Petua Memutihkan Kulit Muka Dengan Gula

Posted by Unknown at Khamis, Ogos 11, 2011
Ramai yang mahu memutihkan kulit muka. Tapi was-was nak mencuba sesuatu petua. Betul ke ni? Confirm jadi ker? Dan pelbagai macam lagi persoalan yang menjadi tanda tanya. Saya di sini sekadar berkongsi. Menjadi atau tidak, itu di luar kemampuan saya. Apa yang sebaiknya, anda cuba dengan penuh yakin dan berdoa.

Lebih-lebih lagi dalam bulan puasa ni. Perbanyakkanlah berdoa. Terutamanya ketika hendak berbuka. Sambil meyiapkan juadah berbuka pun boleh berdoa. Gunakan peluang yang diberikan-Nya sebaik mungkin yea. ;)

Jadi, istimewa untuk anda, saya kongsikan satu lagi petua memutihkan kulit muka. Hanya gunakan gula pasir ataupun gula perang aje.


gambar gula pasir


Proses ini dinamakan pengelupasan atau "exfoliating". Di mana ia diyakini membantu mencerahkan kulit anda serta kelihatan berseri-seri. chewwahhh macam nak kawin la plak


Oke. Sekarang kita beralih ke langkah mempraktikkannya;


1. Basuh dan bersihkan muka anda dulu daripada segala kekotoran dengan air bersih.

2. Kemudian, lapkan muka dengan tisu basah jika ada. Kalau tiada, lapkan dengan tuala lembut yang bersih.

3. Campurkan 1 sudu gula pasir ataupun gula perang dengan pencuci muka yang biasa anda pakai.

4. Sapukan campuran tersebut ke muka anda secara lembut.

5. Sambil menyapu, urut kulit muka anda secara membulat sekitar 5-10 minit.

6. Lepas tu, biarkan ia seketika dalam 10 minit.

7. Seterusnya, bilas muka anda untuk menghilangkan sisa gula tadi.

8. Akhir sekali, bilas muka anda buat kali kedua dengan air sejuk bagi menutup liang pori yang terbuka.


Amalkan cara ini seminggu sekali sehinggalah kulit anda secerah yang diinginkan. Mudah dan ringkas, kan?


Selamat Mencuba!


261 komen on "Petua Memutihkan Kulit Muka Dengan Gula"

«Lebih lama   ‹Lebih lama   201 – 261 daripada 261   Terbaru›   Baru»
oktant on Oktober 06, 2012 5:28 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Saya bimbang kalau awak tak gunakan pencuci muka, ia tidak berfungsi sepenuhnya.

Beginilah, kalau tiada pencuci muka, gunakan saja lebihan serbuk teh ataupun serbuk kopi. Sapukan dan urut pada muka dengan lembut.

Amalkan sebelum mandi.

Tapi kalau nak campurkan bahan-bahan lain, boleh ikuti Petua Memutihkan Kulit Muka Dengan Kopi [klik].

Harap ia membantu.

Tanpa Nama berkata...

Kalau muke saya semula jadi gelap bukan sebab sinaran matahari boleh berkesan ke ???

oktant on Oktober 08, 2012 1:50 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Awak boleh cuba dulu. Sebab kulit boleh dicerahkan. :)

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih ye kak =D

Tanpa Nama berkata...

Kalau saya buat bende ni hari selasa.... started hari isnin sampai ahad kecuali hari selasa kene pakai ke pencuci muke tanpa gula

oktant on Oktober 08, 2012 3:40 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Sama-sama dik. :D

- Pencuci muka memang perlu dipakai setiap hari. Iaitu 2 kali sehari.

Jadi, hari Selasa agak istimewa sikit untuk awak. Sebab perlu gunakan pencuci muka dengan sedikit gula.

Tapi ingat, campurkan gula tu hanya sekali saja pada hari Selasa. Lagi sekali tu, awak hanya cuci dengan pencuci muka sahaja. :)

Tanpa Nama berkata...

ada petua hlngkan kesan hitam bekas jerawat??

Unknown on Oktober 14, 2012 8:51 PG berkata...

Boleh ke kalau saya guna pencuci muka jenis shurah ?

Unknown on Oktober 14, 2012 8:52 PG berkata...

Boleh ke kalau saya guna pencuci muka jenis shurah ?

Unknown on Oktober 14, 2012 9:01 PG berkata...

Takpe tak klu sy gne pencuci muke jenis shurah tapi untuk mengawal minyak pd muke ?

Tanpa Nama berkata...

ada sesiapa tahu tntang krim muka yg sesuai utk remaja 14 thn ke ats?? Sory p'tnyaan kluar topik

oktant on Oktober 15, 2012 9:50 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- :)

- Cuba sapukan dengan lendir lidah buaya waktu malam sebelum tidur. Kemudian, waktu siang awak boleh pakai sunblock.

@ Nurul Eyzah: Sebenarnya, awak pilih saja pencuci yg sesuai dgn jenis kulit. Kalau boleh, pastikan pencuci tu mengandungi asid salicylic dan asid glycolic.

@ Tanpa Nama: Adik, jawapan saya utk adik sama seperti jawapan saya kepada Nurul.

Pastikan pilih krim pencuci yang bersesuaian dgn jenis kulit adik. Lepas itu, tengok kandungannya ada asid salicylic dan asid glycolic ke tak.

Kalau ada, boleh gunakannya. Kalau sesuai, teruskannya. Jika tidak, bertukarlah kepada jenama lain.

Tapi adik perlu gunakannya lebih kurang dalam 1 bulan setengah ke 2 bulan dulu. Jangan baru beberapa hari guna dah tukar.

Sebab kulit perlukan masa untuk bertindakbalas dengan sesuatu produk.


Harap ia membantu kalian. :)


P.S: Pada peringkat awal pertumbuhan jerawat, ia akan tumbuh di sekitar dahi, dagu dan hidung.

Tanpa Nama berkata...

salam utk sesiapa yang mengamalkannya saya doakan smua berjaya dan bertambah cantik dn cerah..amin

oktant on Oktober 20, 2012 2:32 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt. Aamiin.

Tanpa Nama berkata...

guna ni brpe kali sehari?

oktant on Oktober 21, 2012 5:37 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Hanya sekali seminggu sahaja.

Tak perlu buat setiap hari sebab ia boleh memudaratkan kulit awak.

Tanpa Nama berkata...

gula halus x boleh ke ?

oktant on Oktober 21, 2012 8:52 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Boleh juga. :)

Unknown on November 09, 2012 3:18 PTG berkata...

ni lelaki ke p.puan???

oktant on November 09, 2012 3:35 PTG berkata...

@ Nurul Nisa Zulaikha: Kedua-duanya boleh. :)

Tanpa Nama berkata...

nak try laa

ikhwan berkata...

saya nak tgk bukti boleh, contoh nya letak gmbar seseorang yg brkesan mnggunakan petua ni, kalau btul gula brkesan, saya akn pkai selama-lama nya dlm hdup saya...

Tanpa Nama berkata...

kalau tau knape xkongsi nak tahu jugak..

Tanpa Nama berkata...

kak sye nk tnye adkh kite sapu pencuci muka itu semase kulit basah atau semase kulit kering?

oktant on Disember 18, 2012 8:12 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Biarkan kulit adik basah sedikit saja.

Pastikan kulit muka tak terlalu kering ataupun terlampau basah sangat ya.

Tanpa Nama berkata...

Kalau kulit muka berjerawat, boleh tak guna petua ni? Atau kulit muka yg berjerawat tak boleh guna petua ni? :/

oktant on Disember 20, 2012 3:56 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Jika muka berjerawat, saya syorkan awak gunakan petua khas untuk jerawat. :)

Tanpa Nama berkata...

Rase2 nye x de ke kesan sampingan seperti muka jadi kasar atau jerawat???

oktant on Disember 26, 2012 9:07 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Semasa sapu pada muka, sapu dengan lembut. InsyaAllah muka tidak akan kasar. Jika kulit dibelai dengan lembut, ia akan jadi lembut. Begitu jugalah jika sebaliknya.

Satu lagi, amalkan hanya 1 minggu sekali saja.

Paling maksimum pun 2 kali saja. Tapi saya tak galakkan awak buat lebih daripada sekali seminggu.

Berkenaan dengan jerawat pula, ia bergantung pada keadaan diri awak juga. Maksudnya tentang penjagaan makanan dan aspek kebersihan.

Semuanya perlu seiringanlah jika nak hasil yang terbaik, kan?

Saya doakan kulit awak putih dan licin. Aamiin.


Harap ia membantu awak yang bertanya. :)

Tanpa Nama berkata...

Bolei ke kalo nk pkae 3 kali seminggu?

oktant on Januari 30, 2013 10:23 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Seperti yang telah saya nyatakan, lakukan hanya 1 kali seminggu.

Sebabnya, kulit kita memerlukan masa untuk sesuaikan keadaan dengan bahan yang digunakan.

Jadi, adalah lebih baik lakukan dengan kaedah yang disyorkan secara teratur.

Harap ia membantu awak ya.

Tanpa Nama berkata...

boleh jadi kerr ni..?? nak cube lh.. moga2 jadi.. Amin.. terima kasih tauu.. :)

oktant on Februari 03, 2013 10:47 PG berkata...

@ Tanpa Nama: InsyaAllah. Aamiin.

Sama-sama. :)

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum. saya ingin bertanya jika saya selalu memakai makeup yg berlainan adakah kulit saya akan rosak? saya ada bintik hitam di hidung. macam mana nak hilangkan? - ija

Tanpa Nama berkata...

saya cuba nak putihkan kulit saya dgn cara yg lain, tetapi brg yg diperlukan itu susah dicari. bolehkah saya menggunakkan telur putih utk putihkan muka?

Tanpa Nama berkata...

kalau buat 2 atau 3 kali seminggu blh tak? ada implikasi tak? saya 17 thn

oktant on Jun 10, 2013 9:27 PTG berkata...

@ ija: Waalaikumussalam wbt ija.

Secara umumnya, saya tidak menggalakkan pemakaian "makeup" yang berbeza-beza. Sebabnya, mungkin ia akan memberikan kesan sampingan kepada kulit ija di kemudian hari.

Pun begitu, jika ia memang sesuai dengan kulit ija, tiada masalah. Boleh teruskan pemakaiannya.

Cuma secara peribadi, saya syorkan ija pakai "makeup" yang benar-benar bersesuaian dengan kulit muka ija sendiri.

Bagi menghilangkan bintik hitam, saya harap ija boleh rujuk pada artikel Merawat Kulit Kasar Serta Bintik Hitam, Khasiat Pegaga: Menghilangkan Bintik Hitam di Wajah dan Cara Menghilangkan Jerawat dan Bintik Hitam.

@ Tanpa Nama:

- InshaAllah boleh. Tapi, bukankah gula pasir mudah untuk diperolehi.

Kalau tak percaya, cuba pergi dapur. Mesti ada punya. Hehe...

p.s: Gurau aje ya.


- Saya syorkan adik lakukan 1-2 kali saja dalam seminggu. Maksimum 2 kali saja.

Sebab kalau terlalu kerap, kulit muka adik boleh melecet. Kasihanilah kulit muka adik. Saya bimbang nanti sebaliknya pula yang terjadi.

Berikan ia masa untuk bertindakbalas ya.

Unknown on Julai 14, 2013 11:30 PG berkata...

Saya ni dah berjemur tengah panas kebih kurang 2 bulan disebabkan latihan kawad..
Dan kulit saya memang gelap sngt mase tu..
Then saya try petua ni 3 hari berturut-2 dan kesan sunburn tu dh tkde dah..
Saya harap bukan setakat kulit sekata je, malah makin cerah.. Hihii :)

oktant on Julai 24, 2013 7:14 PTG berkata...

@ Nora Azi: Syukur Alhamdulillah.

Terima kasih ya sebab sudi kongsi pengalaman Nora. :)

Tanpa Nama berkata...

gula.. betul ke... kalaw xmnjadi cmna?

Tanpa Nama berkata...

terima kasih keran memberikan cara ini

Tanpa Nama berkata...

waktu apa yang sesuai nak melakukan cara ini pagi atau malam?
selepas bersukan bolehkah menggunakan cara ini?

oktant on Februari 23, 2014 8:43 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Waktu awal pagi ataupun malam sebelum awak tidur.

Jika nak buat selepas bersukan, saya cadangkan awak rehat dulu. Hilangkan peluh dan barulah buat. Ok.

Selamat Mencuba dan moga berjaya.

Tanpa Nama berkata...

kalau saya buat 2 kali dalam seminggu bolehke?
contohnya mula 2 saya buat hari jumaat waktu malam lepastu hari rabu waktu malam?. lagi satu ada tak petua nak hilangan jerawat ?
maaf kerana banyak bertanya.

oktant on Februari 26, 2014 2:51 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Boleh. Tapi maksimum 2 kali seminggu saja ya. Sebab bila dibuat agak kerap, saya bimbang kulit muka awak melecet nanti. :(

Berkenaan petua jerawat, cuba awak rujuk pautan-pautan yang saya berikan di bawah:

1. Minyak Gamat Mampu Hilangkan Jerawat

2. Cara Menghilangkan Jerawat dan Bintik Hitam

3. Penjagaan Muka Dengan Tomato dan Limau Nipis

4. Senarai petua berkaitan "hilangkan jerawat"

Awak boleh cuba dan amalkan. Cuma setiap petua tidak semestinya serasi dengan kulit awak.

Harap maklum ya.

Tanpa Nama berkata...

kalau pakai bedak sejuk bolehke nak hilangkan jerawat?saya dah pakai petua ni beberapa minggu tapi kenapa tak ada hasil ?

Tanpa Nama berkata...

bawah umur leh tak?? 14-15 ke??

oktant on Jun 05, 2014 1:13 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Petua di atas awak boleh amalkan seminggu sekali. Manakala bedak sejuk boleh dipakai setiap malam.

Saya syorkan awak amalkan sepanjang masa selagi terdaya mengamalkannya. Sebab, hasilnya mungkin akan nampak atau dirasai hanya selepas beberapa tahun awak amalkannya.

Teruskan usaha tanpa jemu ya.

- Boleh dik. Tiada masalah. Insya Allah.

Tanpa Nama berkata...

Salam akak kalau pencuci muka tu tk kisah apa type ke?Saya guna acne cleanser boleh ke campur sekali ataupun saya kena beli pencuci yg lain?

Tanpa Nama berkata...

kalau budak boleh kea ?

Unknown on Ogos 10, 2014 12:09 PG berkata...

Thanks 4 da info ♥ love it! Thumbs up! 👍

oktant on Ogos 10, 2014 10:32 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Waalaikumussalam wbt.

Boleh. Guna pencuci muka yang biasa adik gunakan.

- Mula dari usia awal remaja dah boleh amalkan. :)

@ Ummi Suhaila: You're welcome. :)

Tanpa Nama berkata...

Klu x de pencuci muka mcm mane?

Tanpa Nama berkata...

thanks sbb share info yang sangat berguna ni k kak

Nur Izzatie on Februari 27, 2015 1:32 PTG berkata...

bgaimne care nak gune pencuci muke sabun yg ditambah gule ? bole tak bg care care nye ? takut salah buat pulak

Tanpa Nama berkata...

boleh jadi ke

Tanpa Nama berkata...

boleh tak umur 9thn

Tanpa Nama berkata...

Kalau x de pencuci muka boleh guna 2st myak zaitun n 2st gula pasir..brksan untuk hilang blackhead..tp amek masa..bukan hari ni guna esok terus muka macam telur...

Cream Pemutih Wajah on Januari 09, 2016 5:35 PTG berkata...

Waow.. Ternya gula bisa digunakan sebagai perawatan wajah ya. Itu gula kemasan yang kebanyak dijual dimarket atau gula khusus ya?

Unknown on Januari 10, 2016 10:09 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Kalau boleh, carilah pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit awak ya. :)

@ Tanpa Nama: Sama-sama. :)


@ Nur Izzatie: Basahkan tangan Nur Izzatie dulu, lumurkan sabun tu pada tapak tangan hingga berbuih, letak gula pada tapak tangan dan gosok tangan supaya campuran tu sebati.

Kemudian, barulah cuci muka seperti langkah no.4 hingga langkah terakhir.

Harap ia membantu Nur Izzatie. :)


@ Tanpa Nama: In Shaa Allah boleh.

Saya tiada kuasa tentukan sama ada ia berhasil atau tidak, tapi hanya boleh kongsi salah satu cara yang boleh kita cuba.

Harap awak faham ya. :)

@ Tanpa Nama: Adik masih kanak-kanak. Rasanya adik belum perlukannya.

@ Tanpa Nama: Terima kasih banyak atas perkongsian awak. :)

@ Cream Pemutih Wajah: Gula pasir (gula putih) yang biasa saja. Boleh didapati di "market", kedai runcit atau pasaraya.

Tanpa Nama berkata...

Tq,yer..kalau tx pkai pencuci muka leh tx

«Lebih lama ‹Lebih lama   201 – 261 daripada 261   Terbaru› Baru»

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez