Apabila mengalami sakit belakang, bahagian belakang badan (terutamanya bahagian bawah) akan terasa sakit dan tak selesa. Antara punca sakit belakang ni ialah kerana otot tergeliat, atau letih, postur badan yang tidak betul dan juga akibat tekanan.

Sakit belakang - loscuatroojos.com
Kesannya nanti, pergerakan harian anda menjadi lebih terbatas. Ini kerana anda mungkin akan terasa kebas di bahagian punggung, peha dan kaki. Otot-otot kaki akan lemah dan berkemungkinan boleh lumpuh sepenuhnya.
Sehubungan itu, dah tentu anda nak sangat kurangkan rasa sakit belakang ni, kan? Sekurang-kurangnya untuk sementara waktu pun dah kira baik. :)
Antara rawatan sakit belakang yang boleh anda lakukan;
1. Rehatkan diri secukupnya di atas tilam yang empuk lembut dan selesa.
2. Sapukan ubat penahan sakit atau gunakan ubat anti inflamasi tanpa steroid.
3. Urut bahagian yang sakit secara perlahan-lahan dan lembut.
Anda boleh gunakan minyak urut ataupun minyak gamat.
4. Lakukan senaman asas untuk melegakan bahagian badan yang sakit di samping dapat menguatkan otot yang menyokong tulang belakang.
Contoh senaman yang boleh anda lakukan seperti di bawah:

Senaman sakit belakang - www.jordanmeadows.com
Sebagai langkah berjaga-jaga, anda perlulah mengamalkan postur yang betul setiap kali duduk, berdiri dan ketika mengangkat bebanan; kekalkan berat badan yang ideal; berehat seketika untuk meregangkan badan serta ambil kalsium dan nutrisi lain pada kadar mencukupi bagi mengelakkan osteoporosis.
Selamat Mencuba!
Selamat Mencuba!

12 komen on "4 Rawatan Mengurangkan Sakit Belakang"
uieh. salah satu punca sakit belakang jugak adalah duduk telalu lama. utk lebih afdal, bagun pagi2 wat senaman ringkas cam nih. bagus entri nih
@ redriben: Oh, terima kasih atas tip tambahan tu yer. :)
Aduh na..teruknya sy rasa...sy bru ja kna sakit blkng ni pas pndh rmh...x leh ddk tlmpau lma owh...rsa x dpt bngun...
bahagian yg sakit perlu diberi rehat secukupnya bg mengelakkan kecederaan yg serius pd bhagian yg mengalami kesakitan, jika sakit berlanjutan kemungkinan otot mengalami kekejangan atau juga kekurangan oksigen akibat keletihan, individu yg lewat pulih dari sakit seperti ini haruslah tidak melakukan kerja yg berat bg mengelakkan kecederaan atau otot anda berehat utk tempoh yg lama (lumpuh)
tq.
@ Dr,azrin: Terima kasih atas penerangan yg diberikan. =)
aduiiii... bah. blakang saya dah nak msk sthn stgh dah p tak juga baik2.... da petua ln lg tak?? tolong............
Saya selalu sakit belakang dan boleh kata tiap2 hari saya mengalaminya..Tetapi saya tidak rasa sakit dibahagian bawah..Saya berasa sakit cuma dibahagian atas kiri dan kanan,diantara tulang tengah setiap kali saya tarik nafas.. Mengapa ya?? Bole sesiapa terangkan kepada saya??
saya msa nie, susah nak duduk, bediri dari pembaringan. tiba-tiba jer saya jadi mcm nie, lepas bgun tido.. dr. bagi saya cuti 3 hari.. mmg rasa mcm dah suku paralyzed... emm.. ada tak cara yg cpt utk sembuh? y jadi mcm nie?
bagus nya artikel ni...dapat juga menambahkan lagi maklumat yg sedia ada di blog sy..tq..good info
entry ni sesuai utk kite skrg ni, hehhee.. neway thx... nti kte try cari tiger balm tu
@ LuVidA^^: Sama-sama. Moga cepat sembuh yea. ;)
sakit giler
rasa macm kene belasah banyak kali je
Catat Ulasan