14 Kehebatan Campuran Madu Asli Dan Kayu Manis

Posted by Unknown at Ahad, Disember 28, 2008
Menurut kajian perubatan yang dijalankan di Kanada (Januari 1995), campuran madu asli dan kayu manis nie mampu mencegah serta merawat 14 jenis penyakit.

Sebelum saya pergi lebih jauh, apakata survey anda kenali dulu rupa madu dan kayu manis. Tapi dalam mengamalkan petua nie, kita gunakan serbuk kayu manis tau.



Rajah 1: Madu Lebah



Rajah 2: Kayu Manis


Berikut adalah kehebatan campuran madu asli dan kayu manis:


1. Jerawat

Campurkan 3 sudu madu asli dan 1 sudu kayu manis. Kemudian, sapukan campuran tue kat muka (bahagian yang ader jerawat) sebelum tidur.

Pada keesokan pagi, bersihkan wajah anda dengan air suam. Amalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut.

Hasilnya, ia akan menyingkirkan jerawat anda dari akar umbi. Selain tue, kulit anda akan terasa segar, awet muda dan juga merawat masalah kulit seperti ekzema.


2. Sakit perut

Campuran madu dan kayu manis pun boleh melegakan sakit perut serta membersihkan perut.

Ia akan membebaskan angin-angin di dalam perut. Di samping tue, ia boleh menurunkan berat badan gak.


3. Selesema

Sekumpulan saintis Sepanyol telah berjaya membuktikan bahawa madu asli mengandungi bahan semulajadi yang mampu membunuh virus penyebab selesema.


4.Keguguran rambut

Bagi anda yang mengalami keguguran rambut, boleh gunakan khasiat campuran ini. Ambil campuran 1 sudu madu dan 1 sudu serbuk kayu manis, kemudian sapukan kat kulit kepala.

Biarkan selama 15 minit. Kemudian anda bilas dengan air sehingga bersih.


5. Sakit gigi

Kalau sakit gigi, ambil 1 sudu serbuk kayu manis dan campurkan dengan 5 sudu teh madu asli.

Letakkan campuran tadi kat bahagian gigi yang sakit tadi. Amalkannya 3 kali sehari sehinggalah hilang rasa sakit gigi tue. : )


6. Penghadaman

Bagi melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan tubuh anda, ambillah campuran 2 sudu madu asli dan serbuk kayu manis.


7. Jangkitan pada pundi kencing

Anda ada masalah jangkitan kuman kat pundi kencing? Kalau ada, anda haruslah membunuh bakteria yang ada kat situ.

Caranya;

Ambil 1 sudu madu asli dan 2 sudu serbuk kayu manis. Kemudian, campurkannya ke dalam secawan air suam. Amalkan meminum air tersebut.


8. Kolesterol

Anda nak mengurangkan tahap kolesterol dalam darah sebanyak 10% dalam masa kurang daripada 2 jam??

Caranya;

Ambil 2 sudu teh madu dan 3 sudu teh serbuk kayu manis. Kemudian, campurkan dengan 16 auns teh dan minum air tersebut.


9. Sakit jantung

Di samping dapat mengurangkan kadar kolesterol, campuran madu asli dan serbuk kayu manis nie boleh mengurangkan risiko serangan jantung.

Ia turut membantu sistem pernafasan berjalan lebih lancar serta mengekalkan kadar normal bagi denyutan jantung.


10. Artritis

Sekiranya anda pesakit artritis, amalkan meminum campuran secawan air panas dengan 2 sudu campuran madu asli dan serbuk kayu manis setiap hari.

Melalui kajian yang dibuat oleh University Copenhagen, 73 daripada 200 pesakit yang mencuba rawatan ini berjaya sembuh 100%.


11. Sistem imunisasi

Amalan pengambilan campuran ini juga mampu menguatkan sistem imunisasi serta melindungi tubuh daripada jangkitan bakteria.

Ini kerana, para saintis telah membuktikan bahawa madu asli mengandungi kandungan vitamin dan zat besi yang tinggi.


12. Masalah kesuburan

Bagi golongan lelaki; ambil 2 sudu madu sebelum tidur mampu meningkatkan kesuburan anda. Hehe...

Untuk golongan wanita; ambil 1/2 sudu serbuk kayu manis dicampurkan dengan 1 sudu teh madu untuk meningkatkan kesuburan.


13. Masalah nafas berbau dan kurang pendengaran

Minum secawan air panas yang dicampurkan dengan 1 sudu teh madu asli dan serbuk kayu manis. Amalkan minum air campuran nie pada setiap pagi.

Ia membantu menyegarkan nafas dan mengekalkan daya pendengaran secara normal.


14. Mengekalkan tahap kesihatan yang baik

Untuk mengekalkan tahap kesihatan anda, amalkan meminum setiap hari;

Campuran 3 cawan air teh panas dengan 4 sudu madu asli dan 1 sudu serbuk kayu manis.


Selamat Mencuba!

77 komen on "14 Kehebatan Campuran Madu Asli Dan Kayu Manis"

Tanpa Nama berkata...

wahhhhh tapi susah la nak dapat madu asli. hehe :)

Unknown on Disember 28, 2008 11:55 PTG berkata...

@ KNizam:

Betul gak tuh. Slalu beli yang tak brape nak ori jer.

Kene tanyer kat pakar mana nak cari yg btul2 asli nih. :)

Tanpa Nama berkata...

ada cuba beli madu yemen ia adalah antara madu yang terbaik didunia.....http://punyakawan.blogspot.com

oktant on September 16, 2009 1:43 PG berkata...

Oh, saya belum pernah cuba lg madu yemen tu.

Sarah Adnan berkata...

Salam, hmm.... saya pernah terbaca satu artikel di surat khabar tentang madu asali tempatan dan yang import. katanya madu asli tempatan adalah yang terbaik untuk orang tempatan. Saya tinggal di jb, di sini ada kedai ubat trdisional bernama MAJMAL di giant plentong jual madu asli yang sememangnye asli. klu di kl tak pastilah. di botol tu ada stiker tulis 'madu malmas'. :) well i'm just happy to share

Sarah Adnan berkata...

oh ya, satu lagi saya terlupa. madu yang betulkeasliannye makin lama di simpan makin berubah warna dan rasa.kalau dari segi warna ia akan menjadi lebih gelap. dan rasa pulak, lebih 'kaw' klu mula2 makan sebelah kening terangkat lepas 1-2bulan dua-dua kening terangkat hehehe.... so makin tua madu makin pahit. ade setengah madu dah tua tak layan lansung muncung aje mulut hehehaha
and... sekiranya lebah itu bersarang di kebun rambutan so rasa madu tu akan rasa rambutan bau pun sama, warna madu tu kalau baru tuai cerah. kalau ladang kopi warna hitam rasa kopi pait pun macam kopi bau pun kopi. jimaaaat takyah bli nescfe hehehe......... just to share :)

oktant on Januari 12, 2010 5:27 PTG berkata...

@ Sarah Adnan : Waalaikumussalam Sarah. Thanks for sharing. :)

Nanti saya nak try gak cari "Madu Malmas" ni.

Lagi satu, saya pernah diberitahu yg kalau madu tu benar2 asli, semut takkan mendekatinya. :)

Sarah Adnan berkata...

salam. hmm kalau semut tu saya tak pasti, tapi pernah dengar jugaklah. pernah sekali tu kwn pakcik saye ade bagi madu baru tuai dari ladang nenas cair habis sebab belum hydrate air dari madu tu. tapi semut datang jugak.


ntah-ntah kalau madu dari ladang jadam kot semut tak datang hehehe...... eheh gurau je...

oktant on Januari 23, 2010 3:03 PTG berkata...

@ Sarah Adnan: Waalaikumusalam. Tu la... saya pun hanya dengar cakap2 orang jer. Sebab selama nie, saya pun tak pernah dapat lagi madu yg bebas dari semut. :)

Tanpa Nama berkata...

camane nak beza madu asli & madu tiruan?

oktant on Mac 11, 2010 11:32 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Sepanjang pengetahuan saya, kalau madu tu asli; ia takkan didatangi semut.

p.s: Jika ada rakan-rakan lain yang mengetahui cara membezakan antara madu asli dan tiruan, harap dapat berkongsi di sini. Saya amat menghargai setiap patah perkataan anda. :)

saudagar madu on April 06, 2010 7:28 PTG berkata...

teramat susah untuk mempastikan madu asli dan palsu....jika mahu kepastian bolehlah bawa ke makmal untuk kepastian. Untuk makluman tuan/puan madu asli boleh juga didatangi semut kerana aromanya dan ada juga yang tdak didatangi semut kerna kandungan airnya tinggi. Jika di Yemen kebanyakkan pencari madu asli diambil secara tradisional jadi tidak salah jika dikatakan ia antara terbaik didunia. Ada diantara madu yemen jejak ribuan ringgit ttp sukar dimiliki kerna ia telah diambil oleh pembesar2 dan golongan istana di arab.Jika mahukan madu asli cari di MARDI kerna ia juga memasarkan sendiri madu tualang dan dibuktikan sendiri oleh pihak makmal MARDI. Jika mahu mencuba madu Yemen boleh la hubungi saya atau lawati blog saya http://punyakawan.blogspot.com (maaf lama tak update)019-7972705

Tanpa Nama berkata...

nk tau madu asli atau tiruan..amibil seceis kertas..sapukan madu tersebut secara nipis..kemudian bakar..
klu menyala maknanyer madu asli
klu x menyala maknayer tiruam atau campuran. sbb dlm madu asli ader wax atau lilin...

Tanpa Nama berkata...

KALAU NAK MADU YEMEN PERGILAH KE RANGKAIAN KEDAI MAJMAL TERUTAMANYA DI GIANT PLENTONG. DI SANA AD MADU YEMEN GRADE A TAPI HARGANYA MAHAL LAH SIKIT.

oktant on Jun 02, 2010 2:19 PG berkata...

@ saudagar madu: Terima kasih atas maklumat saudara.

@ Tanpa Nama: Bagus tips awak ni. Nanti saya nak cuba lah. Terima kasih bebanyak.

Tanpa Nama berkata...

saya dah cuba yang no 1 tu..mmg berkesan dan puas hati..bukan setakat jerawat je yng hilang,malah parut-parut jerawat pun makin menghilang..terima kasih.

oktant on Julai 14, 2010 3:39 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Wow! Tahniah atas kejayaan awak nie. :)

Terima kasih atas maklumbalas penting ni. Saya amat menghargainya. :D

Tanpa Nama berkata...

betullah, harga madu yemen yang no 1 mahal tapi memang rasanya pun lain kalau dibandingkan dengan madu tempatan.khasiatnya saya belum tau lagi sebab baru cuba. terima kasih kerana beritau ttg madu tu di kedai majmal. sya pergi majmal giant plentong sbb dekat rumah je. tq tq

Tanpa Nama berkata...

petua org arab kalau batuk teruk ambil air suam campurkan sedikit perahan lemon dengan madu arab,
insyaallah berkurangan batuk

Tanpa Nama berkata...

saya dah pergi kedai majmal tapi madu tu habis pulak, katanya sebelum puasa datang yang baru. Katanya lagi madu yemen no 1 namanya madu Du'an atau Baghaiyah. betulke?? sesiapa yg ada maklumat boleh tolong terangkan

Tanpa Nama berkata...

Nak tahu Madu Asli atau tiruan letakkan dalam peti ais (bukan freezer ya). Jika setelah sekian lama, di bawah botol itu ada mendak macam gula maknanya itu adalah tiruan. Madu asli tak kan berubah texturenya.

oktant on September 06, 2010 2:51 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih atas perkongsian anda semua. :)

Tanpa Nama berkata...

Saya dah amalkan beberapa petua ttg madu nie..antaranya ialah memerah bibir..mmg terbukti madu nie memerahkan bibir secara semulajadi..law rajin..gunakan tiap2 ari..jdikan madu ni sebagai pelembap bibir..tak perlu gunakan pelembap bibir yg ada kat pasaran.madu byk khasiat yg tersendiri..

Tanpa Nama berkata...

ttg cara nak tahu madu asli tuh..sy dah cuba yg bakar madu atas kertas tuh..mmg terbukti madu yg saya beli tu terbakar n bila simpan dlm peti ais..madu tuh still dalam keadaan asal n tak berketul..klu bkn asli..ia akan menjadi keledak gula di bwahnya..malah..madu asli takkan membeku w.p disimpan dlm peti ais terlalu lama..

oktant on Oktober 09, 2010 4:44 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih banyak atas petua dan perkongsian awak di atas. :)

suraya berkata...

sy pun ade bt petua no 1..mmg berkesan...
sy jg amalkan minum air kosong dgn madu stiap hari..sbb lgpun mgm sunnah babi ...nabi mmg suh minum cmtu utk elak pelbagai penyakit...so,teruskan amalan minum madu ni..plh madu yg ori...rumah sy sll penuh dgn madu sbb ayh sy amalkn minum madu dgn lada,utk turunkan kolestrol..mmg berkesan...dr dulu ayah amalkan...mlm2 sebelum tdr sy amik madu oleskan pd bibir...cube la :)

oktant on Disember 27, 2010 7:58 PTG berkata...

@ suraya: Betul tu, madu memang banyak khasiatnya. =D

Tanpa Nama berkata...

saya ada menjual madu asli dari pokok tualang yg di ambil dr sekitar hutan pahang. ..boleh hubungi atau sms saya untuk keterangan lanjut...untuk sekita KL,selangor,kemaman dan Johor...boleh juga di pos jika di luar liputan....014 270 8897

Tanpa Nama berkata...

SEBENARNYER MADU MEMANG BOLEH GUNE UNTUK KOSMETIK ATAU APE2 MSLH SEBAB DAH TULIZ DLM ALQURAN MADU BLEH MERAWAT SESEORANG ....JADI KAEDAH NEY TAK SALH KALO MENCUBE....SEBAB BYK ZAT BESI DLM MADU ASLI...KAN2??

oktant on Januari 21, 2011 10:52 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Madu memang terbaik. :)

Tanpa Nama berkata...

dulu kakak ipar sy byk jerawat especially time die pregnant..tp time tak pregnant x byk sgt..sy tanye kat die mkn ubat...die kata die amalkan minum madu setiap ari..tp sy xsure time pregnant ye minum ke tak..skrang nie muke die dah licin..selamat mencube~

oktant on Mei 26, 2011 2:33 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih sudi berkongsi pengalaman kakak ipar awak. Pasti dpt membantu rakan-rakan lain. Terbaik! :)

Dzathunithaqain on Disember 20, 2011 3:39 PTG berkata...

mm..kalau nak tahu madu tu asli atau x...
cuba titiskan madu dalam air..
kalau madu tu terus bercampur dengan air..
maknanya madu tu x asli...
biasanya madu asli x kan terus bercampur dengan air...p kalau kita kacau..bercampur la..ehehe
titis jer..x yah kacau..
sekadar perkongsian...

Unknown on Disember 21, 2011 11:57 PG berkata...

@ Dzathunithaqain: Ok, terima kasih sudi kongsi tip psl madu asli ni yea.

suhaila berkata...

Saya ada madu Dan rasanya hampir setahun, mmg xda lah semut dtg, kata org yg bg Tu madu Tu madu asli, madu yg saya beli plak mmg ada semut yg dtg.. So logiklah kot klu kata madu asli xda semut

oktant on Februari 09, 2012 8:53 PTG berkata...

@ suhaila: Kalau x ada semut yg datang, rasanya ia memang asli. :)

Tanpa Nama berkata...

Madu kalau dah disimpan bertahun- tahun masih blh dimakan ke? Memudaratkan tak?

oktant on April 06, 2012 5:20 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Biasanya madu yg dijual di pasaran mmg ada tarikh luput.

Kalau setakat 3 tahun, rasanya boleh dimakan lagi. Tapi jika lebih daripada itu, saya kurang pasti. Wallahu'alam.

Tanpa Nama berkata...

nak tahu madu asli, cuba bawa balik kerumah. kalau isteri marah, confirm itulah 'MADU' asli...heheh

Makanan Kesihatan on Mei 25, 2012 12:28 PG berkata...

biasanya madu asli x de tarikh luput, tarikh luput diletak sbb nk eksport ke luar negara, n makanan klu x de tarikh luput x lepas dijual di pasaran. madu asli biasanya lg lama disimpan color die akan jadi lg pekat/ hitam. klu nak tau madu tu asli atau pun tidak rasenyer skrg dh susah nk beza, saya pernah jumpe madu asli dari madinah dihurung semut, stahu saya madu tu asli, wallahu'alam, semut skrg pun dh bijak :)

oktant on Mei 25, 2012 5:06 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: =D

@ aisy: Terima kasih banyak aisy di atas perkongsian awak. :D

Tanpa Nama berkata...

sungguhpun semut yg menghampiri madu asli ia akan mati kerana madu asli panas....kalo xsilap saya...hehe

oktant on Jun 14, 2012 11:04 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Satu lagi input menarik mengenai madu. Terima kasih di atas perkongsian awak. :)

Tanpa Nama berkata...

make sure guna kayu manis ceylon. dan bukan yg biasa dijual dikedai2 di malaysia. cuba search kayu manis ceylon. kayu manis yg ada di malaysia buatan vietnam / indonesia kalau ambil berlebihan bahaya untuk liver/hati. cuba search "ceylon cinnamon vs cassia cinnamon"

oktant on September 07, 2012 5:54 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih atas ingo awak. Bahaya juga kalau tersalah pilih.

golden-roses on Oktober 04, 2012 5:40 PTG berkata...

Ambil surat khabar. tuang madu tu....kalo ada cecair keluar ikut belakg maknanya x asli...lg satu...mqsukkn dlm peti sejuk...madu yg asli takkan beku

golden-roses on Oktober 04, 2012 5:41 PTG berkata...

Ambil surat khabar. tuang madu tu....kalo ada cecair keluar ikut belakg maknanya x asli...lg satu...mqsukkn dlm peti sejuk...madu yg asli takkan beku

oktant on Oktober 04, 2012 6:23 PTG berkata...

@ golden-roses: Terima kasih di atas perkongsian tuan.

Tanpa Nama berkata...

Asslmkm. Kalo nk amalkan petua yg no 1., tetap kene pkai cuci muke tk?

oktant on November 01, 2012 5:11 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt.

Awak boleh pakai pencuci muka 2 kali sehari jika sebelum ini awak memang pakai pencuci muka.

Petua di atas hanyalah sebagai amalan tambahan.

Tanpa Nama berkata...

Terime kasih. :-). Satu lagi soalan, kalaw sekiranye saye tk dpt nk cari madu yg asli, hasil drpd mengamalkan no. 1 lebih lmbt? Bagaimane?

oktant on November 02, 2012 1:54 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Sama-sama. :)

Usah bimbang. Awak boleh cari madu di pasaraya, farmasi ataupun kedai biasa. InsyaAllah akan dapat yang asli.

Tentang lambat atau cepat keberkesanannya, awak tak perlu khuatir. Kulit seseorang memang memerlukan tempoh masa tertentu untuk bertindakbalas dengan bahan yang digunakan.

Mungkin sesetengahnya mudah serasi dan ada juga yang mengambil masa lebih lama untuk serasi. Jadi, awak tak perlu fikirkan sangat mengenai cepat ataupun lambat.

Saya bimbang jika awak terlalu risaukannya, ia memberikan tekanan kepada diri awak tanpa disedari.

Suka saya ingatkan, tekanan juga salah satu faktor tumbuhnya jerawat.

Kesimpulannya, lakukan dengan yakin dan sentiasa positif dengan usaha ikhtiar yang awak lakukan.

Saya doakan awak berjaya. Aamiin.

Tanpa Nama berkata...

Insyallah. Terime kasih sekali lagi. :-)

oktant on November 03, 2012 5:45 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Sama-sama dan moga awak berjaya. :D

Aisyah berkata...

Salam,oktant
Saya tahu mcm mana nak tahu madu itu asli atau tak.Caranya ialah dgn letakkan madu itu dlm peti ais yang atas(peti utk keraskan air batu).Jika madu itu keras,mmg sah ia palsu.Kalau ia seperti biasa,ia adalah asli.Sy gunakan cara itu untuk tahu.Maaf jika sy ada tersalah ckp.

oktant on November 24, 2012 1:49 PTG berkata...

@ Aisyah: Waalaikumussalam wbt Aisyah.

Terima kasih di atas perkongsian. InsyaAllah, saya pasti cuba. :)


p.s: Tiada apa yang perlu dimaafkan. Saya memang sukakan perkongsian awak. Tentunya ia baik untuk kita semua mendapat ilmu baru setiap hari.

p.p.s: Sebaliknya, sayalah yang patut berterima kasih pada Aisyah. Terima kasih sekali lagi ya.

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Nak bertanya.. campuran minuman serbuk kulit kayu manis dan madu ini harus diminum dengan serbuk kayu manisnya sekali atau hanya minum airnya sahaja?

oktant on Februari 04, 2013 6:36 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt.

Minum madu yang dicampurkan dengan serbuk kayu manis sahaja.

Melainkan kalau dinyatakan perlu dicampur dengan air, barulah awak minum air yang bercampur madu dan serbuk kayu manis.

Harap awak jelas dengan penerangan di atas.

p.s: Jika belum jelas, awak maklumkan semula ya.

oktant on Februari 04, 2013 6:48 PTG berkata...

Untuk makluman anda yang saya hormati, kaedah untuk mengetahui sama ada madu tersebut asli ataupun sebaliknya ialah dengan;

- Mengukur keasidannya. Nilai ph madu asli berada dalam lingkungan 3.4 - 4.5.

Apabila kita titiskan madu tersebut pada kertas suratkhabar, ia tak mudah menyerap.

Harap ia membantu kita semua mengenalpasti madu lebah asli selepas ini. InsyaAllah.

Tanpa Nama berkata...

Kulit kayu manis ade yg asli ngn x asli ke?? Mcm mne nk bezakn tuu

Tanpa Nama berkata...

Boleh rawat gout tk

Tanpa Nama berkata...

saya sakit gout menyerang lutut ,saya ada orang bagi petua mminum madu dengan serbuk kulit kayu manis

hanny property on Mac 08, 2015 1:39 PG berkata...

Klau nk madu asli blh hubungi saya... stok ada lg ni. Blk kg raya cina ari tu beli banyak.. mmg susah nk bezakan. Klu tengh mkn kat kdai mamak ada pakcik dtg jual madu jgn le beli.. hihii.. bkn asli.. n klu blh madu xyah simpan dlm peti sejuk atau letak atas peti sejuk.. mmg betul jika makin lama disimpan makin kehitaman n makin sedap.. hihi..
berminat blh hubungi sy. Sekurang2 nya madu harus sentiasa ada dirumah.. heheee.. bkn madu yg lg satu tu.. haha..
www.hannyproperty.com
layari web tu nnti ada no fon saya

MZ on Julai 29, 2015 1:29 PTG berkata...

Salam... saya guna madu asli dari Darfur, Sudan. Cara mereka ambil madu pun berbeza. Iaitu mereka mengambil terus sarang lebah, memotong sedikit, sangkut dan kemudian membiarkan madu tersebut keluar sendiri terus ke dalam bekas. Prosesnya pun agak lama kerana menunggu sehingga habis madu keluar. Kata orang-orang Darfur, madu tidak bole dipegang, jika pegang madu akan rosak. Semasa saya bertugas di sana, saya hanya sempat membawa pulang dlm 3 liter madu.

Saya sudah cuba petua campuran madu dan kayu manis. Memang berkesan untuk saya iaitu pernafasan lebih lancar dan kurang semput jika berlari, naik tangga atau berjoging.

Unknown on Ogos 19, 2015 10:55 PG berkata...

Madu asli tk hurung semut?itu fakta auta...

Tanpa Nama berkata...

Semua cerita ttg madu shj...x ada cerita ttg kayu manis?kayu manis ada 2 jenis klu tersilap ambil serbuk kayu manis boleh menyebabkan kerosakkan pada hati...

oktant on Oktober 22, 2015 2:58 PTG berkata...

@ MZ: Waalaikumussalam wbt.

Terima kasih atas perkongsian tuan. :)


@ abu bakar: Masa kecil dulu, boleh kata hampir semua orang tua kata macam itu bila saya tanya macam mana nak pastikan sama ada madu tu asli atau tak.

Sekarang, barulah saya tahu ia bukanlah cara sebenar untuk membuktikan keaslian sesuatu madu.


@ Tanpa Nama: Ia adalah berkenaan campuran madu dan kayu manis.

Terima kasih atas keprihatinan tuan/puan.

Unknown on Oktober 28, 2015 1:56 PG berkata...

Sy pakai serbuk kayu manis campur dgn air biasa buat seperti bedak sejuk. Bagaimana khasiatnya pula.

mentega^^terbang on November 06, 2015 3:03 PTG berkata...

Ayah saya beli madu asli daripada Indonesia, memang tak dihurung semut pun sedangkan makanan sebelah menyebelah dah bersemut..

Then pasal kayu manis.. belilah kayu manis ceylon ianya asli daripada Sri Lanka. Tapi harganya lebih mahal, cuma demi kesihatan apa salahnya melabur. Kandungan coumarin yang rendah sesuai untuk diconsume setiap hari.

Tanpa Nama berkata...

Madu asli titik pada lengan gosokkan ia akan hilang(yg tak asli ia akan rasa bergetah dlengan)

Tanpa Nama berkata...

Madu asli dapatkan dari kedai Arab

Islamic Financial Planner on Mac 23, 2016 4:15 PTG berkata...

Betul.. ada 2 jenis. Ada bahan aktif yg tinggi dlm slah 1 jenis kayu manis

Tanpa Nama berkata...

mana nak dapatkan kayu manis ceylon di KL?

Tanpa Nama berkata...

Bnyak info menarik. Tk.Siapa ada info mana nk dptkn kulit kayu manis dari ceylond di kwasan shah alam/klang? Thanks

Tanpa Nama berkata...

Bnyak info menarik. Tk.Siapa ada info mana nk dptkn kulit kayu manis dari ceylond di kwasan shah alam/klang? Thanks

Tanpa Nama berkata...

Petua untuk tahu original atau tak. Simpan madu didalam peti sejuk semalaman. Xakan beku. Dan xakan ada benda yg mengeras Kat dalam botol tu. Even letak dalam freezer skalipun.
Sharing is caring. :)

Tanpa Nama berkata...

Madu asli pasti isteri tak suka

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez