menyediakan air halia ni;


1. Sediakan sebuku halia dan bersihkan.

2. Tumbuk halia tu tapi jangan sampai terlalu lumat. Biar hancur sedikit dah cukup.

3. Sediakan air panas. Kalau takder, gi jerang dulu. :)

4. Masukkan halia yang dah ditumbuk tadi ke dalam gelas kosong.

5. Kemudian tuangkan air panas dalam gelas yang berisi halia. Agak-agak dalam setengah gelas, ok.

6. Tutup gelas tadi dengan piring. Biarkan selama 10 minit.

7. Selepas itu, tapis air tadi. Bahagikan kepada 2. Setengahnya untuk anda minum dan selebihnya untuk disimpan dalam peti sejuk.

8. Sekiranya perut anda masih belum lega, minumlah baki air halia yang dah disejukkan tu.

9. Ulangi langkah 1-8 sehingga masalah kembung perut anda sembuh. :)


Selamat Mencuba!

29 komen on "Nak Melegakan Kembung Perut?"

Tanpa Nama berkata...

ulang punya ulang, perut kembung pulak dgn air halia, mcmana?

oktant on Jun 01, 2010 11:54 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Mungkin awak terminum banyak sangat kot?

Minumlah sekadar dalam 1/2 gelas untuk setiap kali minum.

Katakan waktu tengahari awak minum 1/2 gelas. Kemudian pada waktu petang atau malam, barulah minum baki air yang telah disejukkan tadi.

Harap jawapan ni membantu awak yer. :)

aaron berkata...

tanpa nama juga..
saya kat tempat keje skrg ni..
mcmana nak wat air halia

Tanpa Nama berkata...

kalau bayi kembung perut,apakah petuanya?

Tanpa Nama berkata...

boleh ke budak kecik kita bg mnm air halia kalu jadi kembung perut kat diorang?

Unknown on Disember 10, 2011 10:50 PTG berkata...

sapu la minyak yun yee cap limau...

Tanpa Nama berkata...

Nak tanya..
1.Kalau rajin belenging ( x pakai baju ) badan bole masuk angin x?
2.Air halia tu utk penyelesaian jangka pendek or pjg sbb saya dah asik kembung perut ni agak lama.

oktant on Februari 21, 2012 4:15 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

1. Boleh.

2. Kedua-duanya boleh.

Tanpa Nama berkata...

beli eno halia je kalau x tau nak buat :)

Tanpa Nama berkata...

kalau beli yang siap dalam botol tapi yg berkarbot tu boleh tak?sedap..

oktant on Mac 23, 2012 10:14 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Boleh juga kalau nak guna eno. :)

- Sebaik-baiknya buat sendiri. Barulah "terbaikk".

Bukan apa, kalau awak beli yg berkabonat tu dah lari khasiatnya.

Tanpa Nama berkata...

maaf ya saye nak tanya ade tak petua melegakan kembung perut yang laen selain minum air halia,,,maaf laaa saye cuma bertanya jew

oktant on April 09, 2012 11:32 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Awak tak perlu minta maaf. :)

Cuba awak lihat artikel ini ~ Petua Kembung Perut, Luka, Resdung dan Sakit Gigi?

Kalau ada petua lain, Insya-Allah saya akan kongsikan di blog ini ya.

Tanpa Nama berkata...

sya kt tnyelh,mmcmne cara nk elakkn perut dari kembung,sya ni selalu sangat kne....

Tanpa Nama berkata...

doktor kata saya ada gastrik dan selalu kembung perut.halia dpt bantu ke mslh ni?

oktant on April 18, 2012 12:05 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Cara nak elakkannya, awak amalkan minum air masak (yg dingin) setiap pagi sebelum sarapan ataupun sebelum makan apa saja.


- Kalau gastrik, cuba awak amalkan minum susu kambing yg dicampur dgn buah tamar.

Makseudnya, masakkan susu kambing tu bersama buah tamar sekali yea.


Harap ia membantu.

Tanpa Nama berkata...

dah macam saya cuba,,,tapi masih mengalami masalah kembung perut dan bila kembung ia akan naik ke kepala saya,,,saya pening..berat badan saya turut dengan mendadak,,,,sbb sakit kembung dalam perut saya,,,saya sudah rasa ade sebesar biji buah anggur merah..setiap kali saya kembung,,saya akan urut bahagian yg berbiji tu,,tenyata ia akan menguarkan kentut dan sedawa,,tp keadaan itu tetap sama,,,sentiasa berlaku,,walaupun saya dah menggunakan pelbagai cara dan petua,,,tolongla saya

Tanpa Nama berkata...

ek..itu dah teruk sangat tue..baik jumpe doc trus... :-)
mane taw skt lain

oktant on Mei 25, 2012 7:49 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Saya pun syorkan awak berjumpa doktor utk pemeriksaan lanjut. Ini utk kebaikan awak juga.

- Terima kasih atas saranan awak. Saya amat bersetuju.

Berjumpa doktor bg mengetahui apa punca sebenarnya.

Tanpa Nama berkata...

bodoh...

Tanpa Nama berkata...

Saya sudah satu bulan lebih mengelami perut berangin, tapi kentut kurang dan tidak berbau. Masalahnya perut sangat sensitif, tidak boleh menerima makanan berlemak dan berkarbobat, semesti akan menyebabkan ketidakselesaan perut dan najis berair. Walabagai manapun perut tidak berasa sakit. Selepas pemeriksaan doktor kata ada sedikit batu karang kat hempedu... Tuan apa perlu saya buat. Tw

Tyas on Disember 20, 2012 10:35 PG berkata...

Menarik ini ramuan untuk mengatasi perut kembungn. makasih

oktant on Disember 20, 2012 3:59 PTG berkata...

@ Tyas: Terima kasih kembali. :)

Tanpa Nama berkata...

ada satu lgi petua utk legakan perut kembung..
sediakan 3 biji cili, 3 gengam ketumbar, sedikit gula merah dan 4 gelas air. bahan2 masukkan dalam air tdi dan panaskan hingga mendidih. selepas itu, tggu hingga sejuk dan saringkan. lepas tu boleh la di minum. sekali sehari.

oktant on April 11, 2013 6:19 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih sebab sudi kongsi petua. :)

shidah on Februari 12, 2014 3:26 PTG berkata...

cubalah cari tablet arang. boleh cari kat farmasi, mungkin boleh legakan gas yg berlebuhan dalam perut.

Unknown on April 13, 2014 8:41 PG berkata...

setuju..halia mmg remedi kembung perut..thanks for sharing..

Tips Atasi Kembung Perut

oktant on April 16, 2014 10:13 PG berkata...

@ fatimatuzzahra: Terima kasih kembali ya. :)

Sham Kamarul on Julai 16, 2014 1:15 PG berkata...

ada senaman tak utk perot kembong

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez