4 Senaman Kempiskan Perut (Bahagian 2)

Posted by Encik Oktant at Isnin, Jun 07, 2010
Dua senaman mengempiskan perut telah pun selamat saya kongsikan di sini. Dua lagi senaman yang seterusnya adalah "back extension" dan "upper body crunch".

Tanpa berlengah, jom kita tengok langkah-langkah untuk membuat kedua-dua senaman tersebut.


C. Back Extension


1. Memula, anda perlu berlutut dengan kedua lutut dan tapak tangan mencecah lantai.

2. Pastikan bahagian kepala hingga punggung anda dalam keadaan lurus.

3. Kemudian, secara perlahan-lahan angkatkan tangan kiri anda ke atas. Pada masa yang sama, angkat juga kaki kanan anda.


senaman back extension
Senaman back extension - health.msn.com


4. Semasa berkeadaan seperti di atas, bertahanlah dalam kiraan lima.

5. Setelah itu, kembalilah ke posisi asal perlahan-lahan sambil melepaskan nafas ya.


Lakukan sebanyak dua set di mana setiap set mengandungi 10-15 kali ulangan. Selepas selesai mengangkat tangan kiri dan kaki kanan, tukarlah posisi kepada mengangkat tangan kanan dan kaki kiri.


D. Upper Body Crunch


1. Anda berdiri tegak sambil kaki dibuka lebar sedikit.

2. Letakkan pula kedua-dua tapak tangan di sisi kepala anda dengan tangan ditekankan sedikit.

3. Kemudian, tahan perut dan tarik nafas sedalam-dalamnya dengan perlahan.

4. Seterusnya, bengkokkan bahagian sisi pinggang anda ke kanan sehinggalah terasa seperti ada tarikan.

5. Anda tahanlah dalam kiraan lima ya.

6. Selepas itu, kembalilah ke posisi asal secara perlahan-lahan.

7. Kini, anda ulang semula langkah tahan perut dan tarik nafas; serta gerakkan bahagian sisi pinggang ke sebelah kiri pula hingga ada rasa seperti tarikan. Tahanlah dalam kiraan lima.

8. Semasa bahagian sisi pinggang anda dibengkokkan ke kanan dan kiri, pastikan pinggul anda tetap menghadap ke depan.


Sama seperti senaman back extension, ulangi senaman ini sebanyak dua set di mana setiap set mengandungi 10-15 kali ulangan. Pastikan anda buat sebelah kanan dua set dan sebelah kiri juga dua set. :)

Mudah-mudahan dengan mengamalkan empat senaman berikut bakal merealisasikan impian anda bagi mengempiskan perut buncit dengan selamat.


Selamat Mencuba!



p.s: Anda rasa lemak di bahagian perut ataupun keliling pinggang agak tebal? Ayuh, praktikkan kaedah En. H yang telah berjaya mengurangkan lemak beliau sendiri sebanyak 11.2%.

14 komen on "4 Senaman Kempiskan Perut (Bahagian 2)"

Tanpa Nama berkata...

kalau ade kencing manis minum teh tu boleh ke...

oktant on November 09, 2011 6:41 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Saya sarankan tuan dptkan nasihat doktor dahulu.

Tanpa Nama berkata...

btol kewp nieyh. .? ?

oktant on Februari 01, 2012 10:07 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Insya-Allah jika awak amalkan secara teratur.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih bagi nasihat saya akan cuba amalkan...

oktant on Februari 09, 2012 9:12 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Sama-sama. Harap ia menampakkan perubahan positif lepas awak mengamalkannya.

Tanpa Nama berkata...

prnh cuba? ada hsil x?

Tanpa Nama berkata...

Aaiii , biar betul ni ?

oktant on September 05, 2012 5:38 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Boleh saya tahu, apa maksud awak?

zila berkata...

sy nk tau antara 4 jenis petua tu nk d amalkn salh stu je ker utk kempiskn perut

oktant on September 07, 2012 5:56 PTG berkata...

@ zila: Boleh lakukan semua.

Ataupun bertukar ke jenis senaman lain apabila zila mula rasa jemu buat senaman yang sama.

Tanpa Nama berkata...

Butoh r... ble nk kempis ni..

Tanpa Nama berkata...

kena sabar n konsisten..bknnya buat 2-3kali terus kempis..pemakananpn kena jaga..

oktant on Disember 20, 2012 4:07 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Iya. Saya setuju dengan anda.

Ia perlukan masa dan lihat kembali bagaimana gaya hidup kita sendiri. Jika tidak kempis lagi, perbaiki sedikit demi sedikit. Pasti ada bahagian tertentu yang perlu diperbaiki.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2013 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez