5 Khasiat Limau Kasturi

Posted by Unknown at Selasa, Januari 05, 2010
Perahan jus limau kasturi (Citrus Microcarpa) memang diakui mampu menambahkan keenakan rasa sesetengah minuman dan masakan. Namun keistimewaannya tak terhenti setakat tu aje. Sebenarnya banyak lagi khasiat limau kasturi yang mungkin belum anda ketahui.

Ini kerana bukan hanya jusnya, malah kulit limau kasturi ni pun boleh anda gunakan untuk mengurangkan sesetengah penyakit seperti lelah, sakit tekak dan juga pening kepala. Tak lupa gak, ia dikatakan dapat mengatasi masalah badan berbau.


gambar limau kasturi (Citrus Microcarpa)
Gambar limau kasturi (Citrus Microcarpa) - lifesmorgasbord.blogspot.com



Bagi memudahkan anda, saya akan senarai khasiat limau kasturi ni satu persatu mengikut kegunaan beserta dengan caranya sekali ya. :)


1. Mengurangkan Lelah

- Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.

- Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.

Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalami lelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.


2. Melegakan Pening Kepala

- Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya.

- Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

Sebagai tambahan, anda juga boleh memakan kulitnya secara mentah. :)


3. Mengatasi Masalah Badan Berbau

- Amalkan selalu memakan kulit limau kasturi secara mentah.


4. Menyembuhkan Sakit Tekak

Biasanya ia digunakan bagi menyembuhkan sakit tekak akibat lendir dan kahak.

- Bagi orang dewasa, anda campurkan jus limau kasturi dengan sedikit lada hitam.

- Kacau campuran tu hingga rata dan minum.

- Jika kanak-kanak pula, anda boleh campurkan jus limau kasturi tu dengan sedikit madu lebah. Tujuan menggantikan lada hitam dengan madu adalah untuk mengelakkan daripada kanak-kanak tu mengalami kepanasan.


5. Menghilangkan Kesan Minyak pada Pakaian

- Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.

- Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.

- Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.

- Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.

Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.


Begitulah 5 fungsi limau kasturi yang boleh anda manfaatkan dalam kehidupan seharian. Mudah-mudahan ia dapat membantu anda menangani masalah yang dinyatakan di atas dengan berkesan. Sambil tu dapat gak berjimat, kan?


Selamat Mencuba!

24 komen on "5 Khasiat Limau Kasturi"

Awalherba on Januari 05, 2010 11:08 PG berkata...

Dijemput penulis blog ini untuk menyertai program affiliate Awalherba.com. Sila ke www.awalherba.com
Terima Kasih.

oktant on Januari 05, 2010 6:53 PTG berkata...

Sama-sama.

Terima kasih juga di atas jemputan pihak tuan.
Nanti saya melawat website yang diberikan untuk tindakan susulan. :)

Unknown on Disember 10, 2010 2:53 PTG berkata...

Ada lagi Khasiat nya ialah membantu menurunkan berat badan. Ia terbukti diri saya setelah saya mengamalkan jus limau kasturi setiap hari. Kongsi pengalaman dr sya.. tQ

Afiffuddin on Januari 03, 2011 4:12 PG berkata...

Salam, saya ambil artikel ini dan post di blog saya. Kredit Dofollow backlink ke blog ini juga saya sertakan.

Artikel >> Khasiat limau kasturi

oktant on Januari 03, 2011 11:29 PTG berkata...

@ abdul majid: Terima kasih sebab sudi tambah khasiatnya. Tahniah juga sebab tuan berjaya turunkan berat badan. :)


@ Afiffuddin: Waalaikumussalam. Baiklah, boleh saja. Terima kasih sebab sudi meletakkannya di blog tuan. :D

Tanpa Nama berkata...

salam saya ingin bertanya adakah limau kasturi boleh mengurus kan perut kembung

fyna ahmad on Januari 14, 2012 1:23 PTG berkata...

petua yang bagus...:)

oktant on Januari 17, 2012 8:03 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam. Untuk mengempiskan perut, Insya-Allah boleh.

Bagi mengatasi kembung perut, rasanya boleh juga.

@ fyna: Terima kasih banyak yea. ;)

LuVidA^^ on Februari 13, 2012 12:19 PG berkata...

nice info.. mtk share sikit

oktant on Februari 14, 2012 8:27 PG berkata...

@ LuVidA^^: Terima kasih. Boleh, dipersilakan.

Tanpa Nama berkata...

adakah limau kesturi membuang lamak didalam badan ??

oktant on April 06, 2012 5:16 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Insya-Allah boleh. Lepas makan tengah hari & malam, amalkan minum air limau ataupun teh o limau tanpa gula.

mizzura on Oktober 28, 2012 8:14 PTG berkata...

Tq for petua...bawa balik setappurware aiskrim limau kasturi n lipis dr kg...dok pk nk wat apa selain air..tang kulit tu..selalunya mkn dh jadi asam...

mizzura on Oktober 28, 2012 8:18 PTG berkata...

Tq for petua...bawa balik setappurware aiskrim limau kasturi n lipis dr kg...dok pk nk wat apa selain air..tang kulit tu..selalunya mkn dh jadi asam...

mizzura on Oktober 28, 2012 8:18 PTG berkata...

Tq for petua...bawa balik setappurware aiskrim limau kasturi n lipis dr kg...dok pk nk wat apa selain air..tang kulit tu..selalunya mkn dh jadi asam...

oktant on Oktober 30, 2012 3:42 PTG berkata...

@ mizzura: Sama-sama mizzura. :)

Tanpa Nama berkata...

saya hendak turunkan berat badan boleh ke saya mengamalkannya teh o limau suam setiap malam

oktant on Disember 10, 2012 2:50 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Boleh. Untuk kesan yang lebih baik, awak minum selepas makan. Sama ada selepas makan tengah hari ataupun makan malam.

Kalau minum pada kedua-dua waktu di atas pun boleh. :)

Harap ia membantu awak.

Tanpa Nama berkata...

Serius boleh kempiskan perut....mcm mne nak buat?

herlina berkata...

Di jus same kulitnye jua ke?

Tanpa Nama berkata...

Sapa2 ada sakit kencing manis . minum air limau kasturi tanpa gula tiap2 hari . dalam masa sama anda boleh mkn atau mnm apa aje yg anda nk . anda tengok sendiri kesannya nanti ...power beb hahaha 01127518623

Tanpa Nama berkata...

Saya setiap hari makan limau kasturi dengan kulit sekali.adakah ia akan memberi kesan sampingan.

Tanpa Nama berkata...

Saya hari2 makan limau kasturi begitu saja dgn kulitnya sekali...macam ketagih sudah.ada apa2 kesan yg tak baikkah dgn amalan sy tu?bley ke sy teruskan amalan tu??

Girl on Disember 05, 2016 8:57 PG berkata...

Saya makan kulit limau kasturi ni untuk menjaga kulit saya..dan alhamdulilah masalah jerawat tu tak ade lah.. Saya cuba makan kulit kasturi tu je ..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez