Petua Kempiskan Perut Selepas Bersalin

Posted by Unknown at Sabtu, Januari 23, 2010
Selepas melahirkan anak, kaum ibu pasti mahu kembali langsing seperti sebelumnya. Bahagian tubuh yang sering bermasalah tentunya perut, kan? Jika tak dijaga dengan baik perut si ibu akan mengendur, berlipat ataupun buncit.


badan langsing serta perut kempis


Jadi, untuk kempiskan perut ataupun mengelakkan perut buncit selepas bersalin, anda boleh mengikuti petua di bawah;

1. Memula, anda sediakan bahan-bahan yang diperlukan iaitu kapur sirih (kapur makan), sedikit minyak kayu putih dan sedikit perahan limau nipis.

2. Kemudian, gaulkan ketiga-tiga bahan tersebut hingga rata.

3. Seterusnya, sapukan bahan tadi ke seluruh kawasan perut dan pinggang si ibu juga sampai rata.

4. Setelah ia kering, ikat bahagian perut dan pinggang dengan rapi menggunakan kain lampin bayi.

Anda digalakkan mengulangi proses ini pada setiap pagi dan petang selama 40 hari berturut-turut selepas melahirkan anak. InsyaAllah anda akan merasa kesannya kelak.





[***KEMASKINI 11/09/2012***]


Disebabkan ramai yang tak tahan dengan kapur makan, mungkin boleh beralih kepada penggunaan kapur barus pula.

Perut para ibu yang baru bersalin tidak begitu kempis mungkin disebabkan bahagian peranakan tidak kecut sepenuhnya. Justeru, jika puan ingin kempiskan perut, ikutilah langkah berikut;

1. Ambil sedikit kapur barus dan hancurkan ia terlebih dahulu.

2. Campurkan kapur barus yang hancur tadi dengan air perahan limau nipis.

3. Kacau ia hingga sebati dan lumurkan pada bahagian perut dan bahagian belakang badan.

4. Kemudian, puan boleh balutkan dengan bengkung.

Itu saja langkahnya. Mudah-mudahan ia membantu puan yang inginkan perut kembali kempis seperti sediakala. Saya doakan agar puan berjaya.


Selamat Mencuba!

76 komen on "Petua Kempiskan Perut Selepas Bersalin"

Tanpa Nama berkata...

dah try buat tapi tak jadi sbb perut jadi pedih.so may b tak sesuai.lagipun i oprate

oktant on Februari 23, 2010 9:47 PTG berkata...

Terima kasih atas maklumbalas awak. Saya amat menghargainya. :)


p.s: Memang kebiasaannya wanita yang bersalin secara pembedahan kurang sesuai dengan petua di atas. Harap maklum.

Tanpa Nama berkata...

saya bersalin normal..waktu dalam pantang,saya sapu minyak barut (set bersalin)tapi perut saya tak kempis sgt. Lepas tu saya try pulak wat cm petua ni,perut saya abes gatal2 n pedih.nak kate kempis tak jugak..makan nasi pn dh bley di kire,letihla nak kempiskan perut nie..ape lg petua yg bley saye buat?nak makan ubat pelik2,anak saya menyusu badan.huhuhu

oktant on Jun 10, 2010 2:26 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Saya rasa petua ni mungkin tak sesuai dgn Puan. Saya akan cuba usahakan petua lain (kalau ada) untuk Puan. Harap maklum. :)

Tanpa Nama berkata...

Anak dah 3 tahun, bagaimana nak rawat perut yg semakin buncit sbb lps bersalin tak pakai bengkung (cessarian)

Tanpa Nama berkata...

Bagi sy berpantanglah masa yg paling sesuai kita nak rampingkan perut, dlm 44 hari tu kita hanya duduk atas katil so gunalah peluang yg ada spt bertungku (sehari 2x), sapu kapur sireh dan limau di perut( spt petua diatas)sertakan bengkung. dan mengurut utk naikkan batu mereyan dan buang angin dlm bdn(bidan). habis sj berpantang sebulan atau 2 bln sekali elok kita mengurut satu bdn utk pastikan batu meryan berada dlm kedudukan yg betul dan buang angin.. yang penting rajin amalkan..insyaallah badan kita akan ramping dan kelihatan bertenaga..

oktant on Julai 23, 2010 11:45 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih ya sbb sudi kongsikan pengalaman puan kat sini. Mudah-mudahan ia boleh dijadikan panduan buat anda yg lain. :)

Ibu & Kids Shop on Julai 25, 2010 10:21 PTG berkata...

makcik yg urut lepas saya bersalin ari tu ada bagi petua ni tp tk cuba lagi..saya juga ada mengalami bengkak urat bawah ketiak masa tu dan makcik ni suruh cuba cara ni sebab dia tak boleh urut kalau bengkak urat..alhamdulillah berkesan

oktant on Julai 27, 2010 2:22 PTG berkata...

@ Ibu & Kids Shop: Terima kasih sebab awak sudi berkongsi pengalaman ya. :)

Tanpa Nama berkata...

selepas bersalin perut saya bayk kesan pecah-pecah...macam nana nak hilang...

Tanpa Nama berkata...

* apa ke3 bahann itu bisa digantikan dengan lain ? karna saya pernah coba kulit saya pada gatal2.

oktant on September 22, 2010 9:24 PG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Hal ini memang biasa berlaku. Jika ada, saya akan kongsikan petuanya.

- Memang begitu keadaannya. Jika kulit anda alah, saya syorkan anda berhenti amalkan petua ini ya.

Tanpa Nama berkata...

saya pakai set besalin tp bila pakai barut dan letak ubat dari set tersebut tak rasa panas pun bahagian perut..so saya letak je pati halia pastu saya pakai barut selama bepantang..Alhamdulilah perut saya turun dari sebelum mengandung..dan saya akan terus amalkan selepas habis berpantang.

oktant on September 24, 2010 12:15 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih puan sbb sudi kongsi pengalaman.

Tanpa Nama berkata...

bg yg ingin mengamalkn petua di atas..cb sapu myk terlebih dahulu..di ikuti dgn bhn td.insyallah, anda tidak akn gatal2

oktant on Oktober 07, 2010 7:22 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Ok, terima kasih puan. Saya pasti tips ni akan membantu ramai para ibu di luar sana. :)

Tanpa Nama berkata...

untuk barut perut, boleh juga blend bunga cengkih bersama lada hitam, sedikit minyak.ikutla minyak kayu putih atau minyak masak biasa..lepas tu gaul dgn tepung kanji..

Tanpa Nama berkata...

ala exercise suda.. confirm badan langsing.. takyah la makan bukan bukan n buat benda mengarut

korset on Februari 07, 2011 10:53 PTG berkata...

pemakaian bengkung bukan sahaja selepas bersalin tetapi patut diamalkan sejak dari zaman anak dara...

oktant on Februari 09, 2011 4:17 PTG berkata...

@ korset: Setuju sangat dgn awak. :)

Tanpa Nama berkata...

Saya pn alami mslh yg sme. Mse dlm pntg sye amlkn pntg betul2 diet hbis2an, bert bdn turun tpi perut still bncit. Sye letk gem last yg dicmpur dgr kunyt tmbuk then berbarut selama 2 mngu. Then pkai kapr sireh dgn limah nips 2 mngu. Skg bby da 7 buln sye pkai losyen mustajb pati halia dengn bekong infrared. Still jugk perut bncit. Sye siap bt sit up 50x shri but still prut bncit. Sye da mls, bile sye kuar sye pkai je corset. Hbs cer

http://intan-fiber.blogspot.com on April 06, 2011 7:24 PTG berkata...

IZ FIBER................

Tanpa Nama berkata...

ntahnyer kempis2 nie..i try gak tp tak bjaya..i tak mkn nasik jer,i mean mkn ckit jer then minum air limau nipis trus ok gak perut i..tak buncit dah...

oktant on April 29, 2011 3:32 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Minum air limau nipis setiap kali lepas makan pun merupakan salah satu cara kempiskan perut.

Ataupun amalkan minum teh o limau ~ Petua Kempiskan Perut. :)

Tanpa Nama berkata...

kl operate cene lak nk kempiskn perot yg buncit???

Tanpa Nama berkata...

knp sakit perut n rasa x slesa slpas brsalin wlaupun sudah 3 bln bersalin?? need some suggetion

Tanpa Nama berkata...

sya dah amalkan pada awalnya bkesan ttapi slepas 3 bulan perut buncit itu muncul semula apa sya nak wat...

Jamilah berkata...

Salam, esok sy dh nk start keje lepas 2 bln cuti bersalin, perut buncit. Tapi sy x gemuk, tu yg lagi obvious tu tang perut. Kalo g slim world berkesan x? Minta pendpt. Thx.

oktant on Disember 16, 2011 12:23 PG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Sy cadangkan puan mula amalkan memakai korset utk membentuk semula badan.

- Sy cadangkan puan dpt buat pemeriksaan doktor utk kepastian.

- Cuba puan semak semula rutin harian & pemakanan sepanjang tempoh masa tersebut.

Ada tak mana-mana perkara yg dibuat atau ditinggalkan yg boleh menyebabkan perut kembali buncit.

Mungkin ada sesuatu yg puan terlepas pandang di situ.


@ Jamilah: Waalaikumussalam puan Jamilah. Sebaik-baiknya puan jaga pemakanan dan lakukan senaman ringan yg termampu serta seronok melakukannya.

Kalau pergi ke tempat2 sebegitu tetapi tidak menjaga pemakanan & melakukan aktiviti fizikal, rasanya ianya takkan bertahan lama.

Namun, semuanya berbalik kepada puan sendiri. Saya sekadar memberi pandangan sahaja.


Sekian, terima kasih.

badak berkata...

sya bersalin melalui caesaran, camana na kempiskan perut?

oktant on Januari 19, 2012 5:33 PTG berkata...

@ badak: Saya agak kurang selesa pula nak memanggil puan dgn panggilan ini.

Tetapi komen ini merujuk kpd puan yg bertanya camana na kempiskan perut jika bersalin secara caesarean, ok?


Sebenarnya apabila luka jahitan dah sembuh (biasanya sekitar 2 minggu jika tiada jangkitan kuman), puan boleh memakai korset Xtra Slim utk mengempiskan perut.

Sebabnya, fabriknya lebih nipis bg mengelakkan puan daripada berpeluh dgn terlampau banyak.

Kalau berpeluh dgn banyak, ia boleh menyebabkan puan mengalami gatal-gatal pd kawasan jahitan.


Kesimpulannya, apa yg saya boleh syorkan ialah puan cuba amalkan memakai korset Xtra Slim. Insya-Allah bentuk tubuh puan kembali menarik.


Selamat Mencuba ya puan. :)

NINIE on Januari 27, 2012 12:27 PTG berkata...

kalau yang tak kawin lagi..tapi perut buncit...boleh ke amalkan amalan ni?

oktant on Januari 29, 2012 8:04 PTG berkata...

@ ~ A Little Bit Bout Me ~ : Boleh juga cik adik. :)

Tanpa Nama berkata...

Sy br habis bpantang ank ke-3...masalah nya mmg perut ni buncit n blipat2...mgkin sbb xpakai bengkung yg kuat, cuma bengkung moden yg smpi ats pusat sj sbb pantang sndr...ms ank 1 n 2 sy bpantang dgn gunakn bengkung lama (kain yg panjang tu)...mmg sedih tgk..

oktant on Januari 30, 2012 10:18 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Jikalau puan tak keberatan, cuba amalkan pemakaian korset xtra slim bg mengatasi masalah pd bahagian perut.

Mudah-mudahan rasa tak puashati dgn bentuk badan sekarang dpt diatasi. Amin.

Tanpa Nama berkata...

anak saya da berusia sebulan.tapi saya tak pernah melakukan apa2 pun untuk kempiskan perut.tapi bila saya baca petua2 untuk kempiskan perut, saya teringin pula untuk mencubanya.tapi persoalannya masi belum terlambat kah untuk saya mencubanya.

oktant on Februari 14, 2012 8:46 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Baguslah sekiranya puan mempunyai keinginan sebegitu.

Puan usah risau. Tiada istilah terlambat dlm melakukan apa jua perkara.

Apa yg lebih penting ialah puan amalkan petua ini tanpa jemu hingga menikmati hasil positif drpd usaha yg dilakukan.

Sbb, ada kalanya ia akan mengambil masa utk sesetengah orang. Jadi, ia akan menguji kesabaran & keyakinan terhadap petua yg diamalkan.


Namun, saya tetap akan doakan usaha puan membuahkan hasil spt yg diingini. Amin.

mayangbakingmadness on Jun 20, 2012 12:23 PTG berkata...

saya buat seperti petua di atas masa dalam patang mmg perut kita kecut.. kena faham camne caranyer.. bkn masa kita letak kapur+asam limau tu kendian basah2 kita bengkung.. kita kena biarkan campuran kapur + limau tu kering dahulu baru bengkung dan kena letak kandungan limau melebihi kandungan kapor.. baru le kulit x melepoh dan gatal... ingat kapur kan tajam kalau kita letak byk2 mau terbakar kulit kita nanti .. harap maklum

oktant on Jun 21, 2012 10:06 PTG berkata...

@ mayangsayang: Terima kasih di atas penerangan puan. Ia pastinya dapat membantu rakan-rakan kita yang lain memahaminya dengan lebih jelas.

ayudiana on Jun 22, 2012 1:05 PTG berkata...

salam puan, minyak kayu putih tu nak cari kat mana?

oktant on Jun 22, 2012 7:01 PTG berkata...

@ ayudiana: Waalaikumussalam wbt.

Jika tidak silap saya, puan boleh mendapatkannya di stokis HPA berhampiran.

p.s: Puan juga boleh jadi ahli HPA dulu utk mendapat harga yg lebih murah sedikit.

Tanpa Nama berkata...

Yang terbaik utk kempiskan perut ialah kawal makan dan bpuasa.

oktant on Julai 09, 2012 8:54 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih di atas perkongsian puan. :)

Tanpa Nama berkata...

saya sekarang sedang brpantang anak ke-6. mmg betul kalau kita ikut cara tu perut kita akan kempis. tp utk kali ni saya malas sikit. so perut jadi buncit. bukan apa, bila di bengkung dgn kapur dan asam limau, kulit perut akan jadi hitam (gelap).tp saya fikir nak bengkung semula lah sbb nak kempiskan perut. adakah dah terlewat. sekarang saya brpantang hari ke 35.

oktant on Ogos 01, 2012 8:26 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Jika nak diikutkan, memang dah agak terlewat.

Tetapi adalah lebih baik puan lakukannya sekarang daripada langsung tak buat.

Saya syorkan puan buat sekarang juga & saya doakan puan berjaya mengempiskan perut.

Tanpa Nama berkata...

Salam..kalo tak guna minyak kayu putih boleh ke..juz guna limau ngan kapur je..

oktant on Ogos 28, 2012 5:05 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt puan. Boleh juga. :)

Unknown on September 05, 2012 6:25 PTG berkata...

sy pun same perut terbakar melecur2 lps sapu kapur dan limau nipis..smpi ibu yg tlg sapu dan bengkung sy tperanjat tgk perut sy..sy xrs sakit tp gatal2 mmg teramat sgt..sjk sy bhenti sapu tula perut sy xkempis2 smpi la skg usia anak 6bln..org igt sy ngandung lg..sedih tp sy dh abis cr petua mcm2..sapu losyen mustajab pun xde hasil..

Unknown on September 05, 2012 6:25 PTG berkata...

sy pun same perut terbakar melecur2 lps sapu kapur dan limau nipis..smpi ibu yg tlg sapu dan bengkung sy tperanjat tgk perut sy..sy xrs sakit tp gatal2 mmg teramat sgt..sjk sy bhenti sapu tula perut sy xkempis2 smpi la skg usia anak 6bln..org igt sy ngandung lg..sedih tp sy dh abis cr petua mcm2..sapu losyen mustajab pun xde hasil..

oktant on September 05, 2012 7:01 PTG berkata...

@ Nail Raisha: Puan, kapur tu hendaklah digunakan sedikit saja. Jika terlebih, memang kulit akan terbakar (kehitaman) sebab ia panas.

Kesannya memang akan rasa gatal-gatal. Jika tidak selesa dengannya, memang adalah lebih baik puan hentikannya.

Cuma jika puan ingin kempiskan perut, apa yang boleh saya cadangkan ialah cuba amalkan pemakaian korset xtra-slim.

Cara tentukan saiz puan ialah dengan dapatkan ukuran pinggang dan pinggul puan dahulu.


Harap ia membantu mengempiskan perut puan. Saya turut doakan agar usaha puan berjaya.

Tanpa Nama berkata...

Exercise boleh buat peranakan xbraper bgus then boleh menebab kn sakit urat

oktant on Oktober 02, 2012 9:38 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih di atas nasihat yg puan berikan.

Tanpa Nama berkata...

umur anak saya sudah 3 bulan. semasa pantang saya mengamalkan pakai bengkung, tapi perut saya masih tak kempis. masa 2 bulan saya pernah jumpa bidan dan diberitahu batu mereyan saya berada di bawah dan belum kecut lagi. Apakah kesan yang saya akan dapat jika batu mereyan saya masih dibawah dan tidak kecut kerana sampai sekarang saya masih rasa tak selesa jika duduk bertinggung.

Tanpa Nama berkata...

apakah yang dikatakan batu mereyan? jika batu mereyan tidak kecut atau berada di bawah, adakah ia ada kaitan dengan kanser rahim?

oktant on Oktober 11, 2012 6:13 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Puan, buat masa ini saya kurang pasti dengan batu mereyan. Mohon maaf sebab tak dapat jawab persoalan puan.

InsyaAllah jika ada panduan mengenainya, saya akan maklumkan kelak.

oktant on Oktober 12, 2012 1:22 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Batu meriyan adalah tempat peranakan. Nama lainnya ialah pintu rahim. Ataupun g-spot.

Puan mesti mengurut untuk kembalikan batu meriyan ke tempat asal. Mungkin puan rasa sakit semasa proses mengurut dan mesti menahan nafas.

Semuanya bergantung kepada bentuk dan tahap kesukaran untuk membawa batu meriyan puan ke kedudukan asalnya.

Tapi, setelah beberapa hari berurut, InsyaAllah puan akan rasa selesa.

Keadaan ini berlaku mungkin kerana selepas bersalin, puan duduk terlalu lama dan tidak baring dalam posisi yang betul.

Semasa baring, pastikan kedudukan kepala lebih tinggi daripada badan. Tujuannya agar angin tak naik ke kepala.

Bila duduk di atas katil pula, pastikan kaki mencecah lantai. Jangan biarkannya tergantung bagi elakkan luka bentan.

Seterusnya, bagi elakkan batu meriyan jatuh, puan usah akan benda yang berat serta tak mencangkung terlalu lama.

Akhir sekali, jika puan tidak mengurut untuk kembalikan batu meriyan ke kedudukan asal, saya bimbang kandungan puan yang mendatang tidak sampai 9 bulan (berlaku kelahiran pramatang).

Sekian, wallahu'alam.

Tanpa Nama berkata...

puan,sy masih mengandung 7bln
tapi kalau ori kat bawah ada tak petua nak naikkn blk?

Tanpa Nama berkata...

puan,sy masih mengandung 7bln
tapi kalau ori kat bawah ada tak petua nak naikkn blk?

oktant on Januari 05, 2013 3:18 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Saya syorkan puan cari bidan yang berpengalaman dan minta beliau mengurut seluruh badan.

Maklumkan juga pada beliau tentang sebarang masalah yang puan hadapi sebelum ini.

Harap ia membantu puan ya.

Tanpa Nama berkata...

Aik mcm tu plak ? Agak x setuju. Exercise lah cara terbaik nk kmpiskan semula perut lepas bersalin. Tp seeloknya dah hbis pantang bru digalak kan.

Tanpa Nama berkata...

salam...anak sy dah berusia 5tahun...
semasa pantang mngkin sy tidak ikut sgt. .
tu yg perut.jd mengeleber... sy xpernah pakai apa2 korset.
skng sy telah disahkan hamil.. adakah perut sy akan kembali kempis jika sy mengikut tempoh berpantang dgn betul? adakah agak terlambat utk perut kempis semula?

oktant on Februari 11, 2013 11:26 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt puan.

InsyaAllah perut puan boleh kempis semula. Puan mesti lakukannya (berpantang) dengan betul dan sempurna serta sentiasa berfikiran positif.

Berjanji dengan diri puan sendiri bahawa puan ingin mengempiskan perut dan sentiasa fokus pada amalan yang boleh membantu puan mengempiskan perut.

Selain itu, perbanyakkan berdoa padaNya agar usaha puan membuahkan hasil. InsyaAllah. Aamiin.

Unknown on Mac 24, 2013 12:44 PG berkata...

Minta izin share yer. Semoga tuan rumah akan bertambah maju dan berjaya...aminnn...

oktant on Mac 24, 2013 9:31 PG berkata...

@ Sejuta Tapak: Silakan. Sekiranya ia bermanfaat, saya amat mengalu-alukannya. :)

Terima kasih atas doa saudara. In Sha Allah. Amiin.

Tanpa Nama berkata...

Hmm ingatkn sya ja da msalah perut buncit pas bersalin... Ank prtma xnmpk buncit sgt bla dh ank kdua buncit cm mengandung ja rmai yg tegur pai byk bju xle nk pkai...dh 5 jnis krim dh cuba tp 1 pun xdk 1 pn berkesan mcm2 petua dh cuba, bertuku pai 4x sari...pai 1 masa perut jd sakit nk duduk pn xleh p cek doktor rupanya fibroid mbesar...so jg2 tuk yg da masalh pert buncit kenlpasti dgn mbuat pmriksaan doktor

oktant on Mac 29, 2013 3:14 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih atas perkongsian pengalaman puan. Ia merupakan sesuatu perkongsian yang sungguh berharga sama ada buat kaum ibu mahupun untuk bapa.

Mudah-mudahan ia memberi panduan kepada semua kaum ibu dan bapa yang singgah ke sini.

Saya doakan moga puan sekeluarga terus dikurniakan tahap kesihatan yang terbaik. Amiin.

Tanpa Nama berkata...

penggunaan kapur barus dgn air limau ada risiko utk baby kena kuning yg tinggi x..kapur brus kan panas, ada effek ble susu baby x..tlg reply cpt

Tanpa Nama berkata...

Nape sy pkai kapur cmpur limsu nipis kulit dy merh2 mcm udang d panggang..pedih teramat sngt2 pah 2 gtal xyh ckp lh memg gtl sngt2...ades serik nk pkai da kpur ngn limau nipis..

oktant on Julai 24, 2013 6:26 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Mungkin puan kurang sesuai dengan cara tersebut. Sebab memang ada yang akan alah dengannya.

Puan boleh kurangkan jumlah kapur yang digunakan supaya kulit tidak terbakar. Ataupun jika bimbang, tidak perlu teruskan.

Harap ia membantu.

Tanpa Nama berkata...

salam puan...sekarang anak saya dah berumur 6 bulan, anak pertama lagi tu, perut buncit macam dah beranak 5 orang anak, yang nampak ketara nya saya kurus tapi perut buncit, mungkin masa berpantang saya tak focus sangat, itu lah kesilapan..
btw saya nak tanya, jika saya nak amal kan cara yang puan syor kan tu, masih boleh tak dan tak kah dah terlambat? agak malu dengan keadaan perut yang menyedihkan..harap puan dapat bantu kebuntuan yang melanda diri saya sekarang, TQ

Tanpa Nama berkata...

Saya mages..baru 6selps b'salin..perut saya dah jadi buncit..dan nampak pecah pecah..dan saya operation bkn b'salin normal...

nassershah on Julai 13, 2016 9:51 PTG berkata...

org pompuan kalau tak nak perut buncit.. hentikan minum air batu.. itu aje.. jgn amalkan minum air limau nipis selalu.. kandungan asid nye lebih tinggi berbanding limau kesturi.. ia akan menyebabkan dinding perut luka dan kalau acute.. boleh menjadi ulser.. pastu.. jadi kanser perut..! walaupun saya lelaki.. tapi ketiga2 anak saya yg dilahirkan isteri.. bayi dan ibu adalah di bawah jagaan baik drp segi pemakanan mahupun mandian.. hehehe..! Cuba minum air perahan kunyit setiap pagi sebelum memakan apa2 sewaktu dlm pantang.. buncit susah nak dihilangkan selagi dalaman puan2 tidak diuruskan.. setiap masakan perlu dibubuh halia Bentong dan juga minyak bijan.. perlu minum byk air dan jus buah2an..salaam

nassershah on Julai 13, 2016 10:21 PTG berkata...

*ibu & anak di bawah jagaan saya..

perbykkan memakan sayuran hijau.. lebih baik kalau ianya organik.. kalau tahu cara membuat rejuvenated drinks, (biasanya disebut rejuvelate) drp wheat berries..(biji gandum organic) lagi bagus.. sebab ianya ada byk enzyme hidup yg diperlukan badan..baunya memanglah mcm longkang.. hehehe.. tapi bolehlah dicampurkan dgn jus buah2an..kurangkan pemakanan gula.. instead, guna molasses.. yakni guna mentah sebagai ganti.. cuba juga Apple Cider.. inilah biasanya bahan2 yg saya gunakan dlm menyediakan makanan berzat buat isteri saya yg dlm pantang.. cuba lebih kan makan ikan especially bawal putih yg di steam dgn halia Bentong, minyak bijan dan Apple Cider.. org biasa memanglah tak termampu memakannya.. tapi bagi ibu2 yg baru bersalin.. ianya cukup lazat dan amat memanaskan tubuh badan luar dlm.. selamat mencuba.. salaam

oktant on Julai 14, 2016 11:38 PG berkata...

@ nassershah: Waalaikumussalam tuan.

Terima kasih atas perkongsian. Moga ia membantu sahabat kita yang singgah ke sini.

Saya doakan tuan sekeluarga sentiasa diberkati dan mendapat keredhaanNya. Aamiin.

nassershah on Julai 14, 2016 3:47 PTG berkata...

Terima kasih juga.. May AllahTaala bless you, your family and your generations to come..

Saya ada sebutkan bahan2 organic kerana isteri saya adalah seorg pesakit cancer payu dara yg telah menjalani mastectomy.. harap maklum..! tapi amat berbaloi dan bermanfaat bagi wanita2 yg sihat.. salaam.

oktant on Julai 17, 2016 10:45 PG berkata...

@ nassershah: In Shaa Allah. Amiin.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez