2 Cara Memutihkan Siku Hitam

Posted by Unknown at Rabu, Julai 27, 2011
Warna siku yang agak gelap pun boleh membuatkan seseorang rasa kekurangan. Dahlah hitam, permukaannya kasar pula. Antara sebab musabab siku hitam ni adalah kerana anda terdedah kepada cahaya matahari secara berlebihan. Ataupun faktor keturunan.

Jadi, kalau anda nak memutihkan siku, di sini ada 2 cara untuk dicuba. Pilihlah yang sesuai dengan anda yea.


cara memutihkan siku hitam


Cara #1


1. Anda perlukan 1 biji limau nipis ataupun lemon. Pilih salah satu aje.

2. Belah dua limau nipis/lemon tadi.

3. Gosokkan ia sebelah pada siku kanan dan sebelah lagi pada siku kiri anda.

4. Gosoklah dalam beberapa minit.

5. Kemudian, biarkan air limau nipis/lemon tadi kering dan menyerap pada siku anda.

6. Akhir sekali, anda bilas kedua siku dengan air suam.


Ulangi cara memutihkan siku ini setiap hari. Sehinggalah anda puas hati dengan hasil yang diperolehi.



Cara #2


1. Sediakan dulu bahan yang diperlukan iaitu;

~ Serbuk kunyit

~ Tepung gandum

~ Sedikit susu kotak

2. Campur semua bahan ke dalam satu bekas.

3. Gaulkan hingga rata.

4. Sapukan bahan tadi pada kedua-dua belah siku.

5. Biarkan selama 30 minit.

6. Akhir sekali, bersihkan siku anda dengan menggosoknya perlahan-lahan menggunakan air suam.

Sama seperti cara memutihkan siku #1, lakukannya setiap hari sampai anda puas hati. :D


Selamat Mencuba!

19 komen on "2 Cara Memutihkan Siku Hitam"

nadia fatihah on Julai 27, 2011 9:29 PTG berkata...

wahhh! macam taw2 je. haha. insyaallah sy akan cuba ;)

oktant on Julai 27, 2011 10:40 PTG berkata...

@ nadia fatihah: Hehe... kebetulan aje kot. Cuba tau. Sy doakan nadia peroleh hasil yg terbaik. ;)

dhiera zainudin on Julai 28, 2011 9:31 PG berkata...

tak pernah tahu pun petua ni selama ni~ hiks

oktant on Julai 28, 2011 10:40 PG berkata...

@ dhiera: Ok takpe. Tp, skrg dhiera dah tahu, kan? ;D

Kalo dhiera perasan, sy ada gak buat 1 entri yg berkaitan kat ~ Cara Memutihkan Siku yang Hitam. =)

Tanpa Nama berkata...

TERBUKTI AMPUH TIDAK

Tanpa Nama berkata...

siapa yang dah cuba . how ? berjaya tak ?

Tanpa Nama berkata...

xboleh ke klau guna susu buat sndiri???

oktant on Disember 15, 2011 7:59 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Susu buat sendiri? Boleh berikan contohnya?

Nurul Najihah on Disember 22, 2011 11:09 PTG berkata...

kalau gna susu dlm tin 2 campur dgn air bleh x??

Unknown on Disember 23, 2011 9:54 PG berkata...

@ Nurul Najihah: Rasanya boleh juga. Tapi jangan lupa tambah sikit air tau Nurul.

Tanpa Nama berkata...

x de ke petua untuk memutih kn lutut?

oktant on Disember 25, 2011 5:06 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Awak boleh cuba praktikkan petua ni kat lutut.


p.s: Ini cuma cadangan saya yea.

Tanpa Nama berkata...

antara dua ni kan .. mana yang lagi terbaik ,, yang pertama ke kdua ehhehehe =)

oktant on Mei 28, 2012 10:51 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Bergantng pada keadaan siku individu itu sendiri. :)

Tanpa Nama berkata...

apa sudah ada yang berasil menggunakan cara ini?

Tanpa Nama berkata...

saya berjaya!!!

Tanpa Nama berkata...

berjaya beli lemon tp xberkesempatan nak cuba.. heheh...

oktant on Oktober 25, 2012 10:18 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Alhamdulillah. Tahniah sebab usaha awak akhirnya membuahkan hasil.

Terima kasih juga kerana memaklumkan kejayaan awak di sini.

Harap rakan-rakan lain yang ingin memutihkan siku dapat mencubanya juga.


- Saya doakan awak sempat mencubanya & berjaya memutihkan siku. Aamiin.

Tanpa Nama berkata...

Berjaya dak?

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez