Tersalah makan atau alah dengan jenis makanan tertentu boleh mengakibatkan cirit birit. Masa tu tak senang duduk dibuatnya.
Seperti biasa, masalah cirit birit ni pun boleh diatasi. Caranya dengan memakan daun jambu batu.
Gambar - Indonetwork
Mula-mula, anda ambil sehelai daun jambu batu yang muda dan cucinya sampai bersih. Kemudian, jadikannya sebagai ulam semasa anda makan tengahari dan malam.
Ataupun anda makan ia begitu saja bila terkena cirit birit. Di samping itu, anda perlulah perbanyakkan minum air kosong dan makan makanan yang mudah hadam.
Elakkan juga makanan yang pedas-pedas , berminyak serta berempah.
Selamat Mencuba!
8 komen on "Ada Masalah Cirit Birit?"
Arwah datuk saya ada petua lain untuk mengatasi cirit birit, minum air rebusan daun pokok delima. senang je, ambil secekak daun delima, rebus, tapis airnya, biarkan suam sedikit dan minum. rasanya memang sangatlah pahit tapi hasilnya memang dalam sekelip mata. mungkin sebab dalam bentuk cecair kot, jadi terus turun ke perut dan cepat sikit melegakan perut tu. tapi itu saya amalkan bila ada di kampung je. kalau di rumah, saya minum teh pekat tanpa gula. rendam satu uncang teh dalam secawan air sampai air teh tu jadi betul2 pekat, jangan campur gula, terus minum. yang ni pahit juga, tapi tak teruk sangat, pun mujarab juga. saya selalu cirit birit sebab tu saya tahu :)
@ Tanpa Nama: Baru saya tau yg daun pokok delima ni pun boleh mengatasi cirit-birit. :)
Sebab selalu ni, saya cuma pernah buat yg minum teh pekat tanpa gula tu je.
Terima kasih ya sbb sanggup berkongsi pengalaman. :)
AKU TENGAH CIRIT BIRIT NIE KENA KUL 1 PAGI DAH TIGA KALI BERAK BUKAN TETAPI TERBERAK-BERAK DAN SEKARANG AKU TENGAH MINUM TEH PEKAT AKU PUN TAU PETUA NIE.. INSYAALLAH AKU BERDOA TENGAH-TENGAH MALAM NIE AKU KAYA DAN DAPAT MENOLONG ORANG MISKIN DISAMPING CIRIT BIRIT AKU SEMBUH...
pati buah limau nipis sangat mujarab bagi merawat cirit birit atau keracunan
saya pernah keracunan susu....kena jam 5.00 pagi..keluarga saya mengamalkan petua ini turun temurun..x pernah pergi hospital kecuali utk mendapatkan MC...perahan sebiji JUS LIMAU NIPIS juga boleh menghilangkan rasa loya akibat salah makan....buah ini sangat mujarab dan mampu menghentikan cirit birit dan muntah2 dgn segera.. insyaAllah..cubalah
@ Tanpa Nama: Mudah-mudahan lekas sembuh & doa awak dimakbulkan-Nya. Amin.
@ duriahsulong: Terima kasih atas perkongsian.
@ Tanpa Nama: Alhamdulillah. Terima kasih banyak juga atas perkongsian awak yea. :)
ada tak petua menghilangkan sakit gusi atau gigi ?
@ Tanpa Nama: Ada. Cuba awak lihat pada tag@label "Sakit Gigi".
Buat masa ini, ada disenaraikan 4 petua. Awak klik pada setiap pautan di situ. Cubalah petua yang sesuai dan boleh diamalkan secepat mungkin.
Moga sakit gusi atau sakit gigi awak lekas sembuh ya.
Catat Ulasan