Cara Hilangkan Selulit Dengan Kopi

Posted by Unknown at Rabu, Ogos 03, 2011
Selain "stretch mark", satu lagi masalah kulit yang menghantui anda ialah selulit. Selulit merupakan lemak pada kulit yang bercantum dengan kolagen. Biasanya terdapat pada paha, punggung dan tangan. Adakalanya turut kelihatan pada betis.

Lazimnya, golongan wanita lebih ramai yang mengalami masalah sesulit berbanding lelaki. Ini kerana sel lemak pada kulit lelaki agak jauh daripada lapisan atas kulit.

Menghilangkan selulit adalah perkara yang agak mustahil. Walaupun dengan menggunakan rawatan yang mahal menggunakan mesin canggih manggih mahupun krim. Sebenarnya, apa yang perlu anda lakukan ialah mengurangkan timbunan lemak.

Lagi satu, daripada anda membazir, ada baiknya gunakan bahan-bahan yang jauh lebih murah. Bahan yang saya maksudkan ialah serbuk kopi.


hilangkan selulit dengan serbuk kopi


Kenapa serbuk kopi??


Kandungan kafein pada kopi mampu memperbaiki aliran darah, mempercepatkan pengelupasan sel-sel kulit mati dan menghaluskan kulit.

Apa yang lebih baik ia berfungsi mengurangkan timbunan lemak yang membuatkan kulit anda kelihatan agak jingga!


Baiklah, bahan-bahan yang anda perlukan;

~ 2 cawan serbuk kopi

~ 1/2 cawan gula ataupun garam laut (pilih 1)

~ 2-3 sudu besar minyak urut (massage oil)

minyak urut atau massage oil
Massage oil - BodyShop


Caranya:


1. Campurkan kesemua bahan dalam satu bekas.

2. Kacau sampai sebati.

3. Lulur atau sapukan campuran tadi ke seluruh tubuh anda.

4. Sambil itu, urutlah secara lembut tubuh anda. Terutamanya pada bahagian yang ada selulit.

5. Urutan ini bagus untuk membebaskan sel-sel lemak yang terperangkap dan seterusnya mengurangkan selulit.

6. Akhir sekali, bilas tubuh anda dengan air suam.


Amalkan cara hilangkan selulit dengan kopi ini beberapa kali seminggu hingga anda berpuas hati dengan hasil yang diperoleh.


Selamat mencuba!

38 komen on "Cara Hilangkan Selulit Dengan Kopi"

oktant on Januari 23, 2012 10:50 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Salah satu alternatif yg boleh dicuba bg mengurangkan selulit adalah dgn menggunakan losyen selulit ini (sila klik).


p.s: Ada sampel PERCUMA diberikan; tapi terhad.

p.p.s: Sila "bookmark" laman tu dulu, sbb ia belum siap sepenuhnya.

Tanpa Nama berkata...

cam mane nie...
sye dah putus asa dah niee.
tolonggggggg llllaahhhhhhhh...

Tanpa Nama berkata...

bkesan ke guna kopi tuuuu?

oktant on Februari 22, 2012 10:02 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Insya-Allah berkesan. Tapi perlu diamalkan selalu & konsisten utk hasil yg memuaskan.

Tanpa Nama berkata...

mesti guna lavender massage oil ka?

oktant on Mac 09, 2012 3:06 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Tak semestinya. Gambar di atas hanya contoh saja.

Kalau nak guna minyak urut yg lain pun boleh. :)

Tanpa Nama berkata...

baby oil cth mcm johnson bole jgk ke....

oktant on Mac 16, 2012 7:59 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Boleh juga.

Chichi on Mac 23, 2012 10:12 PTG berkata...

jika d amalkan selalu, dalam masa brp lama b0le nmpk kesannya? :)

oktant on Mac 23, 2012 10:37 PTG berkata...

@ Chichi: Mungkin dlm 3-4 minggu.

Saya sebenarnya kurang pasti waktu yg tepat utk mendapatkan hasilnya sbb ia bergantung kpd keadaan selulit seseorang tu juga.

Chichi on Mac 23, 2012 10:54 PTG berkata...

0hh...sbb selulit saya cuma ada pd bahagian peha shj. papun terima kasih banyak2 ngn INFO ini. saya akan cuba. :)

oktant on Mac 23, 2012 10:59 PTG berkata...

@ Chichi: Sama-sama Chici. Moga dpt kurangkan selulit tu.

Tapi lebih cantik kalau Chici dapat amalkannya secara berterusan. Sebab selulit tak dapat dihilangkan sepenuhnya.

Ia cuma boleh dikurangkan saja.

Harap ia membantu Chici ya.

Tanpa Nama berkata...

Gunakan serbuk kopi yang segar ataupun hampas serbuk kopi? Perlu menggunakan sebelum atau selepas mandi?.. :)

oktant on Mei 30, 2012 9:48 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Jika nak jimat, awak gunakan hampasnya.

Lakukan sebelum mandi ya. :)

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih ye.. Selulit saya agak serius di bahagian peha dan perut. Rasa amat sedih sebab dah guna pelbagai krim untuk membuang Selulit ini tapi tidak berkesan. Saya amat berharap petua tradisional yang diberikan mampu mengurangkan Selulit saya.. Terima kasih sekali lagi ye.. :)

Tanpa Nama berkata...

Hampas serbuk kopi boleh simpan dalam peti sejuk ke?..

oktant on Jun 01, 2012 5:14 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Sama-sama. Mudah-mudahan masalah selulit awak dpt dikurangkan.

- Boleh. Tapi jgn simpan terlalu lama ya.

NNN berkata...

Amek kopi tu sapu pada selulit.. Sebelum mandi.. Berapa lame kene tunggu?

oktant on Ogos 01, 2012 5:18 PTG berkata...

@ NNN: Lebih kurang dalam 5 minit.

Tanpa Nama berkata...

kopi yg dgnakan 2 kopi yg blm dproses ke..

oktant on Ogos 17, 2012 9:04 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Awak boleh pakai lebihan serbuk atau hampas kopi yang telah digunakan.

AiFa on Ogos 20, 2012 1:02 PG berkata...

kalau minyak urut tu minyak angin boleh ke??

oktant on Ogos 26, 2012 8:36 PTG berkata...

@ AiFa: Minyak angin kurang sesuai.

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana kalau guna serbuk kopi yg djual dlm botol 2,bleh ke..?sbg cntoh,kopi nescafe @ indocafe..?x pun,kopi kpal api ke..bleh ke guna kopi jenis 2..?klau minta guna kopi yg dpetik n blum dproses 2,agak ssah lha nk dpt..:(

oktant on Ogos 27, 2012 12:23 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Awak boleh gunakan serbuk kopi o 3 dalam 1 yg dlm bentuk uncang.

Tanpa Nama berkata...

sebaik-baiknya gunalah serbuk kopi yg belum jadi sisa. sekarang dlm rawatan kempiskan perut di spa pun dah gunakan serbuk kopi sebagai bahan utama. serbuk kopi cap kapal api itu pun boleh..kopi O 3 in 1 cap hang tuah @ serbuk kopi cap hang tuah senang didapati di pasaran. semasa sapu di badan biarkan ia kering sebelum dibilas. Kulit pun akan jadi halus

oktant on Oktober 17, 2012 6:21 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih di atas penerangan & perkongsian awak. :)

Tanpa Nama berkata...

sudu besar itu apa ke...
dan air suam tu apa awak tidak mengerti...????

Tanpa Nama berkata...

Kalau pkai air paip biasa xboleh ke?

oktant on November 16, 2012 10:23 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Boleh juga kalau nak guna air paip.

Tanpa Nama berkata...

kome ni..

Lela on April 10, 2014 9:50 PTG berkata...

sy bru mencube,memang bgus untuk scrub bdn licin n lmbut kulit jdynya.dibahagian selulit 2 perlu digosok lbh.

oktant on April 11, 2014 8:04 PTG berkata...

@ fisa lela: Terima kasih atas maklumbalas dan perkongsian awak.

Saya doakan moga usaha awak membuahkan hasil. Amiin.

Tanpa Nama berkata...

Kalau guna minyak masak boleh ke.?

oktant on April 24, 2014 7:08 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Boleh juga. Minyak zaitun pun boleh. :)

Tanpa Nama berkata...

Askum. saya nak tumpang tanya. bagaimana nak hilangkan selulit bagi kaum lelaki. Adakah sama cara atau teknik urutan atau gosokkan atau berbeza . Cara nak menyimpannya bagaimanakah ?. Terima kasih

Unknown on September 07, 2015 1:09 PTG berkata...

kt guardian atau watson ad x massage oil ni

oktant on September 07, 2015 2:43 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt tuan.

Tuan boleh cuba cara di atas.

Boleh urut dari atas ke bawah jika ia berada di bahagian paha.

Jika ada lebih, boleh simpan dalam peti sejuk ya. :)


@ petua hilangkan selulit: Terima kasih kembali ya. :)


@ Atiqah Aziz: Saya kurang pasti pula. Tapi cik puan Atiqah boleh juga gunakan minyak zaitun sebagai ganti. :)


Harap ia membantu.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez