Khasiat Pegaga: Menghilangkan Bintik Hitam di Wajah

Posted by Encik Oktant at Jumaat, Jun 25, 2010
Selain jerawat, bintik hitam di wajah turut menjadi musuh utama anda yang sering menjaga kecantikan muka. Adakalanya, ia lebih degil berbanding jerawat. Hal ini tentu menggusarkan anda, kan?

Terutamanya pada yang dah cuba pelbagai macam produk tapi tak membuahkan hasil. Huhh... mesti kecewa yang amatgiler.


Sebagai jalan keluar, apakata anda beralih kembali kepada cara tradisional. Gunakan khasiat yang ada pada pegaga. Anda nak tahu apa khasiat pegaga? Boleh imbas kembali entri bertajuk "Pelbagai Khasiat Daun Pegaga".


Ya, kalau anda perasan; ada dinyatakan kat situ ia boleh menghilangkan bintik hitam di wajah. Tapi masa tu, saya tak pula sertakan sekali cara nak membuatnya. Hmmm...


Sekarang, barulah saya dapat kongsikannya. Anda ikutilah langkah berikut;


1. Ambil 10 helai daun pegaga.


Daun pegaga ni memang banyak khasiatnya
Daun pegaga ni memang banyak khasiatnya - lexup@flikr.com



2. Basuh dulu kesemua daun tadi dengan air garam.

3. Setelah dicuci, tumbuklah ia sampai halus.

4. Lepas dah halus, campurkan pula dengan bedak sejuk. Sama ada yang ketul mahupun cecair. Dua-dua boleh. Takder hal. :)

Tapi kalau anda guna bedak sejuk yang ketul, jangan lupa campurkannya dengan sedikit air suam ya. Supaya ia lebih mudah sebati.

5. Gaul kesemua bahan sampai sebati. Sapukan pada kawasan yang mengalami masalah bintik hitam. Kiranya anda pakai masker muka lah nie.

Pastikan anda sapu sebelum tidur malam tau.


6. Esok pagi, barulah cuci muka anda tu sebersih-bersihnya.


Petua ini boleh diamalkan secara terus-menerus setiap malam sehinggalah hasrat untuk menghilangkan bintik hitam di wajah anda tercapai. Amiin.


Selamat Mencuba!

30 komen on "Khasiat Pegaga: Menghilangkan Bintik Hitam di Wajah"

Tanpa Nama berkata...

jadi ko nie

oktant on Ogos 03, 2010 2:48 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Awak cubalah dulu. Lagipun ini petua tradisional. InsyaAllah ia berhasil sekiranya dilakukan secara teratur dan serasi dgn kulit awak. :)

Tanpa Nama berkata...

apa bisa di ganti daun yg lain ?

oktant on September 22, 2010 4:04 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Mungkin kamu boleh petua alternatifnya di SINI.

Harap membantu ya. :)

Tanpa Nama berkata...

boleh percayaker.............

azie berkata...

mmg betul2 berkesan 100%.. sy dah cuba buat... kesan bintik2 hitam dan jerawat hilang.. kulit muka jadi licin dan lembut seperti kulit bayi...

oktant on Jun 24, 2011 4:21 PTG berkata...

@ azie: Tahniah & terima kasih yer azie. ;D

Tanpa Nama berkata...

saya dah cuba pelbagai produk tp x jugak berkesan.bintik hitam trus ada huhu susah betul la...petua pn saya ada mencuba tp mg betul2 degil bintik hitam ni nak hilang....

oktant on Julai 19, 2011 10:25 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Teruskan usaha awak tu secara teratur yea.

Biasanya, ia memang mengambil masa. Apa yang penting kulit awak tidak alah kpd bahan-bahan yg digunakan.

Tanpa Nama berkata...

kalo susah sgt bintik itam tu nk ilang,amik marker pen kaler merah @ ape² kaler yg anda suke,titik kan di bintik yg itam tu..so,bile org tgk,TIADA LAGI BINTIK HITAM !!.keh3

Tanpa Nama berkata...

Kat mna boleh dapat daun pegaga tu ??

Tanpa Nama berkata...

jerawat pun boleh hilang ke??? mam mane pulak dengan parut jerawat????

Tanpa Nama berkata...

jerawat pun boleh hilang ke??? macam mane pulak dengan parut jerawat?

oktant on Januari 29, 2012 7:33 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Untuk jerawat, awak cuba petua-petua untuk hilangkan jerawat.

Manakala utk parut jerawat pula, cuba sapukan lendir lidah buaya pd parut tersebut setiap malam sebelum tidur.

Keesokan paginya barulah awak cuci dengan air bersih.

Mudah-mudahan awak berjaya hilangkan semua parut yg ada.

Tanpa Nama berkata...

sy akan cuba petua semoga sy berjaya..sy nak byk pakai produk..xtau nk try apa huhujeles jgk tgk kulit muka org len T_T

oktant on Februari 02, 2012 2:57 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Silakan & saya pun doakan kejayaan awak juga. Amin.

Awak tak perlu pakai banyak produk. Gunakan yg perlu & bersesuaian dgn kulit saja.

Kalau bahan semulajadi, lendir lidah buaya, minyak gamat, asam jawa, serbuk kopi & teh antara yg boleh disapukan pada seluruh kulit pd badan awak.

Bahan-bahan di atas rasanya mudah didapati & kosnya agak rendah.

Cuma ia mestilah diamalkan selalu. Barulah kita akan nampak hasilnya. Insya-Allah.

Tanpa Nama berkata...

x ader ker petua menghilangkan bintik hitam dgn madu

oktant on Mac 16, 2012 7:09 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Rasanya belum ada di sini. Tapi, petua hilangkan jerawat dgn madu awak boleh rujuk pada artikel 14 Kehebatan Campuran Madu Asli Dan Kayu Manis.

Harap ia dpt membantu awak.

Tanpa Nama berkata...

da pakai tue memang rase gatal & pedih ke ??

oktant on April 09, 2012 11:21 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Pada permulaannya, mungkin akan mengalami gatal dan pedih. Tapi lama-kelamaan biasanya ia akan berkurangan.

Namun, jika rasa gatal dan pedih tu berterusan, awak boleh hentikan penggunaannya. Mungkin kulit awak tidak serasi dengannya.

Harap ia membantu awak.

Tanpa Nama berkata...

selalu nye tak menjadi la T_T

Tanpa Nama berkata...

saya dah cuba , tapi tak menjadi pun ..

oktant on Mei 28, 2012 10:16 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Maaflah jika ia tidak berkesan utk awak.

Tapi, usah putus asa. Pasti ada cara lain yg sesuai utk awak. Teruskan mencari ya. :)

Tanpa Nama berkata...

mana nk dpt kn daun pegaga kt kl nie?

Tanpa Nama berkata...

mcm mna mw dapat daun pegaga 2 arr????

Tanpa Nama berkata...

mcam mna mw m'hilang kan bintik2 d mka ????????????
n brapa ary hrus d aml kan ??????????

Tanpa Nama berkata...

saya akan cuba mlm ini insya"allah ianya menjadi

oktant on Ogos 07, 2012 7:41 PG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Awak boleh cuba petua di atas. Lakukan saja setiap malam.

- Silakan. Saya doakan awak berjaya. Amin.

linda sazlin on Jun 18, 2013 2:40 PG berkata...

salam... erm maaf kalau tanya di luar topik.. di sini sya nak bertnyakan kpda saudara/i tntg masalah rambut .. bagaimana ye nak atasi masalah rmbut gugur? adakah pemakain syampu yng tak berkesan boleh mnybbkan rmbut mudah gugur? ini mnjdi satu pertnyaan kpda saya.. diharapkan saudara/i dapat memberi ulasan yng lebih komitmen kpda ape yng saya uarkan tdi.. :-)

Tanpa Nama berkata...

Lepas buat dgn 10 helai daun pegaga tu , kalau ada lbh bleh simpan x guna untk esk ke?

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2013 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez