Pernah tak anda rasa letih atau macam tak larat tul nak bangun dari katil? Ntah la, badan ni lesu semacam aje. Haha... bila berdepan situasi sebegini, pastinya melemahkan semangat anda untuk memulakan hari baru.
Kalau hari cuti dan anda tak bercadang nak ke mana-mana, mungkin ianya bukan satu masalah. Tapi, kalau hari biasa dan anda ada banyak kerja yang nak diselesaikan, ianya memang masalah besar. Fuhh... ini tak boleh jadi nih.
Bagi mengatasi masalah badan lesu di pagi hari ni, terdapat 6 tip yang boleh anda amalkan. Bermula daripada sebelum anda tidur, sehinggalah anda terjaga pada keesokan paginya.
6 tip yang saya maksudkan adalah;
1. Sebelum tidur, pastikan diri anda dalam keadaan bersih. Basuh dulu bahagian muka, tangan dan kaki.
Bagi anda yang beragama Islam, sebaiknya ambillah wudhu' yang sempurna sebelum tidur.
2. Elakkan tidur terlalu lewat. Paling lewat pun, sebelum pukul 12 anda dah tidur. Lagipun, ia memang tak baik untuk kesihatan.
Kalau tak silap, saya pernah terbaca yang tidur lewat ni boleh menambah berat badan anda tau!
Gambar bayi sedang tidur nyenyak - free-healthy-tips.com
3. Setelah anda tersedar dari tidur, lakukan senaman ringan di atas katil. Gerakkan bahagian-bahagian badan anda sebelum turun dari katil.
Ambillah masa dalam 2 hingga 5 minit pun dah mencukupi.
4. Cuci muka dan kelopak mata anda dengan menggunakan air suam.
Kalau nak senang, anda simpanlah air yang dijerang pada sebelah malam tu dalam thermos. Bila pagi, anda campurkannya sikit dengan air biasa dan terus gunakannya.
5. Bagi anda yang beragama Islam, ambillah wudhu' dan tunaikan solat Subuh.
6. Anda minum dulu segelas air masak sebelum bersarapan.
Tapi jangan pula anda terus minum air masak tu sejurus selepas bangun tidur.
Begitulah 6 tip bagi membantu tubuh anda agar lebih segar ketika bangun pagi. Amalkanlah setiap hari (kalau mampu) agar badan anda tak lesu lagi.
Selamat Mencuba!
13 komen on "6 Tip Elakkan Badan Lesu Ketika Bangun Tidur"
mantep ni tutor,
thanks..gud info..sila le ke blog sy
@ Cery: You're welcome. :) Ok, saya jengah blog awak skrg gak. :)
Biasala kalo hari kerja..malam kalo tido lewat maleh btol nak bangun paginye..nak² isnin..aduu..
@ lovepurpleroses: Biasanya memang cenggitu lah, kan? Huhu...
senaman suami saya ialah bangun pagi bermesra dulu ngan saya adakah senaman tu elok?? klau x elok awak boleh cube ngan saye..
Destin Diyah Ermawati
oooo tips berguna sbb akak selalu tdo lewat dan lesu la bila bangun pagi... bab gemuk kalu tdo lewat tu sbb banyak makan kot sbb nak jaga malam, lepas makan plak trrus tdo, so badan pun macam belon la kan?
@ aimaniman: Kalau nak makan malam, boleh.
Cuma elakkan pengambilan nasi & makanlah sekurang-kurangnya 3 jam sebelum tidur.
Terima kasih atas informasinya ya!!!
Good info... Harap mudahla bangun pagi :)
Ohhhh nape tak boleh minum air masak sejurus bangun tidur? Apa pun, info yang bagus :)
@ Diana: Terima kasih puan Diana sebab sudi singgah.
Begini puan, maksud saya ialah bila kita terjaga ataupun tersedar, sebaiknya kita mulakan dengan mengingati Allah dahulu.
Kemudian, buat sedikit senaman regangan supaya otot-otot kita lebih bersedia untuk bergerak. Juga mengelakkan kita daripada mudah tercedera.
Kemudian, puan bolehlah minum air. Lebih baik minum air sebelum gosok gigi. :)
Saya harap pencerahan di atas dapat membantu puan ya.
p.s: Jika tak silap saya, sebelum ini memang ada banyak komen dan perbincangan mengenai isu ini, tapi dah hilang.
p.p.s: Ada komen di beberapa artikel lain juga turut hilang. Saya pun kurang pasti mengapa ia berlaku. Mohon maaf bebanyak ya.
Catat Ulasan