7 Sebab Anda "GAGAL" Turunkan Berat Badan

Posted by Unknown at Khamis, Januari 27, 2011
Masalah berat badan sering menghantui kebanyakan individu. Ianya seperti berhantu. Ramai yang dah puas atau penat berdiet, namun hasilnya AMAT mengecewakan. Akhirnya, usaha itu terkubur begitu saja. Memang SEDIH.

Kenapa lar boleh jadi camtu?


Atas sebab itu, anda perlu menilai semula cara diet yang diamalkan selama ini. Mengapa ia kurang berkesan menurunkan berat badan? Kalau turun pun, hanya beberapa kilo aje. Walhal dah lebih 8 bulan berdiet. Penat tau!


Beratku cuma turun 3 kilo je?


Di sini, saya kongsikan 7 sebab yang membuatkan anda gagal mengurangkan berat badan. Sila ambil perhatian ya. Supaya anda tahu punca sebenar diet anda tak menjadi. Bukan tak jadi lah! Kurang menjadi jer



1. Elak waktu makan


Ramai beranggapan dengan "skip" waktu makan, ia merupakan cara terbaik untuk kurus. Sebenarnya TIDAK. Ini bukanlah caranya.


Sebaliknya, anda perlu mengisi perut pada setiap waktu makan. Pilih menu yang sihat dan seimbang. Contohnya sarapan pagi. Ia membekalkan tenaga terpenting untuk memulakan hari anda. Jikalau anda "skip", badan dan otak anda kurang bermaya.

Begitu juga dengan makan malam. Anda sepatutnya makan lebih awal seperti sebelum waktu maghrib. Atau lebih kurang dalam pukul 7 malam.



2. Enggan bersenam


Eeh.. mana boleh camni. Mahu atau tidak, anda MESTI bersenam. Tak cukup sekadar jaga pemakanan. Dengan senaman, kadar metabolisme tubuh anda akan meningkat. Seterusnya ia akan membantu proses pembakaran lemak dalam tubuh. Kemudian, barulah berat badan anda boleh turun.



3. Enggan menyentuh kalori


Badan anda perlukan kalori. Jadi, mahu atau tidak anda mesti ambil kalori. Cuma, jumlah pengambilannya perlulah bersesuaian.

Pengambilan jumlah kalori yang bersesuaian ialah;

Lelaki ~ 2500 kalori setiap hari

Wanita ~ 2000 kalori setiap hari

Anda tahu tak kesan pengambilan kalori yang terlalu sedikit pada tubuh??

Kadar metabolisme tubuh anda akan turun secara mendadak. Malah ia boleh menyebabkan ANEMIA.



4. Hanya makan buah dan sayur


Jika cuma ambil buah-buahan dan sayuran, tubuh anda tak cukup nutrisi dan mineral. Begitu juga dengan karbohidrat dan lemak. Tubuh anda perlukan semuanya pada kadar yang berpatutan.

Imej - Steve Baccon




5. Suka salad mayonis


Tak dinafikan, salad yang dicampurkan dengan mayonis memang sedap. Tapi jikalau salad yang anda makan telah ditambah pelbagai perisa (tinggi kalori), ianya tak bermakna langsung.

Gerenti berat badan anda takkan turun. Huhuhu...





Saya tahu ramai yang tak sukakan susu. Terutamanya susu rendah lemak. Sebab tak sedap, kan?

Tapi, pengambilan susu rendah lemak membantu menguatkan tulang, melengkapkan keperluan nutrisi tubuh dan juga menurunkan berat badan anda.


Anda masih ragu-ragu akan kepentingan susu?

Sila ketahui dulu ~ Kenapa Anda Perlu Minum Susu?




7. Penurunan berat badan yang mendadak


Sepatutnya anda perlu risau dengan keadaan ini. Bukannya suka. Mesti ada yang tak kena pada diri anda. Dalam seminggu, penurunan berat IDEAL dalam lingkungan 0.5kg - 1kg.

Jika lebih dari julat tersebut, ia akan menimbulkan komplikasi. Di mana hati dan ginjal anda dipaksa bekerja keras untuk menggantikan glukosa dalam darah.



Diharap dengan perkongsian ini, persoalan seperti "Kenapa aku dah puas berdiet, tapi berat masih gak tak turun-turun?" terjawab.


Ermm... jika masih belum terjawab gak, pastikan anda pelajari :: Formula Kuruskan Badan ::. Moga ia membantu anda mencapai berat badan ideal dalam beberapa bulan mendatang. Amiin.



Harap ia bermanfaat untuk anda ya. :)

33 komen on "7 Sebab Anda "GAGAL" Turunkan Berat Badan"

Tanpa Nama berkata...

betul3x tapi saya ada masalah dalam hal bersenam kerana saya ditegah untuk bersenam oleh pihak hospital. disebabkan itulah berat badan saya semakin bertambah sepanjang tahun... pihak hospital kata jika saya mgamalkan senaman berat seperti berjogging, berkebun dan seumpamanya saya akan mengalami masalah dalam pernafasan dan seterusnya jatuh pengsan.... tapi baguslah masih dapat lihat dunia lagi...

oktant on April 26, 2011 9:32 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Jikalau awak tak dibenarkan senaman berat, lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki pada mengikut kadar kemampuan diri.

Selain itu, banyakkan juga meminum air putih. :)

SyiKiN@ShAhiD on Jun 21, 2011 9:44 PG berkata...

haaa masih ada yg terlupa utk kurus & sihat WAJIB ambek breakfast….tp bergantung apa yg kte makan..
lalui berdasar pengalaman dan bukan cakap kosong…dulu ikat perut xmakan nasi 6bln cuma turun 5kg n macam2 lg buat tp tak berhasil.
tp kini amalan hidup sihat & cergas dengan nutrisi cuma dalam masa 3 bulan berjaya turun 12kg..ALHAMDULILLAH…berjaya turun berat badan bukan dengan ubat.
pada kawan-kawan diluar sana sila pm sy
sy excited nak share dengan anda..
syikin w.norasyikin@gmail.com hp.012-6050803
Allah cipta hambanya semuanya cantik dan indah, terpulang kepada kita nak jaga amanah tubuh ini, atau tidak.

Langsing Sehat on November 08, 2011 12:16 PTG berkata...

setuju gan,,
perlunya juga diimbangi dengan olahraga,,
memang diet bisa dengan melakukan aerobik dan sebagainya,,
selain berat badan turun juga sehat,,
mantapp,,
thns gan infonya,,

Unknown on November 08, 2011 9:45 PTG berkata...

@ Langsing Sehat: Iya. Sama-sama.

GADIS berkata...

SY KALO DIET SEMINGGU 3 KILO TURUN.. MENDADAK.. TP.. DLM MASA SEMINGGU KEHADAPAN LEY NAIK 5 KILO.. MMG SNGT GERAM DGN DIRI SENDIRI! PERUT BUNCIT SEPERTI MENGANDUNG 5 BLN.. TP BOLEH KEMPES JD SLIM. HAIH~~~~~ NK SNGT KURUS~~~

Tanpa Nama berkata...

hahaha...saya rasa petua nie x menjadi langsung

Tanpa Nama berkata...

sy pulak skang da tlalu melampau sgt berat badan ni naik. mulanya sy mngalami msalah ksihatan kerana paru2 berair dan kuman dalam darah. time tu(sblum sAKIT) berat badan sy hanya 75kg.ukuran pinggang sekitar 31-33 jer.tp bile da kuar hospital(slps hampir 4 bln di hospital)sy masih boleh lg menyarungkan seluar bersaiz 33. tapi,slps 2 bulan lebih,berat saya mencecah 93kg!!!! gila!!!saiz sluar sy yg dulunya sy biasa pakai tpaksa dsimpan krn pd waktu ini ukuran pinggang sy sudah mnjadi 38cm. bayangkan mcm mane berat sy mendadak naik sbyk 13kg dlm masa 2 bln stengah.buntu fkirn sy krn ini satu pkara yg memang memranjatkn sy..kadang-kdg tfikir utk mengambil pil diet shj.tp atas nasihat kwn2 n doc. sy batalkan sje niat nak mkn ubat diet.ada sesiapa dpt beri ulasan atau cara pnyelesaian kpd masalah yg mrunsingkan kepala sy ini..!?sy dpt rasakn stiap kali hendak bangun keluar dr kereta,sy rasakn amat sukar pula nk bangun kluar. rase tertekan pun ada.mcmne nie....?

Tanpa Nama berkata...

SY dah diet seimbang tp langsung x berkesan...

noor-atiqah.blogspot.com on Februari 19, 2012 8:17 PG berkata...

tapi berat sy trun..walaupun ada je yg sy x buat dlm tips tu..

oktant on Februari 21, 2012 8:12 PTG berkata...

@ GADIS: Sebaik-baiknya dalam seminggu turun 1/2 kilo pun dah kira baik. Biar ia turun secara sedikit demi sedikit, bukannya secara mendadak.

Kalau cik puan benar-benar nak kurus, amalkan pemakaian korset pembentukan badan ini. Insya-Allah boleh kurus dan mencantikkan bentuk badan.

@ Tanpa Nama:

- Ini bukan petua, tetapi sebab musabab kita masih tak dapat turunkan berat badan. Sbb itu ia mmg tak menjadi.

Harap maklum.


- Saya sependapat dgn kwn2 dan doc. Cuba ubah gaya hidup saudara/i secara perlahan-lahan. Ambil makanan yg seimbang dan jauhi makanan yg tidak berkhasiat.

Di samping itu, lakukan senaman sekadar yg termampu spt berjalan kaki, berbasikal & yg difikirkan sesuai serta menyeronokkan.

Bila kita rasa seronok bersenam, barulah kita boleh lakukannya setiap hari.


- Mungkin diet anda ada silap di mana-mana. Cuba semak balik. Fahami maksud diet sebaik mungkin yea.


@ tiQa: Sebab di atas hanyalah sebahagian kecil saja, banyak lagi kemungkinan yg boleh menurunkan berat badan.

Cuma pokoknya ialah adakah berat badan kita turun secara sihat ataupun sebaliknya?

Harap maklum yea.

Tanpa Nama berkata...

saya rasa x menjadi lansung tips nie,malah berat badan saya bertambah drpd 50 bertambah menjadi 70 saya nak saman la org yg bgi petua nie.lebih baik saya ikut tips saya sendiri.dengan makan makanan yg seimbang dan bersenam 20 minit sehari.kini berat badan saya menjadi 45.

songet berkata...

saya pown sama x berkesan langs0ng

Tanpa Nama berkata...

yela,saya rasa geram sgt dgn org yg buat tips nie.nie sye nk cite berat saya sebelum nie 70,semenjak saya ik0t tips nie menjadi 88.mner sye x geram.grrrrrrrrrrrrr

bed0l berkata...

wei,drpd die buat tips nie lebih baik dia buat tip cara nk gem0k kan bdn.

black berkata...

ye,aq setuju 100%

oktant on Mac 23, 2012 11:26 PG berkata...

Kepada rakan-rakan yg memberikan komen di atas, saya harap anda faham bahawa artikel di atas bukanlah tip untuk kuruskan badan.

Tetapi ia mengenai amalan yg boleh menggagalkan usaha kita untuk menurunkan berat badan.

Saya harap anda dapat membacanya dengan teliti dan tidak tersalah faham dengan kandungan di atas.


Sekian, terima kasih.

mohd berkata...

Tolong saya syikin.
Berat saya sekarang 141kg
No saya 0123540313/0192514611
Saya memang nak kurus antara
80 - 90kg

oktant on April 13, 2012 2:46 PTG berkata...

@ syikin: Syikin, kalau boleh awak sasarkan utk turunkan beberapa kg saja dulu.

Contohnya turun dlm 2 kg sebulan. Biarkan sedikit saja dulu, asalkan awak boleh realisasikannya. Itu yg lebih penting.

Kemudian, mulakan usaha utk kuruskan badan. Pilih makanan yg kurang berminyak & kurang berlemak. Lebihkan buah-buahan dan sayur.

Pilihlah buah-buahan & sayur-sayuran yg berbeza setiap hari bg elakkan rasa jemu.

Jika inginkan snek, ambil biskut atau roti yg tinggi kandungan serat. Agar rasa kenyang tu tahan lama.

Tak lupa juga, banyakkan meminum air masak. Kurangkan meminum minuman manis, berais & bergas.

Di samping itu, lakukan senaman. Mulakan dengan senaman yg ringan dulu & awak seronok lakukannya.


Begitulah serba sedikit tip yg dapat saya kongsikan. Harap ia memberi sedikit idea utk syikin memulakan usaha menguruskan badan.


Moga syikin berjaya kuruskan badan yea. :D


p.s: Jika syikin perlukan alat bantuan merampingkan badan, boleh pakai korset x-tra slim utk kuruskan badan ini [klik].

Tanpa Nama berkata...

kiter pun x boleh control..alahai,susah juga nk kuruskan badan nie....

oktant on Ogos 27, 2012 12:19 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Sebenarnya boleh walaupun pada permulaannya agak sukar.

Mulakan sedikit demi sedikit. Saya doakan awak berjaya menguruskan badan.

azzora arleena berkata...

kalu rasa cara sendiri yg tbaik buat lah jangan ikut cara yg kita rasa tak boleh buat

Tanpa Nama berkata...

sye takot limau nipis ramai org dlm ni ckp leh sakit perut asid btol ke ?? sy boy umo sye 17thn . boleh ke cpt proses kurus ? sy xmakan nasik tgh hari sy mkn lauk sje spti lauk ikan udang soton . mlm pown xmkn ape2 . minum air sunquick je . bpe lame tempoh sye leh kurus ? sy xgemok sgt , penin btol lah mane 1 ni sye xphm mcm nak bt ni

oktant on Oktober 19, 2012 9:53 PTG berkata...

@ azzora arleena: :)

@ Tanpa Nama: Jika adik tiada penyakit, boleh minum setiap kali selepas makan tengah hari dan makan malam. Cukup sekadar 2 kali sehari.

Sebenarnya, kalau nak kurus tidak perlu terburu-buru. Sebab ia agak mustahil untuk dilakukan. Saya pun tak galakkan kurus secara mendadak.

Sebab apa?

Nanti kesannya akan nampak pada kulit. Sistem dalam badan pun akan terkejut jika kurus terlalu cepat.


Apa yang penting, adik mesti tahu tahap aktiviti harian dan jenis makanan yang diambil.

Sebagai contoh nasi dan minuman air kosong. Setiap kali makan, ambil dalam kadar segenggam tangan saja.

Tapi kalau makan nasi dan minum air manis, kadar pengambilan nasi tu mesti dikurangkan. Sebab nasi mengandungi karbohirat. Gula dalam minuman tu pun karbohidrat.


Begitu juga kalau makan nasi dan lauk daging/ayam serta air manis. Kandungan nasi tu mesti dikurangkan lagi. Pastikan kombinasi nasi, daging/ayam dan gula dalam air kira-kira segenggam.


Jadi, pastikan kandungan karbohidrat yang diambil setiap kali makan mesti lebih kurang segenggam tangan adik.

Lagi banyak hidangan sampingan(mengandungi karbohidrat) yang diambil, kuantiti nasi mesti dikurangkan.


Kalau nak kurus, ambil karbohidrat kurang dalam segenggam setiap kali makan. Itu saja formulanya.

Lagi satu, senaman wajib dilakukan di samping diet di atas.

Begitulah serba sedikit gambaran yang dapat saya berikan buat adik.


InsyaAllah dalam 2-3 bulan pasti nampak perubahannya. Lebih hensem dan sihat.

Tanpa Nama berkata...

Salam saya nak bertanya..sekarang saya tgh nk berdiet..sya dh strt berpuasa..waktu sahur sya hanya makan roti n kaya n sahur lak sya mkn roti jgk..msa puasa sya tmbg mmg trn tp lps mkn msa sahur berat sya jd naikke berat asal..adakah sya ni jns ssh nk trnkn berat?

oktant on Februari 04, 2013 7:00 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt.

Alhamdulillah dan tahniah saya ucapkan sebab awak dah mula berdiet.

Kalau boleh, cuba awak timbang dalam 2 minggu selepas berdiet untuk melihat keberkesanan diet tersebut.

Seperkara lagi, jikalau awak timbang berat selepas makan, memang akan ada peningkatan. Tapi ianya normal sebab baru lepas makan. :)

Tanpa Nama berkata...

saya kdg2 raa sedih dan kecewa dengan berat badan sya yang susah nak turun.....skrg ni badan saya 64kg sya nk dpt kn berat badan 55 kg....dah macam2 ubat saya mkn....ble sya tgk dekat cermin saya rasa malu....tlglah mcmana nk dpt badan yg ideal balik....

Tanpa Nama berkata...

saya kdg2 raa sedih dan kecewa dengan berat badan sya yang susah nak turun.....skrg ni badan saya 64kg sya nk dpt kn berat badan 55 kg....dah macam2 ubat saya mkn....ble sya tgk dekat cermin saya rasa malu....tlglah mcmana nk dpt badan yg ideal balik....

Tanpa Nama berkata...


sye pena puasa n berbuka just makan roti n minum air jea..dalam mse 2 bln ley turunkn sbyk 10kg jeA..Skang badan naik balik..camne nk wat???

Tanpa Nama berkata...

Kes lupa baca tajuk la tu kot.....sabor je la...

oktant on Mac 15, 2014 12:54 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Mungkin juga. Ataupun terlepas pandang.

Pun begitu, saya doakan moga mereka semua benar-benar faham info di atas. Amiin.

Tanpa Nama berkata...

Jangan tinggalkan nasi dan makan pada waktu yg tepat. kurangkan pengambilan minyak garam dan lemak pd setiap hidangan dan lebihkan serat. Senaman mmg wajib dan konsisten dalam melakukannya akan beri hasil yang diingini. Ubah cara pengambilan makanan seharian In shaa Allah berat akan turun perlahan lahan

oktant on November 16, 2016 10:06 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Ya, saya setuju. Terima kasih atas tip yang tuan/puan kongsikan.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez