Ramuan Topeng Muka Untuk Kulit Kering

Posted by Unknown at Rabu, Ogos 24, 2011
Sebelum ini, kita dah tahu cara menyediakan topeng muka untuk kulit muka berminyak, kan? Sekarang ni tibalah masanya untuk kulit muka yang kering pula. Berbeza dengan kulit berminyak, kita yang berkulit kering memiliki liang pori-pori yang sangat kecil. Justeru, ramuan membuat topeng muka pun perlulah menggunakan bahan yang berlainan. Barulah "kena".

Bahan yang diperlukan untuk menyediakan topeng muka jenis kulit kering;

~ 2 biji buah aprikot

iHnilah rupa buah aprikot
Buah Aprikot - wikia

~ 2 sudu makan yogurt kosong


Cara membuatnya;

1. Potong kecil buah aprikot dan campurkannya dengan yogurt.

2. Kisar campuran tadi sampai halus.

3. Sapukan pada keseluruhan muka.


topeng muka berasaskan aprikot
Topeng muka aprikot


4. Biarkan ia kering dan menyerap ke kulit lebih kurang 30 - 45 minit.

5. Akhir sekali, bilas muka hingga bersih menggunakan air suam.


Petua ini juga boleh diamalkan sebulan sekali dengan teratur. Mudah-mudahan anda yang mengalami masalah kulit kering suka dengan petua ni yea.


Selamat Mencuba!

3 komen on "Ramuan Topeng Muka Untuk Kulit Kering"

Tanpa Nama berkata...

SAYA MENGALAMI KULIT KERING DAN MENGELUPAS DI SEKELILING MATA...

Tanpa Nama berkata...

kena bli buah aprikot pla kn ..

oktant on April 13, 2012 1:49 PG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Boleh amalkan petua ini sebulan sekali. Ataupun, awak boleh cuba petua lain melalui pautan di bawah;

a. 3 Petua Hilangkan Kulit Kering.

b. Ramuan Topeng Muka Kombinasi Kulit Kering dan Normal.


- Iya. :)

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez