Bagi anda yang menjalani ibadah puasa, tentulah bersahur, kan? Kalau tak, nanti ada pula yang jadikannya alasan untuk memonteng. Memang dah tak boleh pakai langsung alasan tu. Dah lapuk. Hehe...
Cuma ada kalanya agak buntu memikirkan mengenai menu sahur. Menu apa yang sesuai untuk mengelakkan lekas lapar. Kalau ada anak-anak yang baru belajar puasa, menu apa pula yang boleh menarik minat mereka untuk makan sahur. Ermmm...
Menurut pakar pemakanan chewwahh!, menu sahur yang terbaik adalah yang mampu memenuhi keperluan tubuh serta mampu mengelakkan lekas lapar.
Umumnya, anda bolehlah makanan yang tinggi kandungan serat serta protein. Dalam pada itu, makanan itu perlulah mengandungi karbohidrat dan vitamin.
Berikut adalah menu cadangan bersahur untuk anda;
1. Oat yang dibancuh sendiri. Tambahkan sedikit buah-buahan seperti aprikot, barli, kurma ataupun strawberi.
Oat - foodchannel.com
Tapi bukan oat yang 3 dalam 1 tu yea.
2. Andainya anda tak boleh tinggalkan nasi, cuba beralih kepada beras perang.
Beras perang - copywriterskitchen.com
Sebagai pelengkap, pilihlah sayur-sayuran dan sumber protein seperti ikan.
3. Sekiranya anda tiada selera terhadap nasi, ambillah sandwic tuna. Selain tuna, isi ayam panggang tanpa kulit pun boleh dijadikan inti.
Sandwic tuna - simplyrecipes.com
4. Katakanlah anda tersedar pun dah lewat, tak sempat nak siapkan salah satu menu di atas...
Anda boleh makan yogurt rendah lemak bersama pisang sebagai ganti yea.
Selain makanan, minuman pun penting. Segelas susu rendah lemak bersama 2 gelas air masak adalah pilihan terbaik. Jikalau minum air terlalu banyak, nanti perut anda tak larat nak tampung makanan lain.
Selamat Bersahur yea. ;)
0 komen on "4 Menu Cadangan Untuk Bersahur"
Catat Ulasan