4 Petua Banyakkan Air Susu Ibu Lepas Bersalin

Posted by Unknown at Rabu, November 11, 2009
Oleh sebab ramai di antara anda yang mencari petua menambah air susu, saya nak kongsilah 4 petua banyakkan air susu. Ianya sesuai serta selamat diamalkan oleh para ibu selepas bersalin. Sebelum ini, saya ada sentuh sikit mengenainya, tapi tak berapa mendalam lah. Anda boleh rujuk artikel bertajuk Khasiat Daun Selasih dalam Merawat Penyakit.

Untuk petua kali ini, terdapat beberapa bahan lain yang boleh anda gunakan selain daun selasih. Antaranya ialah daun nangka, isi lempoyang, daun keledek dan pucuk betik. Cara menggunakan kesemua bahan tersebut bagi memperbanyakkan air susu para ibu adalah seperti berikut;


Petua 1:

Anda amalkan memakan daun keledek dan pucuk betik. Kalau boleh, makanlah setiap hari.


Petua 2:

i. Anda perlukan isi lempoyang. Bagi anda yang tak kenal pokok lempoyang, di bawah ni ada gambarnya.

pokok lempoyang (zingiber zerumbet)

Pokok Lempoyang (Zingiber Zerumbet) - BambooLand.com.au



ii. Isi lempoyang tadi hendaklah ditumbuk sehingga hancur.

iii. Kemudian anda perahkan isi lempoyang yang telah hancur dan tapis untuk mendapatkan airnya. Perahan airnya adalah berwarna kuning dan rasanya agak pahit.

iv. Akhir sekali, anda minumlah air tersebut. Amalkan meminumnya selagi anda ingin memperbanyakkan air susu.


*** Sedikit info mengenai isi lempoyang - Isi lempoyang ni seakan-akan halia tapi berwarna kekuning-kuningan.


Petua 3:

i. Anda ambillah segenggam daun nangka yang masih muda.

ii. Bersihkan daun nangka tadi dan wapkannya sehingga layu.

iii. Kemudian, tumbuk daun nangka tu sampai lembut.

iv. Tambahkan sedikit air bersama daun nangka yang telah ditumbuk.

v. Seterusnya, anda perahkan airnya ke dalam sebiji gelas.

vi. Akhir sekali, anda tambahkan gula dan garam secukup rasa ke dalam air perahan daun nangka tersebut dan minum.


Petua 4:

Petua terakhir ni juga menggunakan daun nangka. Caranya lebih kurang seperti petua 3. Tapi, anda cuma ambil daun nangka yang telah diwapkan hingga layu tu dan makanlah bersama nasi. Kiranya anda jadikan ia sebagai ulam-ulaman. Nak cecah dengan sambal pun boleh. :)


Diharapkan 4 petua di atas dapat membantu para ibu menambahkan air susu mereka demi kesihatan dan kebaikan bayi anda.





Selamat Mencuba!

16 komen on "4 Petua Banyakkan Air Susu Ibu Lepas Bersalin"

Tanpa Nama berkata...

saya ada tips bykkan air susu..sbb saya pun menyusukan baby..
minum air buah longan atau
makan jagung rebus atau
banyakkan sayuran tapi jujur saya ckp saya kurang mkn sayur atau
makan spirulina..
saya akui sehingga sekarang air susu masih byk sehingga baju juga basah..

oktant on Mac 25, 2010 3:03 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih kerna sudi berkongsi tips. Mudah-mudahan ia membantu para ibu yang lain. :)

Tanpa Nama berkata...

saya pun nak berkongsi tips banyakkan susu ibu,para ibu rajin2 la minum susu tepung dan juga makanlah buah kurma.

oktant on Ogos 05, 2010 11:28 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih bebanyak ya.

Tanpa Nama berkata...

boleh ker klu susu dh hampir kering tapi nak banyakkan semula?

Tanpa Nama berkata...

tq...saya berusaha menyusukana anak angkat,masih gagal

oktant on Disember 29, 2010 7:22 PG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Banyakkan ambil kacang soya. Boleh rujuk petua di Khasiat 5 Kacang untuk Anda?

- Sama-sama. Harap saudari cuba amalkan memana petua di atas. Saya doakan usaha murni saudari akan membuahkan hasil ya. ;)

Tanpa Nama berkata...

saya dikurniakan Allah 9 orang anak, menyusu badan genap 2 tahun belaka atau lebih sket, tak pernah bagi anak susu lembu/susu formula dalam tempoh menyusu wajib -2 tahun-. Alhamdulillah air susu banyak kekadang sampai basah baju kalau anak tido lama sket terlajak periyam menetek. Bila jadi gitu kena tekop ngan kelopak kobis untuk menindas atau melambatkan pengeluaran air susu.
Saya ikut nasihat Tok Renek Gelugur(Gemulah) -beberapa tangkai pucuk nangka letak atas nasi lepas kareh periok biar jadi layu bersama nasi masak- makan buat ulam, boleh juga pucuk ubi kayu, Allah hu'aklam

oktant on Januari 19, 2011 6:37 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih puan di atas perkongsian ini. :)

memperbanyak air susu ibu on Februari 13, 2011 8:25 PTG berkata...

mengkonsumsi daun murbei secara rutin terbukti dapat memperbanyak air susu ibu

(ASI) sekarang sudah tersedia dalam bentuk teh celup, harga Rp.10.000/kotak.

Pemesanan hubungi:

Bambang
+6285659344517

Tanpa Nama berkata...

Bayi saya telah berumur 11 bulan dan saya masih mau terus memberikan susu badan sehingga bayi berumur 2 tahun. masalahnya saya perlu menghadiri kursus selama 5 hari. kebiasaannya sebelum ini bila saya terpaksa meninggalkan bayi melebihi 3 hari, air susu akan kering dan seterusnya akan berhadapan masalah putus susu. Bagaimana cara mengatasinya kerana saya masih mahu menyusukan bayi saya. terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Bayi saya baru sebulan. Malangnya dia selalu menyebal sebab air susu saya sikit. Jadi dia lebih suka minum susu formula. Sekarang bila saya nak susukan dia tak mahu hisap. Puas saya cuba. Kesian tengok dia menangis. terpaksa bagi juga susu botol. Saya sedih sgt...cuba juga pam tapi susu macam nak kering. Nak buat camna ye..

ibu rania berkata...

salam ,saya ada masalah sikit,anak saya tak nak hisap puting susu,puas saya dan mak mertua cuba tapi tak berjaya.baby saya sanggup menangis daripada minum susu botol,sebelum ni ada hadapi juga masalah ni juga,akhirnya dia menyusu juga ,tapi sekarang ni dia tak nak menyusu selepas saya banyak masa untuk dia ,maklumla kan hujung tahun ni kan banyak cuti panjang,saya tak tahu nak buat camna sebab dia dah besar dan leh pikir ,

ibu rania berkata...

saya harap ada sesiapa yang leh bantu saya dalam menyelesai masalah ni .kasihan mak mertua saya terpaksa layan cucu dia yang sorang ni terpaksa suap gunakan sudu,saya ingatkan bila cuti saya nak tinggalkan baby dengan neneknya agar dia dapat susu botol balik

Tanpa Nama berkata...

Petua no.2 tu mmg berkesan. Waktu sy bersalin, emak sy mesti buatkan, klu dh minum mmg byk susu ..kater mak sy selain bykkan susu dier juga bagus utk sedapkan susu kiter dan elakkan bb selalu muak @ muntah.

oktant on Februari 27, 2012 6:49 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih puan sudi kongsi penglaman mengenai keberkesanan petua di atas.

Moga puan sekeluarga sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik. Amin.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez