Petua Menjaga Kulit agar Cantik dan Sihat (Siri 2)

Posted by Encik Oktant at Selasa, Jun 22, 2010
Dalam siri terdahulu, saya telah kongsikan 3 petua menjaga kulit agar cantik dan sihat. Ringkasnya, anda perlu berehat dan tidur yang cukup, membersihkan kulit dengan betul serta minum air secukupnya. Penerangan mengenainya boleh anda ikuti di sini.

Selain daripada 3 faktor tersebut, ada 4 lagi kriteria yang perlu anda beri perhatian iaitu;


4. Bijak mengurus tekanan


Dalam kehidupan, manusia memang tak dapat lari daripada berhadapan dengan sebarang tekanan. Setiap hari pasti ada saja faktor yang membuatkan seseorang tertekan. Sama ada tekanan kerja, belajar, keluarga dan persekitaran.


Pengurusan Tekanan
Pengurusan Tekanan - stresstips.com



Dari itu, anda perlu bijak mengawal dan mengurus setiap tekanan yang menjelma. Pengurusan tekanan adalah penting supaya ia tidak menjadi beban yang terus menghambat diri sendiri.

Anda perlu belajar untuk sentiasa menenangkan diri. Contohnya, redakan tekanan dengan melakukan aktiviti yang anda sendiri suka atau minat. Hanya anda yang tahu apa yang anda suka, kan?


Kalau masih buntu, anda boleh bersiar-siar di taman dengan berjalan kaki sambil menghirup udara yang segar. Sambil tu, boleh keluarkan peluh. Ataupun bersenam sama ada di taman ataupun gimnasium. Inilah cara yang senang untuk saya cadangkan.

Pada saya, jika mengeluarkan peluh secara sihat, secara tak langsung kita akan berasa lebih tenang.

Bagi saudara yang beragama Islam, mintalah pertolongan daripada Yang Maha Esa. Bersihkan diri dulu dan buat solat sunat, bacalah ayat suci Al-Quran dan berzikir. Itulah terapi terbaik.



5. Elak panas sinaran matahari


Berada di bawah pancaran matahari yang berpanjangan boleh merosakkan kulit serta mempercepatkan proses penuaan kulit. Jika kulit terlalu lama terdedah, ia boleh menyebabkan "rosacea". Iaitu sejenis penyakit kulit yang menyebabkan kulit anda kemerah-merahan.


Tapi, anda boleh melindungi kulit dengan memakai krim pelindung matahari. Boleh pilih produk yang mengandungi SPF15. Tak silap saya, pemilihan jenis SPF ni bergantung pada jenis kulit anda gak. Sila bertanya pada penjual yang arif dengan istilah SPF ni yea.


Sekiranya anda gemar berenang, sapukan krim pelindung matahari selepas berenang. Jika anda sapu sebelum berenang, nanti krim tu terhakis dek air pulak.


6. Pemakanan seimbang


Seperti biasa, aspek pemakanan amatlah penting. Amalkanlah pemakanan seimbang dan berkhasiat dalam menu harian. Ini kerana apa yang baik untuk badan adalah baik untuk kulit anda.


Pemakanan seimbang
Pemakanan seimbang - localwin.com/julie/healthy-food



Makanlah sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Di mana setiap hidangan mengandungi buah-buahan segar, sayur, vitamin dan garam galian.

Selain itu, kurangkan juga pengambilan yang telah diproses seperti makanan segera atau makanan sejuk beku.


7. Jika merokok, lebih elok berhenti


Merokok memang semua orang tahu bahaya untuk kesihatan. Tapi amat payah sekali nak berhenti merokok ni jika tak tahu caranya, kan?


Untuk makluman anda, asap rokok akan menganggu pengaliran darah pada kulit. Akibatnya, kulit anda akan kehilangan zat-zat yang diperlukan dan menjadi kering.

Lebih membimbangkan lagi, anda yang merokok berkemungkinan berdepan dengan penyakit kulit yang kronik.



Nampaknya, petua kali dah berada di penghujungnya. Saya harap sedikit sebanyak ia dapat memberi gambaran asas bagaimana anda boleh menjaga kulit dan seterusnya memiliki kulit cantik sejak muda sampailah ke tua.



Selamat Mencuba!

0 komen on "Petua Menjaga Kulit agar Cantik dan Sihat (Siri 2)"

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2013 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez