Petua Awet Muda Dengan Buah Kerandang

Posted by Encik Oktant at Rabu, Jun 16, 2010
Ada tak di antara anda yang kenal dengan buah kerandang? Nama saintifiknya ialah Carissa Carandas. Menurut pengamal perubatan tradisional, amalan memakan buah kerandang baik untuk anda yang ingin kekal awet muda.

Bagi anda yang belum kenal buah kerandang ni, apakata kita berkenalan dengannya dulu. Buah kerandang ni berwarna merah jambu.

Buah Kerandang
Buah Kerandang - pt.treknature.com


Tapi, bila dah masak, ia akan bertukar warna kepada ungu gelap pekat.


Buah kerandang yang telah masak
Buah kerandang yang telah masak - superstock.com


Pokok kerandang ni jikalau tumbuh merimbun, amat sesuai dijadikan tempat berteduh. Ditambah pula kalau buahnya tengah lebat, lagilah cantik. Manakala daunnya pula agak keras dan batangnya juga berduri keras.


Pokok Kerandang (Carissa Carandas) - commons.wikimedia.org


Selain itu, bunga pokok kerandang ni warnanya putih dan pecah lima. Anda boleh rujuk imej di bawah ini.


Bunga Pokok Kerandang
Bunga Pokok Kerandang - pt.treknature.com



Baiklah... Setelah saling mengenali serba sikit tentangnya, mari kita berbalik kepada petua awet muda dengan buah kerandang ni. Apa yang ada perlu lakukan sekarang adalah;


1. Ambil beberapa biji buah kerandang yang telah masak.

2. Bila anda petik buah kerandang nanti, ia tentu akan bergetah.

3. Jadi, anda perlu membersihkannya dulu.

4. Kemudian, rebuskan buah kerandang tadi sehingga mendidih.

Merebus buah kerandang ni bertujuan menghilangkan keracunan getah yang mungkin terdapat pada buah kerandang yang anda petik tadi.

5. Kemudian, anda jadikan buah kerandang rebus ni sebagai ulam ketika makan tengahari atau makan malam.

Boleh dimakan bersama nasi, ulam-ulaman serta lauk-pauk lain. Amalkannya selalu secara berterusan untuk kelihatan awet muda.


6 komen on "Petua Awet Muda Dengan Buah Kerandang"

Nina Nurziana on Jun 16, 2010 8:08 PTG berkata...

wah... bagus btul tips nih.. ;)

oktant on Jun 17, 2010 2:33 PTG berkata...

@ Nina Nurziana : Thanks Nina. ;)

Tanpa Nama berkata...

alahai tak kenal la pokok ni...

Tanpa Nama berkata...

dari dulu (semasa zaman budak sekolah rendah) suka makan buah ni tak tahu pula utk.awek muda.

oktant on Januari 07, 2012 8:09 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Baguslah kalau begitu. :)

Tanpa Nama berkata...

orang kg saya panggil asam kuinda. Tak tau pulak untuk awet muda. Tapi keluarga saya mengamalkan untuk rawatan darah tinggi. Memang mujarab

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez