Petua Kecantikan: Petua Kuruskan Badan

Posted by Encik Oktant at Rabu, Oktober 22, 2008
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Siapa yang nak kuruskan badan? Mesti ramai di antara anda yang mengimpikan untuk memiliki bentuk tubuh yang ideal, kan? Jadi, saya nak kongsi satu petua kecantikan dengan anda nih. Iaitu petua kuruskan badan.

Perkara yang boleh anda amalkan untuk kuruskan badan ialah dengan meminum air asam jawa dan bonglai. Kalau anda tak tahu apekebende bonglai tu, boleh rujuk gambar kat bawah ni;


Pokok Bonglai (Zingiber Cassumunar)

Pokok Bonglai (Zingiber Cassumunar) - kanchanapisek.or.th




Apa yang perlu anda buat adalah:

1. Ambil segenggam asam jawa yang telah diperah pekat.

2. Ambil sedikit akar kunyit dan akar bonglai.

3. Kemudian rebus perahan air asam jawa, akar kunyit dan akar bonglai dengan menggunakan 2 gelas air sehingga mendidih.

4. Bila air rebusan dah mendidih, biarkan ia sejuk dulu.

5. Lepas tu, minumlah air rebusan tersebut pada setiap pagi.

6. Amalkan sekali jer dalam sehari.


Selamat Mencuba!


p.s: Jika anda berminat nak tahu lebih lanjut mengenai tips kuruskan badan tanpa menggunakan sebarang ubat, sila dapatkan panduan selengkapnya di SINI.


22 komen on "Petua Kecantikan: Petua Kuruskan Badan"

Motivasi Kerja on Oktober 29, 2009 1:55 PTG berkata...

Assalamualaikum dan Salam PErkenalan. Banyak sekali petua-petua berguna di blog ni. Mungkin tuan rumah ni seorang penamal kesihatan yang mantap. Terima kasih atas perkongsian ini.

oktant on Oktober 29, 2009 3:39 PTG berkata...

Waalaikumussalam dan selamat berkenalan. Biasa-biasa saje, belum begitu mantap lagi sebenarnya. Cuma sebahagian kecil petua yang mampu saya amalkan sejak beberapa tahun lepas.

Manakala yang lainnya, saya tahu/dapat dan kongsikan saje di sini untuk kebaikan kita semua. :)

Sama-sama.

Tanpa Nama berkata...

As. Boleh dapatkan akak petua untuk hilangkan gastrik. Dah lama akak menderita penyakit ini. Ubat doktor tak tahu berapa banyak akak mkn tapi cam tu jugak. Tolong yer

Akak bertuah jumpa blog nie banyak yang berfaedah akak jumpa. Terima kasih sekali lagi

oktant on November 21, 2009 12:52 PTG berkata...

Baiklah kak, nanti saya tolong carikan petua hilangkan gastrik tue.

Sama-sama kak. :)

oktant on November 22, 2009 6:15 PTG berkata...

Akak, saya dah sediakan satu petua hilangkan gastrik seperti yg diinginkan. Akak boleh rujuk di SINI.

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa gambar diatas tu bukan bonglai. kalau tak silap tu pokok bambu.

oktant on Disember 08, 2009 11:00 PG berkata...

ok, nanti saya semak semula. terima kasih sebab beritahu pasal hal nie.

Tanpa Nama berkata...

Klu x silap akak pokok bonglai dalam spesies pokok kunyit.Ada ubi

oktant on Disember 25, 2009 11:05 PG berkata...

Terima kasih kak atas info ni. InsyaAllah, kalo saya dah jumpe gambar lain yg lebih baik, saya akan update. :)

oktant on Disember 26, 2009 11:12 PG berkata...

[UPDATE] Untuk makluman anda semua, saya dah pun meletakkan gambar pokok bonglai yg baru. Nama saintifik bonglai ialah "Zingiber Cassumunar".

Harap maklum.

p.s: Terima kasih sekali lagi di atas segala maklumbalas yg telah anda semua berikan selama ini. :)

Tanpa Nama berkata...

brapa lama cara ini akaan berkesan kalau
di amalkan hari2?

oktant on Februari 10, 2010 1:59 PTG berkata...

@ Tanpa Nama : Maaf ya, saya tak pasti tentang tempoh masanya. Sebab saya tak pernah mencubanya.

Saya cuma berkongsi petua ni setelah membacanya di dalam buku rawatan herba.

Harap ia tak mengecewakan awak ya. :)

Tanpa Nama berkata...

salam..kalau ikut petua nie cnfrm ke krus bdan??

Tanpa Nama berkata...

nanti saya cuba...hrap2 bjya..huhuhu..insyaalah

Tanpa Nama berkata...

berkesan ka benda ni? n ad ka penghidap diabetes boleh mengamalkannya?

oktant on Mac 19, 2010 7:09 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Saya benar-benar berharap yang awak dapat mencubanya sendiri untuk mengetahui sama ada ia berhasil atau sebaliknya.

Setakat yang saya tahu, ia boleh diamalkan oleh penghidap diabetes. Walaubagaimanapun, awak boleh bertanyakan kepada pengamal perubatan tradisional ataupun doktor untuk mendapatkan kepastian yang lebih jelas.

Harap ia dapat membantu awak.

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa hanya satu petua mudah dan berkesan untuk kuruskan badan, iaitu rajin bergerak. Kalau tak kurus juga, bermakna tak cukup rajin geraknya. Cuba lihat pergerakan orang gemuk berbanding yang kurus...

oktant on Mei 20, 2010 11:37 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Betul. Memang terrbaikkk ar. :)

Tanpa Nama berkata...

slam...
maaf apa akar bonglai bisa di ganti dgn akar yg lain karna saya susah sekali mendapatkannya.
trims seblmnya

oktant on September 22, 2010 9:27 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Jika sukar utk mendapatkannya, anda boleh mencuba petua lain yg ada di blog ini.

Harap maklum ya. :)

TyReen73 on September 28, 2010 4:23 PTG berkata...

Assalamualaikum :)

Sesiapa yg ada pokok bonglai yg mcm halia ni, sila e-mail saya. Amat memerlukannya untuk baby saya. Terima kasih :)

tyreen73@yahoo.com

Tanpa Nama berkata...

rasanya ini pokok halia bara rasanya....

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2013 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez