Merawat Kulit Kasar Serta Bintik Hitam

Posted by Unknown at Selasa, September 15, 2009
Memandangkan Hari Raya pun makin dekat, pastinya anda ingin mempersiapkan diri agar wajah kelihatan berseri ketika menyambut hari kemenangan tu nanti. Bagi yang ada masalah kulit kasar dan bintik hitam di muka, tentunya hal ini sikit sebanyak menganggu tahap keceriaan, kan?

Sebagai salah satu usaha anda merawat masalah tersebut, cubalah ikuti petua yang bakal saya kongsikan di bawah. Anda cuma perlu guna timun saja.

gambar timun

Gambar timun - BuyOrganicVegetable.com



1. Memula, anda parut dulu timun tu.

2. Kemudian, perah timun tadi untuk mendapatkan airnya.

3. Lepas tu, gunakanlah air perahan timun tu untuk mencuci muka anda sebelum tidur.

4. Andainya kurang berkesan, ambil sekali hampas timun tu dan tampalkan kat muka anda.

5. Bila bangun pagi nanti, anda cuci muka dan mandilah dengan air suam atau air panas.


Amalkan petua ni setiap hari sehinggalah kulit muka anda bertambah halus dan tiada lagi bintik-bintik hitam. Bila dah puas hati dengan hasil yang diperolehi, anda boleh teruskan petua ni. Cuma dah tak payah buat hari-hari. Buat seminggu sekali pun dah cukup. :)


Selamat Mencuba!

21 komen on "Merawat Kulit Kasar Serta Bintik Hitam"

oktant on September 22, 2010 4:05 PTG berkata...

Sebagai ganti, anda boleh gunakan pegaga. Caranya ada saya kongsikan di SINI.

Shiqin Zainal on Disember 29, 2010 11:03 PG berkata...

maksud parut timun tu mcm mana??
kena blend kew??

oktant on Disember 30, 2010 3:52 PG berkata...

@ shiqin: Dulu orang parut guna alat pemarut. Bentuknya lbh kurang macam kepingan besi yg nipis.

Tapi kalau awak nak "blend" pun boleh. Sebab kita nak air timun tu aje. ;)

Tanpa Nama berkata...

kalau tumbuk xblh?? huhu

oktant on Januari 21, 2011 10:56 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Boleh jugak. :)

Tanpa Nama berkata...

saya pernah cuba petua ni, dulu saya parut timun, kemudian tampal hampasnya dimuka. air timun pulak sy sapu kat muka pagi2 sebagai pelembab muka. masa tu time sekolah lg, kwn sy tegur, pakai ape, kulit licin je

oktant on November 25, 2011 11:44 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih sudi kongsi pengalaman.

Tanpa Nama berkata...

saye akan cube nanti sye britau ape hasil nyer!!!:)

Unknown on Disember 23, 2011 9:48 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih sudi mencuba. Ok.

Semoga berjaya tau. ;)

Tanpa Nama berkata...

care ni boleh hilangkan parut di muke jugak ker??

Tanpa Nama berkata...

camner nak hilangkan parut di muke?

oktant on Januari 04, 2012 7:56 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Utk hilangkan parut sama ada di muka mahupun badan, cuba sapukan parut tu dgn lendir lidah buaya.

Amalkan selalu ataupun setiap hari pd waktu malam sblm tidur.

Erma Nazillah on Mei 24, 2012 2:57 PTG berkata...

wah,time kasih..dh lame cari petua ni :)

oktant on Mei 24, 2012 9:12 PTG berkata...

@ erma nazillah: Sama-sama Erma. :D

Tanpa Nama berkata...

kalau dh guna air perahan timun tu utk cuci muka , bleh cuci dgn pncuci muka skli lg x??

oktant on Julai 15, 2012 12:58 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Saya syorkan amalkan petua ini waktu malam. Iaitu sebelum tidur.

Keesokan paginya, barulah awak cuci muka dengan air suam. Kalau tiada air suam, air biasa pun boleh.

Selepas muka dah bersih sepenuhnya, awak boleh cuci muka sekali lagi dengan pencuci muka yang selalu digunakan. :)

Tanpa Nama berkata...

inshaAllah sye akan mncuba...tpi kne buat hari2 k?

Tanpa Nama berkata...

dan ada tak petua nk merdukan suara?..sye bru umur 16 thun..hihi

oktant on Jun 13, 2016 10:29 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Silakan mencuba. Jika rajin, boleh buat setiap hari atau 2-3 kali seminggu.

Bergantung pada kesesuaian kulit awak ya. :)


@ Tanpa Nama: Adik boleh cuba petua Petua dan Tips Agar Suara Merdu.


Harap ia membantu awak. :)

Tanpa Nama berkata...

tq..

oktant on Jun 14, 2016 2:05 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Sama-sama. :)

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez