Menurut Kementerian Kesihatan, penyakit Hepatitis B merupakan penyakit hati terbanyak yang direkodkan di Malaysia. Ia berpunca daripada serangan sejenis kuman (virus Hepatitis B) ke atas hati.
Penyakit ini boleh merebak melalui cecair dalam tubuh seperti darah, air mani, susu ibu dan cecair faraj. Oleh itu, bayi yang baru lahir paling berisiko tinggi menghidapinya. Terutamanya jika si ibu tu merupakan pesakit atau pembawa Hepatitis B.
Namun begitu, Hepatitis B ni tak akan dijangkiti melalui batuk, bersin, perkongsian hidangan dan perkakasan seperti mangkuk.
Tanda-tanda yang anda menghidap Hepatitis B ni pula hanya dapat dirasai antara hari ke 25 hingga 180 selepas mengalaminya. Sesetengah anda mungkin akan rasa sengal kat sendi dan otot. Manakala, sebahagian anda pula takkan terasa sebarang kesan.
Jadi, anda yang tak rasa sebarang kesan ni haruslah lebih berhati-hati yer.
Jadi, anda yang tak rasa sebarang kesan ni haruslah lebih berhati-hati yer.
------- Baiklah... itu dia serba sedikit info mengenai Hepatitis B.
Sekarang, saya nak kongsi cara bagaimana anda boleh merawat penyakit Hepatitis B nih. Bahan asas yang anda perlukan ialah pokok dukung anak.

Pokok Dukung Anak
Cara-caranya:
1. Sediakan 5 batang pokok dukung anak dan bersihkannya dahulu.
2. Kemudian, tumbuk kesemua pokok dukung anak tu sampai lumat.
3. Bila dah lumat, masukkannya ke dalam segelas air masak dan minum.
4. Jikalau anda tak tahan pahit, boleh campurkan dengan sedikit sirap, yogurt ataupun susu kambing sebagai penyedap rasa.
Usah bimbang, ia selamat untuk diminum. (^-^)
Sebagai menyokong petua di atas, saya sertakan sekali info dari laman web MARDI mengenai kebaikan pokok dukung anak ni seperti di bawah;

Info Pokok Dukung Anak - MARDI
Rasanya semua dah jelas, kan?
Selamat Mencuba!

23 komen on "Petua Merawat Penyakit Hepatitis B"
bagaimana cara nak dapatkan pokok dukung anak?saya memabg merlukankan sekiranya boleh menymbuhkan penyakit hep b,saya berharap sangat pihak anda membantu saya
bagaimana cara saya nak beli pokok dukung anak?saya memerlukan sangat supaya penyakit saya ni sembuh...sudah ramai kah yang mencuba ptua ini boleh menyembuhkan penyakit hep b?saya dah mati akal nak sembuhkan penyakit saya ni....perkerjaan saya mula khuatir terjejas bila dapat tau yang saya de penyakit ni...saya mohon agar pihak anda dapat membantu saya dapat pokok yg anda nyatakan di atas
@ Tanpa Nama: Biasanya pokok ni tumbuh di tanah yg agak keras. Macam kat celah rekahan simen.
Ada juga yg tumbuh di tanah terbiar, tepi-tepi jalan, tempat lapang mahupun di tanah terbiar.
Harap membantu.
dekat kedai ada jual tak tumbuhan ini?tapi bila tanya kebanyakan tidak mengenali tumbuhan ini...boleh k tumbuhan ini myembuhkan penyakit hep ?
Saudara saudari...sila lawati blog ini untuk mengenali tumbuhan ini... http://madisyak.blogspot.com/2010/05/pokok-dukung-anak.html
sesape yang telah amalkan sila respon kesan ke atas penyakit ini..terima kasih atas kesudian.
sila emailkan ke aznies_gurl@yahoo.com
Pokok dukung anak konon nya dua jenis. Yang jantan dan betina. Yang mana satu dibuat menjadi ubat?
pokok ni tumbuh meliar di kawasan semak yg tak tebal..pokok ni kecik je..daun nye mcm daun pokok petai.. salah satu cara lain lg minum susu kambing asli
@ Norjam: Maaf ya, saya kurang pasti pula tentang hal tersebut.
@ Tanpa Nama: Terima kasih atas info & petua yang awak kongsikan.
nak tunbuh daunnya sahaja ke sampai ke akar? tolong jelaskan ye...
bukan tumbuh... tapi tumbuk..(pembetulan ejaan)
@ Tanpa Nama: Keseluruhan bahagian pokok. Maksudnya daun, batang dan akarnya ditumbuk sekali.
d mana nak dapatkan susu kambing asli di kawasan pj selangor? urgent.. tq
Beli di cold storage ada. Sebotol dlm rm5. Harga sama je mcm tpt lain cuma lg bersih sbb dh steril. Tgh panik jugek sbnrnya ni. Br je doc ckp +ve hep B.
Terima kasih sebab tolong jawabkan. Moga awak lekas sembuh. Aamiin.
nak tanya...boleh x ibu mengandung mengamalkan petua ini.
kalau didapati positif boleh jugak ke makan daun ni...
@ Tanpa Nama:
- Setakat ini saya belum jumpa lagi kajian yang menunjukkan sama ada ibu mengandung boleh mengamalkannya ataupun sebaliknya.
Harap maaf ya puan.
- Awak boleh mencubanya sebab ia memang salah satu rawatan tradisional bagi pesakit Hepatitis B.
Saya doakan awak lekas sembuh ya. Aamiin.
salam..sesiapa yg amalkn sila respon...amat memerlukn respon anda...sila emailkn ke suzana.mohdnor@gmail....terima kasih atas kesudian anda...
sori email salah...suzana.mohdnor@gmail.com...harap sgt respon dr anda semua..
Salam..ada baca artikel gamat pun boleh? Ye ke..
Salam..saya merupakan salah seorang pesakit HB..tolong sekiranya ada apa -apa info pasal ubat-ubatan ni..sy sangat berharap ada di antara kamu yang boleh membantu saya..saya sangat memerlukan ubat-ubatan ni..kalau ada apa-apa info tolong email kepada saya di chell_inside88@yahoo.com..terima kasih.
Salam..saya merupakan salah seorang pesakit HB..tolong sekiranya ada apa -apa info pasal ubat-ubatan ni..sy sangat berharap ada di antara kamu yang boleh membantu saya..saya sangat memerlukan ubat-ubatan ni..kalau ada apa-apa info tolong email kepada saya di chell_inside88@yahoo.com..terima kasih.
Catat Ulasan