Masalah ketiak berbulu mungkin lebih merisaukan kaum wanita berbanding lelaki. Rasa malu dan kurang selesa pastinya menghantui anda, kan? Lebih-lebih lagi kalau hal ini sering menjadi usikan atau bahan mainan rakan-rakan lain.
Justeru itu, di sini ada satu petua untuk menghilangkan bulu ketiak. Bahan-bahan utama yang anda perlukan adalah;
- 10 biji lada sulah
- 3 butir kapur barus
- 1 sudu minyak tanah
Ohh yea, bagi yang kurang pasti bagaimana rupa kapur barus, saya serta gambarnya. Biasanya ia dijual dalam bentuk kiub. Anda boleh beli sama satu kiub ataupun sekotak sekaligus. Di bawah ini, saya paparkan kapur barus cap gajah. Harganya RM5.30 sekotak. Tapi jika di tempat anda mungkin sedikit berbeza.
Bila dah dibuka kiub tu, beginilah rupanya.
Bila dah dibuka kiub tu, beginilah rupanya.
Kapur Barus Cap Gajah
Di bawah ini, saya kongsikan pula salah satu jenama minyak tanah yang boleh anda dapatkan di pasaran tempatan;
Botol Minyak Tanah - biocleanmkt.com
Seterusnya, bagi menghilangkan bulu ketiak anda, sila ikuti langkah-langkah berikut:
1. Tumbuk semua lada sulah dan kapur barus sehingga halus.
2. Campurkan sesudu minyak tanah kepada campuran di atas dan gaul hingga rata.
3. Kemudian, sapulah minyak tersebut pada ketiak anda sebelum tidur.
Selamat Mencuba!
p.s: Petua di atas saya tak pernah cuba lagi. Tapi telah dikongsikan oleh seorang pengamal perubatan tradisional tak lama dulu. Harap anda semua maklum ya.
138 komen on "Petua Menghilangkan Bulu Ketiak"
menjadi ke kalau buat mcm ni...ketiak akan rasa gatal tal lepas letak ramuan tu...??
kalo awak was-was, saya sarankan awak sapu sikit je dulu kat bahagian ketiak utk "test" sama ada awak tahan atau tak dgn tindakbalasnya.
sebab, saya tak pasti sama ada kulit awak "alah" dgn bahan2 tu atau tidak. :)
huissh... ley caye ke?? bkn ap bhn dye agk mnakutkan.. really sorry.
it's ok. saya faham maksud awak tu. tapi mmg itulah salah satu petuanya. :)
tak ada kesan sampingan pada tubuh ke bila guna kapur barus dan minyak tanah? silap2 dapat kanser pulak nanti?
Saya kurang pasti pula mengenai kesan sampingannya. Mungkin rakan-rakan yg pernah mencuba petua di atas dapat berkongsi pengalaman di sini ya.
Tapi saya tak menafikan yang mungkin ada di antara anda yang alah dengan bahan-bahan ni.
Jika kulit anda alah, saya nasihatkan anda mengurangkan sukatannya.
Ataupun abaikan saja petua ni. Sebab saya risau kalau-kalau ia merosakkan kulit dan menimbulkan rasa tak selesa pula.
p.s: Sebab itulah saya sering menekankan bahawa setiap individu tak semestinya serasi dengan setiap petua yang saya kongsi di blog ini. Harap anda dapat memahaminya.
InsyaAllah tak ada. sebab amalan ni sebijik dalam buku saya. buku rawatan tradisional + perubatan islam.
bila kamu nk cuba?alau berkesan,gtau la.. leh cuba..dlu sye letak halia,abes bgkak ketiak saye..
dekat mana nak dapat pokok kapurbarus di KL ni? any suggestion?
bukan pokok la...tp kabur barus untuk mndi mayat tu...sy dah cuba...hasilnya memuaskan...cuma kalo tak biase just gtal skit je...slamat mncuba..
@ Tanpa Nama: Terima kasih sbb dah jelaskan kat kawan kita yg di atas td.
@ Tanpa Nama: Terima kasih tuan kerana sudi singgah ke blog saya. :)
p.s: Saya harap anda yang ingin mencuba petua ni, usahlah ragu-ragu lagi. Sebab tuan yg menulis buku rawatan tradisional + perubatan islam telah mengesahkannya.
tindak balas bahan kita sapu nie akan nampak bila???
mcm bukan pokok kapur barus je tu....
apa bisa jg untuk bulu halus di wajah ?
boleh pakai minyak petrol ga??
@ Tanpa Nama:
- Sebaiknya tidak digunakan untuk menanggalkan bulu halus di wajah. Ini kerana kulit wajah lebih sensitif.
- Harap awak dpt gunakan bahan yg disyorkan saja. Saya bimbang jika awak guna ramuan lain, ia akan memudaratkan pula.
Harap maklum.
lau nk ilangkan bulu roma di perut plak cmne cranye?
btoi ka ni..mcm x caya ja..nak try tp tkt x jadi mcm mana?...
nk try la..:) da try bru tau care ni berkesan dgn kite ke tak..myk tanah tu mane nk cr...sll org gune tu utk ape ea..gune myk masak or myk zaitun leh tak? myk gamat tk leh ea? ;))
@ Tanpa Nama: Cuba tanya je kat kedai runcit berhampiran rumah awak.
Kalau petua ni, awak perlu guna minyak tanah la. ;D
Selamat mencuba dan mudah2an berhasil.
tq! hehe...myk tnh je ea..orait!
Hi.. Sy rasa cara nie selamat Sebab dah Ramai yang suruh saya Cuba cara nie..
Dan ade jugak yang suruh saya guna Kapur Sirih + lima nipis..
Tapi tak pernah buat lagi Sebab tak tau mane nak dapat Kapur Sirih atau Kapur barus nie.. Tolong sape sape yang tau mana boleh dapat Kapur Nie? Kat area KL la senang nak g beli
owh yeke brkesan?
nk try la,,ane la tw brkesan ke..
xyh pnt2 nk cabut bulu ktiak kn?
thnks ea bg petua,,tp kpur barus nk beli kt mne ek?
bley bg tw x?
@ BeBie & abby: Kapur barus ea... Cuba awak cari kat kedai runcit milik orang India. Biasanya kat situ ade jual kot.
kenape minyak tanah???? kan bahaya tuuu.. kapur barus tau la mmg boleh ilangkan bulu. tapi penggunaan minyak tanah untuk ilangkan bulu jumpa kat internet jek yang bagitau hal ni. dalam buku xde pulak cakap. tapi kapur barus mmg well known. pelik pelik..
apa nama buku tu?
mksudnye cam nii yee..cabut sume bulu ketiak then trus sapu yee..??
1 soalan lgi..mnyk tnah biase jual kat mane..??
minyak tanah jgk org dlu guna untuk kanak2 yg tertelan chewing gum...untuk bayi yg baru lahir,,elok guna debu putih yg ada kt buah kundur,,,lumur pd ketiak bayi, n bila besar,org kata x tumbuh bulu ketiak,,wallahualam
petua d ats gna smpi ble..??
betul ke kapur barus klu letk kat ketiak..rse panas2..??
before nk sapu kt ktiak,kena cabut smua bulu ktiak dlu eh?
@ Tanpa Nama: Tidak perlu.
kapur barus biasa kita temui di kedai2 yg mnjual brngn untuk urus jenazah.. sbb ia turut d gunakan untuk mandikan jenazah.. zaman dulu2 ia duja ditabur dalam bara yang mengasap kemenyan..
tips paling mudah dan senang boleh gantikan kapur barus dngn kapur sirih..
@ toyolkiut: Terima kasih atas perkongsian saudara. :)
salam...terima kasih ats prkgsian ni...sy nk tnya lpas sapu bhan2 ni,kne bilas atau pun bawa tidur?
tidor dengan kapur barus? alamak ai..malam2 bau kapur barus la plak..ade yg cik abg takut plak tetibe "asal plak bini aku bau kapur baru ni..betul2 bini aku ke bukan ni.." hahaha ape pun time ksh krn kongsi rahsia..rase nak try plak
tq ats info anda....x panas k????or pedih???
@ Tanpa Nama:
- Waalaikumussalam. Bawa tidur. Keesokan pagi baru bilas.
- Sama-sama. Lepas dah dapat hasilnya, tak perlu buat lagi. Ini semua utk cik abg gak, kan?
- Sama-sama. Mungkin akan rasa panas sikit.
klau guna kapu makan leh ke?
@ Tanpa Nama: Kalau yg guna kapur makan tu utk memutihkan ketiak. Tak pasti sama ada ia boleh hilangkan sekali bulunya.
confirm ke bulu ketiak x tumbuh lgi lpas nee..?? atau petua d ats d buat berulang ulang kali..??
ada beza kee kapur barus dngn kapur sirih..??
kapur makan utk putihkan ketiak? camna plak tu? kongsila petua.. sebelum nak sapu kapur barus, kena cabut bulu ketiak gakk ke?
makasih
@ Tanpa Nama: Saya pernah kongsi dulu. Awak boleh rujuk di Petua Memutihkan Ketiak.
ok ke...sye tkut la
klu nk hilngkan bulu kaki leh x gne cara ni?
@ sha: Jgn la tkut sha. :)
@ Tanpa Nama: Itu saya kurang pasti. Maaf ya.
minyak tanah tu minyak gas ker??
minyak tanah ker minyak kelapa?
ker sama je dua2
@ Tanpa Nama: Minyak tanah. :D
dah try tp xda apa2 perubahan pon??
berkesan ke x ni...mula2 sapu dia panas jer..dah la minyak tanah tu cair mcm air jerk!
kapur barus ? .. err , xboleh ganti dgn bahan lain ke ? sbb kapur barus niy .err , hehe . sy sensitive la nk sebut , tapi kne gne kapur barus ni menyeramkan la plak .
@ Tanpa Nama: Menurut apa yg diberitahu kpd saya, itulah bahan-bahan yg perlu digunakan.
Jikalau guna bahan lain, saya bimbang nnti tak menjadi pula.
Harap maklum. ;)
cuba sekali saja ehh???
klu dah hilng kena wat lagi ka??
@ Tanpa Nama: Buat sampai awak puas hati dengan hasilnya. Kalau sekali, rasanya belum memadai.
trima kasih atas perkongsian n3 tapi sya mau tanya mau cabut bulu ketiak kah dulu sebelum guna petua tu??????
@ Tanpa Nama: Sama-sama. Rasanya tak perlu dicabut dulu bulu ketiak.
petua ni bagus..
saya pernah buat..
tp sekerat jln je sbb tau2 je la, kita kerja kn.. (buat2 sibuk sokmo) jd x sempt nk tngok hasil dah berenti dh..
tp sy try puff-it bbrapa bulan lalu, ia mmg berkesan.. skg ia dh tumbuh mkin kurang dan kian halus.. mngkin bbrapa bln lg ia akn hilang scr kekal.. lebih mudah guna, sbb mcm bedak saja.. bg yg bmasalah mcm sy, cuba lah..
@ puff: Terima kasih yea sudi kongsi pengalaman. ;)
lada sulah tu macam mana?
@ Tanpa Nama: Lada putih. ;)
kenapa saya buat ketiak saya jadi hitam wa....................
kalau guna kat bahagian badan yg lain ok tak
@ Ewan Yusof: Saya kurang pasti pula utk bahagian badan yg lain.
Cuma satu aje yg sy nak pesan, jangan gunakan ia utk menghilangkan bulu di muka.
kalau kita buat banyak ramuan tuh
boleh tak simpan ?? then guna balik ?
@ bulat santek: Boleh kalau nak simpan. Tapi elakkan simpan terlalu lama.
bole hilang stress bace komen korang . sumpah lawak .
jual jerk la minyak 2.. dapt duit gark.. leceh nk cari bahan2 :/
putihkan ketiakmu. ohh. i follow.
I da try tp xmenjadi pun.. xhilang pun bulu ketiak nie? da la bau dia menyeramkan
tkjdi pape ke klu gna myak tnh ? seram laa pulak tkut kna smbr api ke ...
mcm ni mudah....ambek sdikit minyak tanah dn sdiakan mancis...then u sapu minyak tnah tuu kt ketiak ps2 bakar laa...sye dh try mmg brkesan!!
dulu waktu kecil2..pernah ada kutu..nenek saya sapu minyak tanah n spray racun nyamuk..pas tu bungkus kepala gan tuala..selepas stgh jam saja..smua kutu2 tu kuar..tp syukur..rambut mc tebal..hehe..jd minyak tanah tak juga bahaya..tp jan dekatkan gan api plak..:)
@ Tanpa Nama: Terima kasih sudi kongsi pengalaman.
Setiap benda tu mesti ada kegunaan & fungsi memasing. Apa yang penting, gunakanlah sebaik mungkin.
erm..law bulu selain ketiak, mcm bulu dibetis nk hilangkan macam mane ye??leh share x??tq
@ Tanpa Nama: Utk menghilangkan bulu roma;
- Sediakan 2 sudu besar perahan limau nipis
- Sedikit gula
Campurkan perahan limau nipis & gula hingga sebati. Kemudian, sapu saja pd betis dll tmpt di badan.
Biarkan ia kering dlm 30 minit. Akhir sekali, cuci dgn air bersih.
Ulang petua ini sampailah awak puashati dgn hasil yg diperolehi.
Semoga berjaya yea. Amin. :)
Baru saya jumpa tips yang mudah untuk hilangkan bulu roma..trima kasih :-)
@ Tanpa Nama: Sama-sama. Mudah-mudahan awak berjaya yea. Amin.
boleh buang bulu ari terus ke?????
@ Tanpa Nama: Bulu tu akan tumbuh semula. Jadi, awak perlu ulangi petua di atas utk menanggalkannya.
Sbb kalau tak salah saya, ia cuma akan melemahkan akar bulu tersebut.
minyak tanah tu minyak gas la ea???
@ Tanpa Nama: Iya.
kelakar la komen2 kat atas ni..ngeh2..
ok tant - kalau nak hilangkan bulu tu, sy cukur dulu bulu ketiak boleh tak?
@ Tanpa Nama: Kalau tak terlalu lebat, tak perlu cukur atau "trim" bulu tu.
Klu nk hilangkn bulu ketiak,guna waxing mudah dan cepat tp sakit ckit la..
tp xtau la kot klu pas wax tuh bulu ketiak akn tumbuh dgn lebih lebat & kasar. sy xpernah try lg.
cara oktant bg ne sesuai jgk ke utk hilangkan terus bulu kt alat sulit ne..?
@ Tanpa Nama: Utk bhgn alat sulit, saya kurang pasti.
Tapi, biasanya bulu akan tumbuh semula sesudah beberapa lama menggunakan petua ini. Bila ia tumbuh semula, awak ulangi petua ini utk menanggalkannya semula.
hye..admin
terus hilag ka bulu ketiak nei? atau
slepas tu tumbuh blik?.. cuz sya mau xmau bulu tumbuh blik rimas..heheh...
tq
@ rangga: Hai rangga. Biasanya bulu ketiak akan tumbuh semula.
Bila ia tumbuh, ulangi saja petua di atas. ;)
hye...nk tnya petua ni xmyebabkan ketiak jd hitam ke?
@ Tanpa Nama: Hai. Biasanya, ia tidak menghitamkan ketiak.
minyak tanah bulih hentikan darah keluar pada luka, dulu kita terluka jari kena pisau..celup pada minyak tanah darah cepat beku dan luka tebelah nampak isi becantum..
@ Tanpa Nama: Terima kasih banyak di atas perkongsian awak. :)
bahaye x geng2 mu main reke2 ubat ni...aku was-was gok ni..takut kuor bulu lain je lepas pakai..kene jd bulu biri selok la weiii....hahahaha
SAYA CADANGKAN UNTUK HILANGKAN BULU KETIAK HANYALAH DENGAN SAPU MINYAK TANAH SELEPAS CABUT BULU KETIAK PADA MALAM HARI. AMALKAN SELAMA SEBULAN, SAPU DI KETIAK PADA WAKTU MALAM. KESANNYA, INSYAALLAH KETIAK AKAN LINCIN SELAMA 2, 3 TAHUN. PETUA INI DIGUNAKAN OLEH SUAMI SAYA. KESAN MINYAK TANAH PADA KULIT ,PEDIH TAPI SEJUK SAHAJA.
PETUA 2, NENEK SAYA AMALKAN SAPU KAPUR BARUS JA.
LADA SULAH AGAK BAHAYA DAN BOLEH MEMEDIHKAN KULIT
MAAF YA, MINYAK TANAH TAK PEDIH TAU! BILA KENA KULIT, SEJUK JA RASA.
btl ke nie mc x percya jer
@ Tanpa Nama: Terima kasih saya ucapkan kepada puan yg sudi berkongsi petua. :)
kapur barus tu bukan unat gegat ke?
*ubat
@ mieyr zainal: Bukan.
Nanti saya update gambar kapur barus ya. :)
Ok, saya dah letakkan gambar kapur barus.
p.s: Maaf jika kualiti gambar kurang jelas.:)
haha...kesian gile admin nie..sabar jela ea.mlyn org y bertyer.bgus... troskn usehe anda.. :)
@ Tanpa Nama: InsyaAllah, saya akan cuba jawab sebaik mungkin. :)
klu guna ubat gegat jenama can can bleh?
ade beza ke kapur barus ngan ubat gegat dr segi ingredient?
minyak tanah tu minyak ape?
mane nak dapat minyak tanah?
adakah kite memerlukan tanah untuk mendapatkan minyak nye?
ataupun memang ade jual minyak berjenama tanah?
@ Tanpa Nama:
- Bukan ubat gegat. Tapi kapur barus.
Saya tak pasti apa bezanya dari segi bahan, tetapi kalau tak silap saya ia memang dua benda yg berbeza.
Cuba awak tanya di kedai runcit dan tanya ada tak jual kapur barus di situ.
Kalau tiada, kemungkinan besar dia pun memang tak tahu apa itu kapur barus.
- Minyak tanah atau kerosin. Ia adalah sejenis bahan api. Biasanya digunakan utk menyalakan pelita semasa perayaan.
bulu hilang sementara dan akan yumbuh balik atau hilang selamanya??
@ Tanpa Nama: Biasanya, ia hanyalah sementara saja. Jika bulu tumbuh semula, awak ulangi saja petua di atas.
susah nye nk jmpe kapur barus
@ icha ica: Cuba cari kat kedai yg dimiliki oleh bangsa India. Selalunya mmg ada jual di situ.
kemarin dh pegi kdai bangsa india tpi hanya ade kapur sirih je :( nk sngt cube petua ni. huhu..
@ icha ica: Cuba icha cari kawasan yang ramai orang India berniaga di sana. Dalam banyak kedai, pasti ada yang jual kapur barus.
p.s: Saya pun pernah ke kedai India yang pemiliknya tak kenal kapur barus. Saya tanya kapur barus ada tak? Sekali dia beri kapur sirih da.
p.p.s: Jadi, icha teruskan mencari. Pasti jumpa nanti.
ehem, buat perkara di atas xmenyebabkan kanser yerk.. sekian
@ yazara: InsyaAllah tidak memudaratkan.
p.s: Tapi jika rakan-rakan ada maklumat berkaitan, diharap sudi berkongsi info di bahagian komen. Saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih pada anda yang sudi berkongsi demi kebaikan semua.
letak miyak tanah.. pastu cucuh api... bg hangus.. bru xtubuh2 bulu 2...
slm..sy de jumpa lam buku dara..dye x gne minyak tnah..tp minyak kelapa..
@ Deena_Ab Rahman: Waalaikumussalam wbt. Terima kasih atas perkongsian.
Tak dinafikan memang ada pelbagai petua berbeza. Apa yang penting, ianya serasi dan berkesan untuk cik puan.
Oh
kite kene sapu mse ketiak ade bulu ke mase tgh xde bulu?
@ Tanpa Nama: Kalau ia agak panjang, boleh potong bagi pendek.
Senang sikit nak sapu dan mudah serap hingga ke akar bulu ketiak tersebut.
Salam..3 butir ke 3 ketol..tngk dlm cth pic tu mcm ada 2 ketol besar kapur barus..maksudnyer 3 ketol besar lah..ker 1 ketol besar tu dipecahkan jd kecik2..pastu just ambik 3 butir kecik jer..???
@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt.
3 butir.
Sebenarnya ia bukan ketul. Tapi ia ada banyak lapisan nipis berbentuk segiempat.
Gambar tersebut hanyalah contoh. Maaf sebab tak jelas. Saya ambil guna kamera handphone sahaja.
Kapur barus tu ugama ubat gegat ke? Kang nak pakai kang ragu2 pulak
*Guna
@ silent_gurl: Bukan ubat gegat. Ia adalah dua benda yang berlainan.
ubat gegat tu letak dlm almari jauhkan lipasla. haha. nk cari kapur barus kena tnye tukang mandi mayat. mybe byk stok ;)
mcm2..ehehe..
npe la sengal sgt..kapur barus,myk tanah pon xknl.kalo tkt sgt pkai la laser.jgn ikot cre2 tradisional.cehh
adoi serious baca komen2 kat atas ni rasa mcm orang geletek2 leher kita! LOLs :D
hurm,,,kalau bisul itu dh mbesar nk buat mcm mana
@ Tanpa Nama:
- =D
- Untuk bisul, awak boleh lihat beberapa petua berkaitan pada tag/label bisul dalam blog ini.
Harap ia membantu.
Salam..xsilap sy bkn kapur barus..tp kapur sirih..n then bole ke gune mnyak tanah..kang xpsl2 ade plk yg burn ktiaknye ...dasyat dow gne mnyak tnah...was2 ..
geli hati betul ble bace org yg brtanye ni. kcian admin.. hehe
erm nnti sy cuba ne petua kalau berkesan
@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt.
Terima kasih atas pandangan saudara/i.
Namun, menurut apa yang telah dikongsikan kepada saya, petuanya adalah seperti di atas.
@ Tanpa Nama: :)
@ Tanpa Nama: Ya, silakan. Mudah-mudahan ia berkesan untuk awak. InShaAllah. Amiin.
@ Inoue Hana Nuji: Terima kasih sebab sudi kongsi petua di atas ya. :)
saya bru bca petua ni..memang saya tgh m'cari petua utk hilangkan trs bulu ketiak..mls nk cbut setiap kali..rimas gak..saya x ska cukur..rsa kasar..saya nk tnya petua ni blh hilangkan bau ketiak sekali x? saya da mslh ni..terima kasih :-)
Catat Ulasan