9 Amalan Menambah Rezeki Kekayaan

Posted by Unknown at Jumaat, Februari 06, 2009
Petua menambah rezeki kekayaan dahpun anda ketahui. Kalau belum tahu, sila rujuk ke sini. Seterusnya, apakah amalan yang perlu anda buat untuk menambah rezeki kekayaan. Tulisan kali ni dikhaskan bagi anda yang beragama Islam kerana ia melibatkan ayat suci Al-Quran.



Gambar - hal-pc.org


Antara amalan yang boleh anda amalkan mulai hari ini adalah;

1. Menunaikan solat dengan penuh khusyuk.

2. Rajin mendirikan solat sunat Dhuha.

3. Mengerjakan solat Fajar dan Witir di rumah.

4. Tak membincangkan soal keduniaan selepas menunaikan solat Witir.

5. Membaca surah Al-Waqiah (rujuk ms 534 dalam Al-Quran resam Uthmani). Baca pada waktu tengah malam terutamanya ketika orang lain sedang tidur.

6. Membaca Surah Al-Mulk (rujuk ms 562).

7. Membaca Surah Al-Muzammil (rujuk ms 574).

8. Membaca Surah Al-Lail (rujuk ms 595). Ini surah lazim, dalam Muqaddam pun ade.

9. Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi S.A.W setiap hari.


Sebenarnya, di atas ini adalah sebahagian kecil amalan yang boleh anda lakukan dalam usaha menambah rezeki kekayaan. Sekiranya anda nak tambah sebarang info berkaitan, sila gunakan ruangan ulasan untuk manfaat bersama. :)

2 komen on "9 Amalan Menambah Rezeki Kekayaan"

shakleelover on Januari 24, 2011 3:57 PTG berkata...

pernah dengar gak dari seorg ustaz..baca surah al-waqiah selepas solat subuh boleh tambah rezeki.insya allah..amin....

oktant on Januari 24, 2011 4:49 PTG berkata...

@ farha: Selepas solat Asar pun elok baca Surah Al-Waqiah.

Banyakkan membaca dan kalau boleh fahami maknanya sekali.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez