Khasiat Daun Pegaga: Ubat Kencing Manis

Posted by Unknown at Sabtu, April 11, 2009
Sejak kebelakangan ini, ada beberapa rakan saya yang bertanyakan tentang petua untuk mengubati penyakit kencing manis. Justeru itu, saya akan berkongsi salah satu ubat kencing manis dan cara perlaksanaannya sebentar jer lagi. Ubat yang saya maksudkan tu ialah daun pegaga.


Sebenarnya, khasiat daun pegaga ni banyak. Selain mampu merawat kencing manis, ia mampu mengubati "kembarnya" iaitu darah tinggi, mengecutkan peranakan dan menghilangkan bintik hitam di muka. Anda boleh rujuk post terdahulu di sini dan juga sini.


daun pegaga ubat kencing manis

Gambar daun pegaga - Forum Anakku Sayang




Baiklah, ringkasnya ada 2 kaedah perlaksanaan yang boleh anda amalkan melalui pengambilan daun pegaga ni iaitu:


1. Jadikan sebagai ulam-ulaman

Mula-mula, anda ambillah beberapa helai pucuk daun pegaga dan basuh sehingga bersih. Kemudian, makanlah daun pegaga ni semasa menikmati makan tengahari, petang atau malam. Usah bimbang, anda boleh memakannya bersama lauk-puak lain macam biasa.

Ini kerana, pucuk pegaga mampu mengurangkan paras gula dalam air kencing anda.


2. Minum air rebusan akar dan daunnya

Anda sediakan dulu kira-kira 30 helai daun pegaga dan bersihkannya dulu. Kemudian, rebus air kira-kira dalam sukatan 2 cawan air putih bersama-sama dengan pegaga tadi.

Setelah mendidih, biarkan air rebusan tu sejuk secara semulajadi. Lepas itu, minumlah air rebusan tersebut dalam 2 kali sehari. Amalkan setiap hari sampailah anda berpuas hati dengan hasilnya.


Itu saja caranya. Mudah-mudahan petua kesihatan kali memberi alternatif tambahan kepada kebanyakan penghidap kencing manis.


Selamat Mencuba!

19 komen on "Khasiat Daun Pegaga: Ubat Kencing Manis"

cik tipah on Julai 11, 2010 2:43 PG berkata...

Salam sejahtera

Selain pegaga, STEVIA juga merupakan satu alternatif terbaik bg pesakit kencing manis untuk menikmati makanan dan minuman yg manis tanpa perlu risau kandungan guladlm darah

Stevia secara tradisi digunakan oleh kaum asli Paraguay sebagai teh herba dan ubat berkurun lamanya. Di jepun STEVIA telah digunakan selama 30 tahun sebagai pemanis makanan.

STEVIA tidak mengandungi kalori dan mempunyai rasa manis yg jauh lebih tinggi daripada gula. Guna sedikit sahaja cukup utk maniskan makanan dan minuman.Ia sesuai utk semua

http://ciktipahcyber.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

bolaeh ke guna untuk mengurangkan lemak dalam badan??

oktant on Januari 13, 2011 8:14 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Ia sememangnya baik untuk kesihatan. Awak boleh rujuk khasiatnya di artikel Menambah Selera Makan Dengan Pegaga.

Kalau awak nak kurangkan lemak di badan, artikel di;

1. 1 Cara Mengurangkan Lemak Dalam Badan

2. Mari Kurangkan Lemak di Badan

3. Hilangkan Lemak Berlebihan Pada Perut

Harap membantu. ;p

Tanpa Nama berkata...

PENGALAMAN SAYA TENTANG DAUN PEGAGA INI IALAH UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN. SAYA MENGAMALKAN SELAMA 6 BULAN ALHAMDULLILAH BERAT SAYA TURUN SEBANYAK 10 KILO.PEGAGA BERSAMA DENGAN AKARNYA DAN EPAL HIJAU DI KISAR BERSAMA, DIMINUM 2 KALI SEHARI.SELAIN ITU JAGALAH SEDIKIT PEMAKANAN BESERTA DENGAN PUASA SUNAT INSYAALLAH MUJARAB.

oktant on Mac 09, 2012 5:02 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih kerana sudi kongsi pengalaman awak. Insya-Allah... jika diamalkan dgn konsisten, kita pasti memperolehi hasilnya.

Tanpa Nama berkata...

pegaga ni memang banyak khasiat.
ibu saya mengamalkan minum air pegaga.
awet muda dan dapat menurunkan level gula utk kencing manis.

oktant on Mac 16, 2012 6:54 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Saya setuju dgn awak. =)

Terima kasih juga sudi kongsikan khasiat pegaga.

Tanpa Nama berkata...

saya menhidap penyakit kencing manis..tp sekarang sya mengandung dan gula dlam darah sya sgt tinggi..ape yang patut sya lakukan untuk menyelamatkan kandungan sya dengan menurunkan gula dalam darah saya??

oktant on Mac 17, 2012 7:31 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Puan boleh cuba petua di artikel bertajuk 2 Petua Mengurangkan Komplikasi Kencing Manis.

Ataupun amalkan minum jus belimbing besi di artikel 4 Khasiat Jus Belimbing Besi.

Harap ia membantu puan.

Tanpa Nama berkata...

saye dah amalkan makan pegage selame tige tahun setiap hari saye kelihatan awet muda umur saye 40 tahun tapi orang kire saye belum lagi 30 fantanstic yee

oktant on September 08, 2012 9:54 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Syukur Alhamdulillah. Tahniah saya ucapkan. :)

Luke on November 12, 2012 11:39 PTG berkata...

Bagus petua ni, semoga memberi manfaat kepada semua.

Tanpa Nama berkata...

bagi mereka yg ada tekanan darah rendah x sesuai amalkn mkan pegaga ni...nanti makin rendah tekanan darah..(pengalaman sendiri)dan kesannya jd pitam

oktant on November 16, 2012 10:08 PTG berkata...

@ Luke: Terima kasih. Mudah-mudahan. Aamiin.

@ Tanpa Nama: Terima kasih atas perkongsian.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ... makan ulam pegaga sama tak khasiatnya dengan minum jus pegaga ... paksu

Unknown on Januari 19, 2013 10:30 PTG berkata...

Assalamualaikum, thanx ats perkongsian. Sstgh petua mmg terbukti mujarab, namun bg yg alami lebih drp sejenis penyakit, perlu pastikan rawatan 1 penyakit xkan memburukkan keadaan penyakit yg lain.

Bg yg xsmpat menyediakan ramuan mengikut petua yg diberi, anda disyorkan mengamalkan produk kesihatan nutrisi selular, yg terbukti membantu menyingkirkan pelbagai penyakit termasuk kencing manis, drh tinggi, gout, sakit buah pinggang, obesiti, senggugut dll. Melabur sedikit utk kesihatan anda, kerana jika anda jatuh sakit, 'harga sebuah kesihatan' sgt lah mahal

untuk mengetahui lebih lanjut, hubungi saya ;)
atau jenguk2 blog sy di jomsihatseisikeluarga.blogspot

Tanpa Nama berkata...

Saya selalu minum air daun pegaga yang dikisar dan diminum mentah2, bagaimana khasiatnya adekah sama?

Tanpa Nama berkata...

Minum air pegaga yang dikisar dan diminum mentah2 adekah sama khasiatnya?

Unknown on Disember 20, 2013 9:42 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Saya kurang pasti sama ada khasiatnya sama atau tidak.

Pun begitu, jika awak nak gunakannya secara mentah, pastikan awak mencucinya terlebih dahulu ya.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez