Cara Hilangkan "Stretch Mark" Pada Kulit

Posted by Unknown at Ahad, Julai 31, 2011
Saya kurang pasti istilah "stretch mark" dalam BM. Rekahan kulit, kulit pecah, garis hitam atau kerepot? Tak kiralah apa yang anda selalu sebut. "Stretch mark" ni terjadi kerana regangan berlakunya regangan kulit. Biasanya dialami oleh para ibu yang kerap bersalin dan ahli bina badan. Begitu juga mereka yang mengalamai pertambahan atau pengurangan berat badan.

Biasanya anda boleh nampak ia pada sekitar bahagian perut, dada, lengan, belakang badan, paha dan kawasan sekitarnya.

cara hilangkan stretch mark
Sumber - http://en.wikipedia.org

Ada sesetengah orang tak peduli pasal benda ni. Biasanya lelaki la. Hehe... Tapi bagi kebanyakan wanita, ia sesuatu yang agak merisaukan. Betul ke?

Kalau begitu, saya kongsikan cara untuk hilangkan strech mark anda. Tak kira lelaki mahupun wanita. Semuanya boleh amalkan petua ini.


Bahan- bahan yang anda perlukan;

~ 1 sudu teh kapur sirih (kapur makan)

~ 1 sudu teh air limau nipis

~ 20 titik minyak kayu putih

Caranya;

1. Campurkan ketiga-tiga bahan di atas hingga sebati.

2. Sapukan pada tempat-tempat yang ada "stretch mark".

3. Amalkan selama beberapa minggu sehinggalah ia berkurang atau hilang.


Selamat Mencuba!

38 komen on "Cara Hilangkan "Stretch Mark" Pada Kulit"

nafacamila berkata...

Salam kak,
Saya akan cuba petua ni..tapi nak amalkan berapa lama pulak tuh? maksud saya, macam mana dan bila masa sesuai di amalkan? berapa kali seminggu? setiap hari ker?

terima kasih ya!

oktant on Ogos 01, 2011 10:50 PTG berkata...

nafacamila: Waalaikumussalam dik.

Sebaiknya amalkan setiap hari. Boleh disapu pd setiap malam & teruskan hingga adik puas hati dgn hasil yg diperolehi.

Sama-sama. ;)


p.s: Sy ni lelaki.

Tanpa Nama berkata...

ASSALAMUALAIKUM SAUDARA. MINYAKK KAYU PUTIH TU MCM MANA?

oktant on September 13, 2011 6:53 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam. Minyak ni diperbuat drpd penyulingan daun dan ranting kayu putih.

Cuba cari kat kedai jamu ataupun kedai yg menjual barang-barang keperluan utk kaum India.

Tanpa Nama berkata...

hahaha, kelakar la bile awk kte 'sy ni lelaki' haha, so sbgai llaki.=, just tnye , kish ke psl stretch mark ni? pngetahuan am saje :)

oktant on Disember 16, 2011 3:17 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Ia bergantung pd individu itu sendiri. Bagi saya, kalau sedikit itu normal.

Kalau terlalu banyak, mungkin akan risau gak.

Tanpa Nama berkata...

salam...nak tnye bagaimana pula stretch mark berlaku dibahagian punggung...selamatkah kalau disapu dibahagian itu?

oktant on Disember 18, 2011 9:37 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam. Rasanya tiada masalah jika nak disapu kat punggung.

Tanpa Nama berkata...

berkesan ke cara ni..

Tanpa Nama berkata...

salam, nak tanya dekat mana boleh dapat minyak kayu putih tu yea??

Nafacamila berkata...

oh..hehehe..silap panggil kakak laks..maaf yer!

oktant on Februari 09, 2012 9:19 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam. Cuba awak cari di kedai runcit yg pemiliknya berbangsa India. Biasanya kat kedai mereka ada minyak tersebut.

@ Nafacamila: Ok ok. Tiada masalah. ;)

Tanpa Nama berkata...

alaaa..semua kedai ader minyak kayu putih....bayi2 kan selalu guna untuk mengelakkan kembung peruttt...

Tanpa Nama berkata...

dibahagian breast sya ada kesan regangan ni,bole sapu tak bahagian tu

Tanpa Nama berkata...

kalau nak sapu waktu mlm,biarkan hingga pagi ataupun kena cuci?

oktant on Mei 09, 2012 4:29 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Terima kasih banyak di atas perkongsian awak. :)

- Boleh cuba sapu di bahagian tersebut.

- Keesokan paginya barulah dicuci.

Tanpa Nama berkata...

Ok,tq mesti nak cuba ni

Tanpa Nama berkata...

hi,bole tak gantikan kan limau nipis tu dgn lemon?

oktant on Mei 10, 2012 2:00 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Sama-sama. Silakan. Moga awak berjaya ya. :)

- Hai. Boleh.

Tanpa Nama berkata...

ibu mengandung blh ke guna petua ni

oktant on Mei 15, 2012 9:02 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Rasanya boleh. Ia hanya utk bahagian luaran saja.

Tanpa Nama berkata...

Mnyak kayu putih mnyak ape uh...??

Tanpa Nama berkata...

urm , salam.. ade x petua yg blh hilangkan parut yg dh betukar mnjadi kaler hitam? Rse cam parut ni xleh hilang sbb mcm sebati dngn kulit. Kalau ade, Nak sngat2 >.<. tmkasih!

oktant on Jun 18, 2012 11:23 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Cuba awak cari di kedai yg dimiliki oleh bangsa India dan tanya saja pada mereka. Sesetengah kedai ada menjualnya & sesetengahnya mungkin tiada.

Ataupun cuba cari di kedai-kedai yg menjual jamu serta ubat kesihatan.


- Waalaikumussalam wbt.

InsyaAllah ada. Iaitu awak gunakan lendir lidah buaya.

Sapukan saja lendir tersebut pada parut yg dah hitam tu setiap malam sebelum tidur.

Keesokan paginya barulah awak cuci ya.

Ataupun awak boleh rujuk artikel ~ Hilangkan Parut Pada Badan.

Harap ia membantu.

diamond on Julai 04, 2012 9:47 PTG berkata...

kalau xde semua benda tu...ada ke cara lain?

oktant on Julai 04, 2012 11:34 PTG berkata...

@ diamond: Jika tidak silap saya, guna minyak bio oil pun boleh.

Tanpa Nama berkata...

Bio oil xbkesan pun. Start mengandung sy sapu bio oil. Tp ttp ada strechmark. Byk jgk. Jd bio oil mmg xbkesan.

oktant on September 20, 2012 1:31 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Jika begitu, terima kasih banyak di atas maklumbalas puan.

Sebab saya pernah diberitahu bahawa bio oil juga boleh digunakan. Mungkin ia bergantung pada seseorang juga. Ada yang serasi dan begitulah sebaliknya.

Walaubagaimanapun, sekali lagi saya ucapkan terima kasih di atas maklumbalas puan. Saya amat menghargainya.

Tanpa Nama berkata...

Ezza: Minyak kayu putih boleh didapati di Mydin atau mana2 kedai runcit yg menjual keperluan minyak kegunaan baby.

Jika susah nak dptkan minyak kayu putih, boleh gunakan minyak zaitun = virgin olive oil. sapu/usap setiap kali lepas mandi spt anda menggunakan krim badan. namapun petua jadi anda harus sabar dlm menanti hasilnya dan memakan masa.

oktant on Oktober 17, 2012 6:23 PTG berkata...

@ Ezza: Terima kasih banyak di atas perkongsian awak. :)

Tanpa Nama berkata...

Pakai minyak extra vigin olive oil je ke? Tak payah pakai dengan teh air limau nipis dll ke?

Tanpa Nama berkata...

20 titik minyak kayu putih? 2 sudu teh ke?

oktant on November 05, 2012 3:40 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Secara kasar, anggarannya lebih kurang dalam 20 titik minyak kayu putih. :)

Tanpa Nama berkata...

semua tak berkesan

Tanpa Nama berkata...

sudah ada yg pernah memakai petua ni?adakah ia berkesan?tahap kritikal dah ni stretch marks lama sudah :(

Tanpa Nama berkata...

guna minyak zaitun saja blh hilang ke stretch marks,
tanpa guna kapur sihir dgn limau nipis,

Unknown on Jun 25, 2015 2:39 PG berkata...

kak kapur sirih itu macam mana ..
saya Korang tau lah

Tanpa Nama berkata...

Bang, waktu dah sapu tu, nak bilas selepas beberapa minit or biar je lama2. Hahaha. Sebab kapur mkn ni kan bersifat panas kann.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez