2 Kaedah Merawat Penyakit Kayap

Posted by Unknown at Khamis, Januari 14, 2010
Saya mula mengenal penyakit kayap ni semasa tinggal di asrama dulu. Itupun sebab ada seorang rakan yang mengalaminya. Kesian juga saya tengok keadaan beliau. Tapi tak dapat nak tolong sebab tak tahu langsung cara nak merawatnya.

Tapi beberapa hari lepas, saya ada baca petua untuk mengubati penyakit kayap. Terdapat 2 kaedah tradisional yang boleh anda gunakan sekiranya berdepan dengannya.


Kaedah Pertama:

1. Anda ambil 10 duri pokok kekabu.


Gambar Pokok Kekabu

Gambar Pokok Kekabu - wikipedia.org



2. Lepas tu, asahkan duri itu sehingga terkeluar cecair yang agak pekat. Tadahkannya dalam satu bekas.

Gambar Duri Pokok Kekabu

Gambar Duri Pokok Kekabu - florawww.eeb.uconn.edu



3. Kemudian, sapukan cecair duri pokok kekabu tadi pada bahagian kayap di anggota badan anda.

Buatlah petua ini berulang kali sehingga kayap anda sembuh.


Kaedah Kedua:

1. Ambil sebatang pokok keladi candik. Atau nama lainnya keladi merbah.

Gambar Keladi Candik (Keladi Merbah)

Gambar Keladi Candik (Keladi Merbah) - smkclifford_lestari @ photobucket.com



2. Seterusnya, anda keluarkan air dari batang pokok keladi tu.

3. Akhir sekali, sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangkiti kayap.

Jika tiada aral melintang, pada keesokan harinya anda dah boleh mengopek kayap tu seperti mengoyak plastik.


Macamner dengan ubat kayap di atas? Harap anda yang dijangkiti kayap dapat mencuba petua ni. Jika tak keberatan, sila kongsikan hasilnya di ruangan komen @ ulasan ya. Saya amat menghargainya walaupun satu ayat. :)


Selamat Mencuba!

210 komen on "2 Kaedah Merawat Penyakit Kayap"

«Lebih lama   ‹Lebih lama   201 – 210 daripada 210   Terbaru›   Baru»
Tanpa Nama berkata...

Saya pown terkena kayab bermula dari belakang dan merebak ke tangan kiri.saya x tau mcm mne nk ubati nya..kalau awak ade petua tolong share ngan saya ..whatsapp:01117551934

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum... Sy ada jgk ubtkan org...guna putik nangka @ babal nangka + gula merah. Kunyah dan sembur pd kayap...baru try x tau lg hasilnya. Org suruh sy tolong sbb katanya nakkan air liur janda kawin bujang. Wallahu'alam. Sy cuba aje...hrp bole sembuh..dgn izin Allah jua...

zaidi on April 24, 2016 11:01 PTG berkata...

Orang tua tua cakap penyakit kayap ni kita ade makan duit duit tak betui ...

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum... kalau2x siapa yang terkena kayap tu... sediakan kelapa parut dengan gula merah... ayat syifah boleh tgk kat sini >> http://mselim3.blogspot.my/2014/02/doa-merawat-kayap.html << paling afdal org perempuan yang sedarah dengan kita... mintak dia baca ayat syifa... selepas baca... kunyahkan kelapa parut dengan gula merah... dan sembur di tempat yg kena kayap... insyaAllah kayap sembuh... yang penting yakin pada Allah...

Tanpa Nama berkata...

Salam .. maaf Yee .. nk tnya skit laa tntg yg awk ckpkn tuh . Yg awk bru prsan yg awak dh demm bnyk ari tp xpgi ambk ubt tu .. ? Blh tlg jelskn tk ?

Lelucu on Julai 15, 2016 4:10 PG berkata...

Dah sembuh ke skrg?

Lelucu on Julai 15, 2016 4:27 PG berkata...

Macam mana nak ubati kesan urat kembang akibat kayap ular dan bisa senyutnya masih terasa

Tanpa Nama berkata...

Ank sy dh setahun kene penyakit kulit.doc pakar kulit ckp exzema tp ubt yg dia bg xprnh sembuh pun.dh mcm2 produk sy pakai tp xjalan pon.last sy jumpa hmba ALLAH ni kat penang dia ckp ank sy kene kayap tapak anjing.mula2 dia bg minum air gas soda habis kuar nanah satu badan.pakcik tu ckp biar dia kuar habis.n penawar lak dia sruh cari akar pokok tuba yg org wat tuba ikan tu ngn cendawan mabuk x jira pe jenis pun asalkan mabuk.akar tu basuh n tumbuk,cendawan tu lak jgn di basuh.letak dalm tin campur minyak masak ltk atas api bila dah didih tutup api tu.sapu kt yg kene kayap tu.sy sapu satu bdn ank sy coz dia kene satu badan n lam satu minggu nampak kurang.skrg hnya tggal parut je.nk hilangkn parut lak sy xtahu n xsempat nk tanya pakcik tu dia dh menunggal dunia.ank sy org yg last dia rawat.semoga arwah di tempatkan di kalangan org2 yg beriman.harap petua ni dpt bantu korang...

oktant on Oktober 18, 2016 9:07 PG berkata...

@ Zanjabila Saira: Waalaikumussalam wbt. Terima kasih banyak atas perkongsian puan.

@ zaidi: Setakat ini, saya belum pernah dengar pula pasal hal itu tuan Zaidi. Wallahu'alam.

@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt. Terima kasih banyak atas perkongsian tuan/puan.

@ Tanpa Nama: Terima kasih banyak atas perkongsian tuan/puan.


Hanya Allah saja yang dapat membalas kebaikan tuan/puan yang sudi berkongsi petua di ruangan ini.

Saya hanya mampu doakan kehidupan tuan/puan yang suka berkongsi petua & pengalaman di sini agar bertambah bahagia, sejahtera serta diberkati dunia akhirat. Amiin.

Tanpa Nama berkata...

Ubat ape ye

«Lebih lama ‹Lebih lama   201 – 210 daripada 210   Terbaru› Baru»

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez