Cara Mengatasi Jerawat Dengan Daun Jambu Batu

Posted by Unknown at Jumaat, Januari 08, 2010
Rupa-rupanya daun jambu batu ni pun banyak khasiatnya. Selain mengatasi jerawat, ia boleh mengubat kudis, merawat kencing manis dan ulser mulut. Namun, untuk kali ini saya akan fokus pada masalah jerawat dulu. :)

Pokok Jambu Batu (Psidium Guajava L)
Pokok Jambu Batu (Psidium Guajava L)


Cara-caranya:


1. Ambil segenggam atau dua pucuk daun jambu batu yang masih muda.

2. Kemudian, anda rebus pucuk jambu tersebut sehingga mendidih.

3. Setelah itu, tuangkan sedikit air rebusan pucuk jambu ke dalam bekas dan biarkannya suam.

4. Ambil sehelai tuala bersih, basahkannya ke dalam air rebusan tadi dan laplah ke seluruh muka anda.

5. Bila muka anda dah kering, lapkan muka anda lagi dengan tuala (ulangi proses no. 4 sebanyak 2 atau 3 kali).


6. Pada malam hari pula, anda rebuslah lagi pucuk jambu sampai mendidih.

7. Kemudian, basahkan tuala bersih ke dalam air rebusan yang masih panas ataupun yang telah suam.

8. Seterusnya, perahkan sedikit tuala tadi dan tekapkannya pada muka anda. Biarkannya lebih kurang dalam 5 minit.

9. Ulangi langkah 7 dan 8 di atas juga sebanyak 2 atau 3 kali.


Bagi mendapatkan kesan yang lebih optimum, selepas anda selesai melakukan langkah no.9, ikutilah pula langkah berikut;


10. Ambil ibu kunyit dan belah dua.

11. Kemudian, gosokkan bahagian dalam ibu kunyit yang telah dibelah pada jerawat anda secara perlahan-lahan. Lakukan proses ini selama 10 minit.

Anda mungkin akan rasa pedih ketika melakukan proses ni.

12. Akhir sekali, bilaslah muka anda dengan air bersih.


Begitulah secara keseluruhannya cara mengatasi jerawat dengan menggunakan daun jambu batu. Untuk mengatasi penyakit lain juga dengan menggunakan daun jambu batu, saya akan buat artikel khas pada masa-masa akan datang. Harap maklum. :)



Selamat Mencuba!

45 komen on "Cara Mengatasi Jerawat Dengan Daun Jambu Batu"

IyouweBlog.com on Januari 08, 2010 3:27 PTG berkata...

tq....i hate jerawat
nanged u....nang this to read about sweet wedding with cupcakes....

oktant on Januari 08, 2010 4:00 PTG berkata...

@ IyouweBlog.com: u're welcome. me too. :)

Tanpa Nama berkata...

thank....boleh guna kat abg sya yg banyak jerawat 2.cian sya tngk dia isau mka bnyak jerawat...

Tanpa Nama berkata...

tengs..sy nak wat kjian mengenai pcuk jmbu btu ni utk projek SEM sy..sy nk wt losyen jerawat menggunakn jmbu btu ni..huhu

Tanpa Nama berkata...

thknz..
harap bnda nie akan berjaya..

Tanpa Nama berkata...

smoga berhasill !!!!

Tanpa Nama berkata...

yap saya dah try tp dgn kaedah yg lain n mmg berkesan selain dr kulit muka halus...

oktant on Mei 07, 2010 12:02 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Saya doakan ianya berhasil untuk semua yang mencuba.

Bagi yang dah berjaya, tahniah diucapkan. Mudah-mudahan kulit muka anda makin sihat lepas ni. :)

Tanpa Nama berkata...

saye sedeh nan muke saye . mcm2 priduk gune tpy tabekesan . hup yg neyh bekesan .

oktant on Jun 02, 2010 2:24 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Usahlah sedih sangat. Banyakkan bersabar, doa dan kuatkan semangat. Sebagai permulaan, awak cuba dulu petua ni.

Buatlah dengan penuh yakin dan konsisten ya. :)

Jika nakkan petua lain, sila rujuk pada bahagian "Artikel berkaitan Penjagaan Muka" di bawah.

Klik saja pada mana-mana tajuk untuk melihat cara-caranya.

Harap membantu.

Tanpa Nama berkata...

adakah jerawat sy akn tumbuh kembali selepas mnggunakan daun jambu batu ni??

Tanpa Nama berkata...

adakah jerawat sy akn tumbuh kembli selepas mennggunakan daun jamb btu ini?

Tanpa Nama berkata...

mak saya selalu sediakan air rebusan daun jambu batu untuk mandi..Alhamdulillah hasilnya memang menarik..sy rasa kulit semakin licin dan lembut..tapi nak ianya berkesan kena amalkan selalu..:)

oktant on Jun 13, 2010 4:27 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Jerawat tu boleh tumbuh semula. Ia bergantung kepada cara hidup awak. Tapi kalau awak amalkan selalu dan ambil berat pasal kebersihan muka, InsyaAllah jerawat yang teruk takkan keluar.

Kalau ada pun, mungkin jerawat biasa dan ia boleh dihilangkan dalam masa beberapa hari saja.


- Oh... terima kasih atas perkongsian pengalaman awak tu. Syabas dan tahniah dari saya ya. :)

Tanpa Nama berkata...

erma;pnh gune ni..ingat lagi kutip pucuk jambu dgn opah..berkesan!korunk cubelah..hope sesuai dgn korang..but kalo sesualah dgn kulit korang eh!

Tanpa Nama berkata...

saya benci awak ..

Tanpa Nama berkata...

sye b'time kasi atas nasihat ttg petua yg awk beri
thask senyum.

Tanpa Nama berkata...

saya sedih sbb muka saya banyak jerawat tapi setelah saya cuba petua yg awak beri jerawat saya berkurang .. hee

Tanpa Nama berkata...

jerawat sy ni kecik2 je...tp bila die dah tumbuh skali byk..nmpk mcm jerawat ni besar pulak..cmner nk wat..

Tanpa Nama berkata...

jambu batu ni cme boleh ilg kan jrwt je ke??prut nyer ilg skali ke x??ne lagi elok?gne daun jambu ke,rizom cekur tadi??

oktant on September 17, 2010 12:40 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Kalau parut jerawat, awak boleh cuba gunakan rizom cekur.

Agak sukar untuk saya nyatakan mana satu petua yang lebih elok. Sebab ia bergantung pada keserasian bahan terhadap kulit awak.

Ini kerana, setiap petua ada kelebihan tersendiri. :)

Harap maklum ya.

Tanpa Nama berkata...

bkn ke kite boleh gune care laen ? tekup kn muke dgn seluar dalam . dgr kate berkesan

Tanpa Nama berkata...

SALAIN bsa ngtsin jrawat .. daun jambu manfaat nua tUk mUKA pa Jj???

Tanpa Nama berkata...

erm adakah ia juga boleh digunakan jerawat yang masih bernanah??? ada kesan buruk yg berlaku x??? :{ - AnnE -

Tanpa Nama berkata...

saya menggunakan daun jmbu yg sudah ditumbuk untuk disapukan kemuka...

Tanpa Nama berkata...

thanks....
i akan buwat..

oktant on Disember 27, 2010 8:05 PTG berkata...

Okay...;D

Tanpa Nama berkata...

tq oktant

oktant on Januari 19, 2011 1:01 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Ok, sama-sama. :>

Tanpa Nama berkata...

kadang2 bila basuh muka mesti ada jerawat....benci...rase nak picit...tapi takut rosakkan kulit...jadi dengan petua nie harap2lah berkesan...insyaallah

oktant on Mac 04, 2011 10:18 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: InsyaAllah boleh. Lakukannya dengan lembut dan perlahan-lahan. Moga berhasil dan saya turut mendoakan kejayaan anda.

Tanpa Nama berkata...

sya bnci jerawat...sua la skit bkin cacat muka jak...

uny berkata...

saya memang banyak jerawat..tension sangat..

Tanpa Nama berkata...

sy x de jerawat tp kalau serangga gigit kesannya x hilang,so,sy nk tnya mcm ne nk hilangknnya? bleh ke gna kaedah ini?

Tanpa Nama berkata...

pedih x?

Tanpa Nama berkata...

betol ke berkesan... n klo x pkai ibu kunyit x leh ke??? x kuning ke muka??

Tanpa Nama berkata...

lukmanpermana

thanks y inpo ny

oktant on Januari 19, 2012 5:47 PTG berkata...

@ lukmanpermana: You're welcome. :)

Tanpa Nama berkata...

Sy mng moto huhu

faiz ozawa on Oktober 08, 2012 3:16 PTG berkata...

Hai u...Nak Tnye Skit...Air Rebusan Jambu Batu Tu Boleh Gna Hari2X YG LAIN Tak??????

oktant on Oktober 08, 2012 3:51 PTG berkata...

@ faiz ozawa: Boleh. Tapi jangan lupa didihkan semula air rebusan bila nak guna pada hari berikutnya.

faiz ozawa on Oktober 08, 2012 6:29 PTG berkata...

0h Tq...^_^'

faiz ozawa on Oktober 08, 2012 6:30 PTG berkata...

0h Tq...^_^'

oktant on Oktober 08, 2012 6:31 PTG berkata...

@ faiz ozawa: Okay faiz. Sama-sama. :)

Tanpa Nama berkata...

Apa bneran Terbukti yaah? :)

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez