8 Cara Pemakanan Sihat Sepanjang Ramadhan

Posted by Unknown at Khamis, September 03, 2009
Sepanjang bulan Ramadhan ni, anda boleh pilih pelbagai jenis juadah yang jarang ditemui pada bulan-bulan lain. Memang banyak pilihan yang mampu menggoda nafsu. Lebih-lebih lagi jika gaya persembahan sajian tu nampak sedap dan mampu menarik perhatian anda, kan?

gambar hiasan hidangan ketupat beserta lauk pauk

Cuma jika anda ingin kekal sihat sepanjang bulan puasa ni, pastikan memilih makanan sesuai. Iaitu makanan seimbang yang dibahagikan kepada 5 kumpulan di bawah;

1. Roti dan bijirin

2. Susu dan produk tenusu lain

3. Daging dan kekacang

4. Sayur dan buah-buahan

5. Lemak dan gula (diambil sedikit saja)


Dengan mengamalkan pemakanan seimbang, berat badan anda pun dapat dikekalkan. Malah, jika anda ingin kuruskan badan, bulan puasa nilah masa yang paling sesuai. Cuma anda perlu sedar, yang penting ialah kualiti makanan yang diambil. Bukannya kuantiti tau.

Dengan mengambil makanan yang berkualiti, ianya dah mampu menampung keperluan tubuh anda. Walaupun anda hanya mengambilnya dalam kuantiti yang sedikit. :)


Berikut 8 cara pemakanan sihat sepanjang Ramadhan untuk anda;


1. Sewaktu berbuka, sebaiknya anda mengambil hidangan yang kurang berminyak dan kurang lemak.

2. Kurangkan juga makanan yang pedas-pedas, bergoreng atau berminyak. Ia boleh menyebabkan pedih ulu hati, menimbulkan masalah ketidakhadaman dan juga masalah berat badan.

3. Kunyah makanan yang dimakan secara perlahan-lahan supaya proses penghadaman anda lebih teratur.

4. Makanlah sekadar yang perlu. Bila terlebih makan, ia bakal menjejaskan sistem penghadaman anda. Akibatnya, anda akan letih lepas berbuka.

5. Lagi satu, elakkan makan berulam air. Senak perut anda nanti.

6. Selain itu, anda digalakkan bersahur. Kan sunat tu.

7. Ambillah makanan yang lambat hadam dan mengenyangkan semasa bersahur. Iaitu makanan yang mengandungi serat dan kompleks karbohidrat seperti roti, pisang, epal, anggur, kubis, kubis bunga, tomato dan brokoli.

8. Selain itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi sedikit gula. Iaitu yang mampu bertahan lebih kurang 3 ke 4 jam dalam sistem penghadaman. Tujuannya supaya ia dapat mengembalikan tahap glukosa dalam badan anda.


Akhir sekali, semoga cara pemakanan di atas dapat membantu anda kekal sihat ketika berpuasa sepanjang bulan Ramadhan ini.


Selamat Menjalani Ibadah Puasa. :)


p.s: Sebelum ini, saya ada tulis mengenai 5 Tips Pemakanan Sihat Ketika Bulan Puasa. Anda klik saja pada tajuk tersebut untuk mengetahuinya.

3 komen on "8 Cara Pemakanan Sihat Sepanjang Ramadhan"

cik tipah on Julai 11, 2010 2:57 PG berkata...

salam sejahtera...

salah satu cara pemakanan yg sihat ialah kurangkan pengambilan gula. cik tipah dah cuba..mmg ada perubahan

untuk gantikan gula..cik tipah pakai Stevia. Rasanya manis macam gula gak

Unknown on Oktober 24, 2012 4:29 PTG berkata...

terbaiklah..teruskan usaha anda.. saya suka membacanya. Terima kasih.

Cara Kuruskan Badan Dan Mengatasi Masalah Perut Buncit

oktant on Oktober 25, 2012 9:11 PTG berkata...

@ Noor Azreen Ben Abon: Terima kasih kembali atas sokongan En. Ben.

Selamat Hari Raya Aidiladha buat En. Ben sekeluarga.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez