5 Khasiat Daun Jambu Batu

Posted by Unknown at Rabu, Januari 13, 2010
Selain keenakan jusnya, keistimewaan jambu batu ni lebih daripada apa yang saya jangkakan. Seperti artikel terdahulu, daunnya boleh menghilang jerawat. Anda boleh rujuk semula di SINI jika mahu. Kini, saya akan senaraikan beberapa lagi khasiat jambu batu buat anda.


Gambar hiasan - Pokok Jambu Batu
Gambar hiasan - Pokok Jambu Batu (www.bijlmakers.com)


Cuma khasiat yang dikongsikan kali ni tak tertumpu pada daunnya saja. Malah, ia turut melibatkan buahnya sekali. Antara penyakit atau masalah yang boleh dirawatinya ialah kudis, ruam, seriawan mulut, kencing manis serta mengurangkan kolesterol.


1. Kudis dan Ruam

- Anda ambil segenggam pucuk muda dan daun jambu batu yang dah matang.

- Rebuskan kesemua daun tu sehingga mendidih.

- Setelah mendidih, biarkan air rebusan tadi suam.

- Anda mandilah dengan menggunakan air rebusan tu sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

Amalkannya setiap hari selama seminggu dan jika tiada aral melintang kudis atau ruam anda akan pulih.


2. Seriawan Mulut

- Ambil kira-kira segenggam pucuk daun jambu batu yang masih muda.

- Rebuslah pucuk muda tadi sampai mendidih.

- Kemudian, biarkan air rebusan tadi suam atau sejuk sedikit.

- Seterusnya, anda gunakanlah air rebusan tu untuk berkumur-kumur.

Berkumur-kumurlah sebanyak 2 atau 3 kali sehari sehingga masalah seriawan mulut anda sembuh.


3. Kencing Manis dan Mengurangkan Kolesterol

- Ambil sebiji atau dua biji buah jambu batu yang masih muda atau mengkal (belum betul-betul masak).

- Basuh buah jambu batu tersebut sampai bersih.

- Tumbuk sedikit buah jambu tadi. Biarkan ia agak kasar.

- Kemudian, rebuslah buah jambu yang telah ditumbuk kasar tadi hingga mendidih.

- Setelah mendidih, biarkannya suam.

- Minumlah air tersebut 2 kali sehari. Iaitu sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu malam sebelum anda tidur.

Amalkanlah petua ini setiap hari dan kemudian buatlah pemeriksaan doktor untuk mengetahui perkembangan terkini keadaan kencing manis atau tahap kolesterol anda.


Begitulah 3 kaedah yang boleh anda cuba bagi mengatasi 5 jenis penyakit berbeza. Mudah-mudahan ia menjadi satu lagi pilihan rawatan alternatif sekiranya anda mengalami mana-mana penyakit yang dinyatakan di atas.


Selamat Mencuba!

21 komen on "5 Khasiat Daun Jambu Batu"

sharing is caring berkata...

seriawan mulut 2 penyakit yang macamane..
terima kasih atas info anda

akbar on Julai 17, 2010 11:53 PTG berkata...

trima kasih. infonya bermanfaat.

Tanpa Nama berkata...

hubungi sy ....klau ingin mencuba jus jambu merah....pasti terangkat dan enak....0135936717

Dilla Ady on Mac 24, 2011 11:22 PG berkata...

sy mohon share ye..

oktant on Mac 24, 2011 11:29 PG berkata...

@ Dilla Ady: Tentu sekali. Silakan. :D


P.S: Terima kasih sudi "share" yea.

airis berkata...

bagaimana hilangkan panau di belakang badan?

oktant on Jun 27, 2011 2:08 PTG berkata...

@ sharing is caring: Seriawan tu ada keputihan dalam mulut. Ia disebabkan oleh jangkitan kulat. Puncanya sebab kurang menjaga kebersihan.
Sama-sama ya. ;D

@ akbar: Sama-sama. Terima kasih kembali ya. ;)

@ airis: Awak boleh cuba petua menghilangkan panau. Cuba klik mana petua pada pautan Menghilangkan Panau.

Cuma awak perlu minta bantuan individu lain utk sapukannya kat belakang badan.

Harap ia membantu airis.

ainaWardatul on September 16, 2011 4:40 PTG berkata...

mohon share..
@>--;----

oktant on September 19, 2011 7:20 PTG berkata...

@ ainaWardatul: Boleh saja. Dipersilakan. ;)

Tanpa Nama berkata...

Saya jujuk .... usia Muda Muka saya tergolong subur ... jerawat atau bisul itulah yang banyak tumbuh yang selalu menjanjikan keminderan ketika bergaul... kuning telur. dlll. ....

memang dahsyat Daung jambulah jadi akhir keminderan ,,,,

Red berkata...

Secara peribadi dan pengalaman yang saya alamai. June 2011 kadar gula dalam darah saya tinggi akibat makan durian berlebihan dan kerap kecing malam. Pemeriksaan doktor menunjukkan tahap gula saya mencecah 10. Namun, mengamalkan memakan jambu batu setiap hari selama 2 minggu, penurunan gula dalam darah amat memeranjatkan dan sekarang kadar menjadi normal.

oktant on Januari 17, 2012 10:08 PTG berkata...

@ Red: Terima kasih banyak sudi berkongsi pengalaman anda. Saya doakan agar tahap kesihatan Red berada dlm keadaan yg terbaik.

Tanpa Nama berkata...

bagaimana nak hilangkan parut di muka akibat kutilan.... ????

Tanpa Nama berkata...

ala senang je >_<......

oktant on Mac 17, 2012 5:28 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Kalau parut, sapu pd parut tu dgn lendir lidah buaya ataupun ramasan asam jawa. Cuba tau.

- :)

Tanpa Nama berkata...

betul2x

Tanpa Nama berkata...

kau ni betul je tapi x tahu

Tanpa Nama berkata...

Mmg betol ar buah jambu nie mmg byk khasiatnye..........sya harap dpt ar sye cube gak,...!!!!!!!!!!!!bye bye bye???????????

oktant on Mac 21, 2013 2:21 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Baiklah, selamat mencuba dan saya doakan awak berjaya selepas mencubanya secara teratur.

Tanpa Nama berkata...

Tq for imfo,

Tanpa Nama berkata...

Di mana boleh dapat cari daun jambu batu? Tq

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez