Petua Kecantikan: Merawat Lingkaran Hitam Bawah Mata

Posted by Encik Oktant at Rabu, Oktober 15, 2008
Tadi anda dah diberitahu sebab-sebab terjadinya lingkaran hitam kat bawah mata, kan? Sekarang saya sambung plak dengan rawatan ataupun petua kecantikan yang boleh anda cuba. Bahannya adalah dari sumber semulajadi. So, selain daripada lebih selamat, efektif dan mudah, anda pun dapat menjimatkan wang. :)


Ada 5 cara merawat lingkaran hitam bawah mata kat sini, jadi jom kita sama-sama tengok;


[1] Gunakan sama ada timun, ubi kentang ataupun tomato

Hiris salah satu bahan di atas mengikut tebal yang bersesuaian. Pastikan tak terlalu tebal atau nipis. Kemudian, lekapkan hirisan tu kat mata anda. Biarkan lebih kurang 20-30 minit.

Kebaikannya: Mampu mengurangkan keletihan mata dan seterusnya melancarkan aliran darah kat bahagian mata.


Atau cara alternatifnya;


Kisar timun dan balut ekstrak timun tu dengan sehelai kain nipis. Pastikan kain tu betul-betul bersih yer. Lepas tue, tekap balutan ekstrak timun tadi kat bahagian lingkaran hitam bawah mata untuk beberapa minit.

Selepas tue, bersihkan bahagian mata yang telah ditekap dengan air bersih. Gunakan krim pelembap mata.


[2] Uncang teh


Rendam 2 uncang teh dalam secawan air sejuk selama beberapa minit. Kemudian, keluarkan air yang berlebihan dalam uncang teh. Tekap uncang teh tadi kat mata sekurang-kurangnya 10 minit yer.

Sebaik-baiknya gunakan teh chamomile kerana ia bagus untuk kulit. Ataupun boleh gunakan ekstrak pudina segar sebagai alternatif.


[3] Minyak almond


Untuk pengetahuan anda, minyak almond juga baik untuk melembutkan kulit wajah, bebas minyak dan mengurangkan liang-liang pori daripada tersumbat.

Caranya: Sapukan minyak almond pada bahagian lingkaran hitam kat bawah mata setiap pagi dan malam. Urutnya dengan lembut yer.

Anda juga boleh campurkan minyak almond dengan krim susu kalau mahu. :)


[4] Zat besi, vitamin c dan asid folik


Makanan yang mengandungi 3 elemen di atas juga boleh membantu. Pada masa yang sama kurangkan pengambilan makanan bergaram, elakkan minuman berkafein, gula dan minuman beralkohol.

Penting juga, kurangkan merokok dan kalau mampu anda belajarlah berhenti merokok mulai saat ini. :D

Tak lupa juga, minumlah air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. :)


[5] Biji buah berangan


Biji buah berangan merupakan herba yang baik untuk kesihatan dan sudah tentunya membantu melancarkan perjalanan darah di bahagian mata. Anda boleh gunakan biji buah berangan sama ada dalam bentuk serbuk, pil mahupun cecair bagi mengurangkan masalah ni.

Psst...Sebenarnya, pengecutan saluran darah kat bahagian mata dan hidung la yang menyumbangkan terjadinya lingkaran hitam tue.


Selamat Mencuba!

60 komen on "Petua Kecantikan: Merawat Lingkaran Hitam Bawah Mata"

Ahliahnizam on Oktober 27, 2009 9:41 PTG berkata...

Assalammualaikum wrt wbt ...

Saya copy & paste entry ini di blog saya. Saya sertakan sekali link ke entry ini.

http://akupunyercerita.blogspot.com/2009/10/merawat-lingkaran-bawah-mata.html

Terima kasih :)

oktant on Oktober 28, 2009 12:12 PG berkata...

@ Ahliahnizam: Waalaikumussalam. Ok, silakan.

Sama-sama. :)

Tanpa Nama berkata...

salam,
klo gune uncang teh lipton boleh x?

oktant on Jun 07, 2010 2:59 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam. Boleh juga. :)

fiq on Jun 14, 2010 2:02 PTG berkata...

berkesan ke ni? dh mcm2 produk saya try tp x berjaya pun. huhu..

oktant on Jun 15, 2010 3:36 PG berkata...

@ fiq: Cubalah dulu fiq. Selalunya cara tradisional ni lebih berkesan drpd memakai produk moden. :)

Tanpa Nama berkata...

berkesan ke x ney?sy dh x dk ikhtiar dh..

Tanpa Nama berkata...

kalau pakai johnson baby oil bole x?

oktant on September 02, 2010 12:36 PG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Saya harap awak tak lekas putus asa. Cuba saja salah satu petua di atas. Jadikan ia sebagai amalan.

- Saya tak pernah guna johnson baby oil utk tujuan ini. Maaf ya.

Tanpa Nama berkata...

sy da wat gna teh lipton ngn gna hirisan timun,tp mcm x menjadik gak..memg terlalu teruk la eyebag sy..da la bengkak mata..mcm nangis jer face sy...bengkak mata ada petua x?

Tanpa Nama berkata...

iya benar ka sdh saya coba pakai teh,teh jg bisa hilangkan mata yg lelah jg ka

oktant on Oktober 09, 2010 6:55 PTG berkata...

[UPDATE]

Ada satu lagi petua menggunakan kentang utk hilangkan lingkaran hitam bawah mata ~ (klik)

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih kerana memberi petua ini...Harap boleh berjaya..

oktant on Januari 01, 2011 7:17 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Sama-sama. Saya doakan moga kaedah ni memberikan kesan positif kat awak. ;)

Tanpa Nama berkata...

teh lipton??haha pastu ko terus g wat air teh..
thanx 4 teh tips:))

Tanpa Nama berkata...

cara yang paling senang nak hilangkan lingkaran gelap...banyak2kan brdoa kpd tuhan agar linhkaran gelap hilang...insyaallah allah akan mendengar doa hambanNYA ...kalo xgune cara kat atas 2 la...ATTAU WAT 22

oktant on Januari 18, 2011 10:55 PG berkata...

@ Tanpa Nama:

- teh lipton pun boleh. Lepas dah minum teh, gunakan uncangnya. Seperti petua di atas.

Sama-sama. :D

- Usaha dan doa perlu seiringan. :)

Tanpa Nama berkata...

kalu untok kantung mata ,boleh ke di gunakan petua yg sama?

oktant on Februari 14, 2011 4:21 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: InsyaAllah boleh. :)

Tanpa Nama berkata...

uncang teh tu boleh guna byk2 kali ke??? or kena tukar gak??

Tanpa Nama berkata...

sy pun da cuba mcm2 produk jenama terkenal semua tak menjadi..sgt rendah diri dan malu sbb selalu ditegur dgn org lain..

oktant on Jun 10, 2011 9:02 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Dalam 2 ke 3 kali. Ataupun kalau rasa macam dah takde kesan, tukarlah uncang yg baru.

- Harap awak dpt cuba dulu. Apa yg penting selain kerjasama adalah mencuba. ;D

☺MissNJZ☺ on Julai 29, 2011 5:08 PG berkata...

salam. mntk share d blog sy..sy akn link kan ke blog anda. :D

oktant on Julai 30, 2011 2:01 PG berkata...

@ ☺MissNJZ☺: Waalaikumussalam. Silakan & terima kasih yea. =)

Tanpa Nama berkata...

Salamm, minyak almond tu adakah minyak untuk rambut? Bajaj brand?

Tanpa Nama berkata...

camne erk?tak fhmlh..letak kat kain lembut..pastu??

Candud Gilaksamaicebatu on Oktober 26, 2011 1:26 PTG berkata...

harap2 berjaya

oktant on Oktober 28, 2011 4:05 PG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Waalaikumussalam. Biasanya ia digunakan utk tujuan mengurut.

- Letak ekstrak timun tu kat kain. Lps tu letakkan kain tu kat bwh mata.

@ Candud Gilaksamaicebatu: Mudah-mudahan begitulah. ;)

Tanpa Nama berkata...

hope brjaya...maseh...

oktant on November 24, 2011 11:15 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Mudah-mudahan begitulah... Amin. Sama-sama.

ISLAM MY RELIGIOUS on November 30, 2011 11:18 PTG berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

huh~ rase gementar lak nk cuba..harap2lah berksan..dh bnyk kali ikhtiar..harap2 boleh hilangkan..bosan dgr org ckp muke cm mayat,..mate kne tumbuk..redha je la

Tanpa Nama berkata...

kalu mmg keturunan ade hasil gak ke wat camtuh? sbb sya baru 13 thn tpy da ade eyebag.

oktant on Disember 29, 2011 4:29 PG berkata...

@ Tanpa Nama:


- Awak tak perlu gementar. Cuba sesegera yg boleh. ;)

_ Kalau faktor keturunan, mgkn sukar utk hilangkan eyebag. Tapi tak salah kalau adik nak berusaha dgn cara di atas.

Jika diizinkan-Nya, tiada apa yg mustahil dik. :)

Tanpa Nama berkata...

salam, saya mengalami lebam di bwh mata sejak dari kecil lagi.. saya sudah menggunakan byk cara..ttp tidak berkesan.. antara cara yg saya guna, adalah menggunakan krim pencerah mata SHURAH ..adakah berkesan..kalau kita pakai krim, dan masih tdur lewat??

oktant on Disember 30, 2011 8:55 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam. Boleh jika nak pakai krim. Apa yg penting, ia berfungsi utk mengurangkan lebam di bawah mata.

Tapi dalam masa yg sama, tidur juga harus mencukupi. Iaitu 6-8 jam sehari.

Begitu juga dgn tabiat lain spt banyakkan minum air kosong, elak menghadap tv/pc/lappy secara berterusan terlalu lama dll.

Semuanya harus seiringan. Barulah kita akan nampak hasilnya nanti.

dayahgurls on Januari 06, 2012 3:12 PTG berkata...

camner nak ubah sikap saya yg suka menonton tv n suka tidor lambat???saya tgk pun mata cam dah bengkak....nie akn terjadi bila time cuti...harap2.tip yg awk bgi nie berjaya..><

oktant on Januari 07, 2012 11:50 PG berkata...

@ dayahgurls: Sikap tu hanya Dayah saja yg boleh ubah. Kalau boleh, ubah tabiat tu secara perlahan-lahan. Supaya tak terkejut dgn perubahan yg dilakukan.

Insya-Allah Dayah boleh. :)


p.s: Sbb bukan Dayah saja yg alami masalah ni. Ramai lg yg mengalami masalah serupa.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih..saya harap saya dapt kurangkannya..tapi uncang teh 2 buka la kan sebelum nak letak kat mata..right?

Tanpa Nama berkata...

saya masih xphm apa 2 minyak almond?? beli kat mana?

oktant on Januari 25, 2012 3:09 PG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Sama-sama. Mudah-mudahan begitulah. Saya doakan agar awak dpt kurangkannya.

Letakkan saja uncang teh yg dah sejuk ke mata kanan & mata kiri.

Tapi kalau nak letakkan teh nya saja pun boleh.


- Almond oil atau minyak badam. Cuba cari kat kedai runcit yg pemiliknya berbangsa India. Biasanya ada di situ.

Tanpa Nama berkata...

saya kalau panas dn brpeluh,,di bawah mata sy auto jd gelap..pelik btul laa..

oktant on Februari 02, 2012 10:02 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Sy pun kurang pasti apa puncanya. Maaf yea.

Tanpa Nama berkata...

ekstrak tu ape dia ??kena tumbuk k timun tu??

oktant on Februari 25, 2012 11:33 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Ekstrak tu hasil yg awak perolehi selepas menumbuk/mengisar/menghancurkan timun tersebut.

Tanpa Nama berkata...

bawah mata saye lebam dari kecik lagi..smpaikan time tu ade kwn2 mak saye tanye "knape mate ank ko tu...ko tumbuk ke"..ahaks.time study,slalu stay up..jd makin teruk.da kawin..n ade baby...makinla btambah2 jadinye...tido wajibla x cukup,baby sik bgun tgh mlm..=(

oktant on April 21, 2012 11:38 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Mungkin ia disebabkan faktor keturunan.

Namun, puan boleh cuba petua-petua yg disyorkan. Sekurang-kurangnya ia dpt kurangkan kesan lebam tersebut.

Cuma jika faktor keturunan, selalunya agak sukar utk menghilangkan kesan lebam tu.


Walauapapun, sy doakan kejayaan puan ya.

Tanpa Nama berkata...

SYA SKRG MSIH AWL REMEJA.. TP NPA BWH MATA SY DH JD GELAP.. ADKH IAFAKTOR KETURUNAN...?

oktant on Mei 22, 2012 9:51 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Cuba tengok pada ibu atau ayah adik. Adakah bhgn bawah mata mereka begitu?

Jika ya, kemungkinan besar ia adalah faktor keturunan.

Tanpa Nama berkata...

salam..sy ingin sekadar berkongsi rasa luahan hati...sronok jer bila tgk mata org lain cantik jer xder lbm pon..tp mate sndri dh mcm kne tmbuk jer..sy ade mslah rsdung mgkin ke bpunca dr resdung sb kuat jgk la rsdung sy...sb family sy xde pon mslah lbm mte mmcm sy2 srg jer yg ade..rs rndh dr sgt bile org asik tgur je n tye knp mte sy ni mcm ni..hnya ALLAH je yg taw prasaan sy ms tu,,sy xtaw nk wat pe lg dah..hnye brdoa je yg mampu sy wat skunk...:(

oktant on Jun 18, 2012 8:09 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt.

Terima kasih saya ucapkan di atas kesudian awak berkongsi luahan hati di sini. Sebenarnya, saya pasti awak tak keseorangan dalam menghadapi masalah ini.

Pertamanya, saya kurang pasti sama ada ia berpunca daripada masalah resdung ataupun sebaliknya.

Jika ya, saya cadangkan awak ubati dahulu resdung yang dialami. Cuba ikuti petua rawatan Islam di Penawar Mujarab Mengatasi Redung.


Melalui apa yang awak maklumkan, saya percaya ia bukanlah disebabkan faktor keturunan. Jadi, itu bermakna awak berpeluang cerah utk mengatasi lebam bawah mata.

Amalkanlah petua yang saya pernah kongsikan di blog ini dengan konsisten. Usah mengharapkan keputusan yang cepat.

Kebiasaannya, benda yang cepat kesannya takkan kekal lama. Justeru, saya harap awak kuatkan semangat dan sabar melalui kehidupan harian yang meungkin menyebabkan awak berasa kurang selesa dengan kekurangan diri.

Di samping amalkan petua, perbanyakkanlah doa. InsyaAllah doa awak pasti diperkenankan-Nya. Amin

Tanpa Nama berkata...

salam..
untuk hilangkan lingkaran bawah mata ni ambik masa bape lame???sehari bape kali kena buat eh???

oktant on Jun 29, 2012 9:41 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt.

Saya tidak pasti berapa lama ia akan menghilangkannya. Ini kerana, sikit sebanyak ia bergantung pada gaya hidup individu itu sendiri.

Pun begitu, awak amalkannya sehari sekali sudah memadai. Lakukan pada waktu malam.

Paling penting, amalkannya secara berterusan sehinggalah awak berpuashati dengan perubahannya.

Sekian, terima kasih.

oktant on Jun 29, 2012 9:59 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt.

Saya tidak pasti berapa lama ia akan menghilangkannya. Ini kerana, sikit sebanyak ia bergantung pada gaya hidup individu itu sendiri.

Pun begitu, awak amalkannya sehari sekali sudah memadai. Lakukan pada waktu malam.

Paling penting, amalkannya secara berterusan sehinggalah awak berpuashati dengan perubahannya.

Sekian, terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

tra jelahh ,,gnew pom ,,jd nye

reene emy berkata...

time kassiHH . share2 ea

oktant on November 24, 2012 1:51 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Ya. Cuba dan yakin dengan usaha yang awak lakukan.

@ reene emy: Sama-sama. InsyaAllah.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..bgusla ptua ni..sya nk cb jgk..honestly,1st tme sya tgk da bnyk feedback cmni..
Terbaikkk..:-)

oktant on Ogos 24, 2013 1:48 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt.

Terima kasih atas segala-galanya. Saya doakan kejayaan awak dalam mengamalkan petua ni. Amiin.

Tanpa Nama berkata...

salam.. adakah eyeback berlaku juga disebabkan memakai spek mata?

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2013 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez