Petua Agar Wanita Kelihatan Awet Muda

Posted by Unknown at Ahad, Januari 10, 2010
Anda semua terutamanya golongan wanita tentunya gembira jika wajah sentiasa kelihatan awet muda. Tapi, mungkin kebanyakan anda masih lagi tercari-cari formulanya, kan? Justeru, itu saya nak kongsi petua awet muda yang tidak menelan belanja besar. :)

Mengikut kajian Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), anda boleh melambatkan proses penuaan wajah dengan memanfaatkan khasiat pucuk daun gajus.

Pokok Gajus (Anacardium Occidentale)
Pokok Gajus (Anacardium Occidentale)


Terdapat 2 kaedah yang boleh anda amalkan untuk kelihatan awet muda dengan pucuk gajus ni iaitu:


1. Makan begitu saja

- Anda ambil pucuk gajus dan bersihkannya.

- Jadikan pucuk gajus ni sebagai ulam-ulaman semasa makan tengahari atau malam.


2. Minum air rebusan

- Seperti biasa, ambil segenggam pucuk gajus dan bersihkan.

- Rebus pucuk gajus tadi sehingga mendidih.

- Bila dah mendidih, anda biarkan ia suam dan minumlah air rebusan tersebut.

Anda boleh mengamalkan minum air rebusan ni setiap hari jika terdaya. Sebabnya ia bukan setakat untuk awet muda, malah baik untuk kesegaran tubuh badan, merendahkan tekanan darah tinggi serta mengurangkan kencing manis.

Wahh, banyak gak khasiat pucuk gajus ni, kan?

Berkemungkinan besar saya akan buat satu artikel lain khas untuk menceritakan khasiat pucuk gajus selain daripada yang dinyatakan di atas. Nantikannya yer.


18 komen on "Petua Agar Wanita Kelihatan Awet Muda"

Tanpa Nama berkata...

nak cri daun 2 kat mne..? ade jual kat kedai x?

Atiqah berkata...

a'a...nak cari kat mane eyk pucuk gajus ni?

Tanpa Nama berkata...

tanam je pkok gajus...hehe

oktant on Jun 15, 2010 6:18 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Memang cara paling senang. Cuma perlu sabar la tunggu pokok gajus tu membesar. :)

Tanpa Nama berkata...

betul2..mak n ayah saya pun amal kn petua ni..ari2 ulam daun gajus,so darah tinggi dh ok skit. ada sape2 nk nk ke..?? mak sy ada tanam pokok gajus. Pasni berniaga daun/buah gajus lak lh sy..kih3..

Tanpa Nama berkata...

1kg daun gajus brapa harga u letak? betul nie..huhuhu

Tanpa Nama berkata...

Tak ada apa-apa efek ke kalau amalnya... sekarang ni bukan senang nak cari di kampung

oktant on Januari 14, 2011 12:57 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: InsyaAllah tiada kesan sampingan. Ia telah diakui oleh pengamal perubatan tradisional.

Tanpa Nama berkata...

betul kah tidak o....

Tanpa Nama berkata...

akak anak dara leh amalkn awet mudaa mana la taw ta buleh kew.......hurmm.....

oktant on September 07, 2012 11:46 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Baik anak dara mahupun teruna, semua boleh amalkannya. Lagi awal adik amalkan, lagilah baik. :)

Tanpa Nama berkata...

Sy selalu makan cicah dengan sambal belacan ketika makan nasi. Pucuk ini ada getah.

oktant on September 25, 2012 1:28 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih di atas perkongsian awak. Biasanya ulam-ulaman ni memang sedap dicicah sambal macam sambal belacan atau sambal asam.

Tapi ada juga yg gemar cicah dengan tempoyak, budu mahupun cencalok. Bergantung pada selera seseorang, kan?

Tanpa Nama berkata...

Tidak digalakkan mengamal makan pucuk atau biji gajus bagi mereka yang dalam proses menghafal, sbb gajus ada sejenis enzim yg merencat kebolehupayaan otak menyimpan data..Wallahu a'lam

oktant on Mei 18, 2013 8:37 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih di atas info yang dikongsikan.

Unknown on Jun 05, 2013 8:59 PTG berkata...

mkn daun ok,jgn makan biji gajus tu samada kering atau bakar,boloeh slow down memori otak.

oktant on Jun 09, 2013 9:50 PTG berkata...

@ Khairul Anwar: Ok. Terima kasih atas info tuan.

Unknown on November 16, 2015 2:24 PG berkata...

Atas diri semua makan apa2 pon tawakal sudah

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez