Amboi, panjangnya tajuk! Uhh... memang panjang, kan? Namun, saya benar-benar nak kongsikan tentang kelebihan sejenis tumbuhan ni. Ia berkhasiat dalam merawat penyakit asma (lelah), hilangkan panau serta meredakan demam.
Ya, tumbuhan yang saya maksudkan ialah Pokok Sungkai. Ada di antara anda yang tak kenal, kan? Kalau begitu, imej berikut mungkin boleh membantu. =)
Pokok Sungkai - blog Ku Alam
dan ini...
Pohon Sungkai - UmmAbdrahmaan@Flickr
Cara-cara merawatnya pula;
A. Rawatan penyakit Asma(Lelah)
1. Ambil pucuk muda daun sungkai.
Pucuk muda daun sungkai - UmmAbdrahmaan@Flickr
2. Keringkannya terlebih dulu selama beberapa hari di dalam rumah anda.
4. Biarkan ia selama beberapa minit atau sampai sebati.
5. Setelah air rendaman tadi suam, anda minumlah perlahan-lahan.
6. Amalan meminum air rendaman pucuk sungkai ni perlu dibuat setiap hari. Barulah dapat merasai kesannya. InsyaAllah.
*** Namun begitu, anda dinasihatkan berjumpa serta meminta nasihat doktor dulu untuk mengetahui tahap sebenar penyakit lelah anda. Selepas mendapat keizinan doktor, barulah anda amalkan petua ini.
B. Hilangkan panau dan meredakan demam
1. Ambil beberapa helai daun sungkai.
2. Rebuskannya dan jadikan sebagai demah.
***Menurut Kamus Dewan edisi ke-4, demah = benda (spt pasir, air, dll yg dipanaskan) utk menuam bahagian badan yg sakit.
C. Meredakan demam
1. Ambil beberapa helai daun sungkai.
2. Kisar daun tersebut untuk dibuat jus.
3. Campurkan jus tersebut ke dalam air mandian anda.
4. Mandi dengan air mandian ini dikatakan mampu mengurangkan suhu badan anda.
Begitulah 3 khasiat Pokok Sungkai yang boleh anda manfaatkan. Mudah-mudahan ia berguna buat anda. Terima kasih juga sebab sudi membaca petua ini hingga ke akhir. Anda memang terbaik lar!
10 komen on "Apakah Petua Hilangkan Panau, Meredakan Demam dan Rawatan Penyakit Asma?"
My father boil the sungkai leaves with asam keping and drink the water daily... it works well to keep his high blood pressure normal as well as his diabetes in check.
@ Tanpa Nama: Thanks for this additional tips. :)
rawatan tradisional..
;D
@ saya_arief: Ya Tuan. Harap dapat kongsikan dengan keluarga@kenalan sekiranya mereka mengalaminya.
Terima kasih. :)
tak payah gune daun2 tu..pegi jer kat farmasi cakap nak ubat anti fungal(dlm bhsa inggeris) @ubat hilangkan panau..dy terus kasi harga dlm 8...senang jer kan ...tapi kalo yg miskin gune la kaedah kat atas 2...dijamin korang punyer muke xde panAU DA LEPAS 2..INSYAALLAH
TP KALAU YANG MISKIN ? heloooo . suma org bole gune care nih la . yang kau nih berlagak sgt pesal . mesti kau ade panau banyak kan tuh pasal kau tau ;)))))
die jer kaye...eksen!!!!!
kan ada cerita dulu2 mengatakan NABI MUSA (KALAU TAK SILAP) dia sakit dan ramai orang nak tolong dia menggunakan tumbuh-tumbuhan yang ada. tapi dia tak mahu kerana dia yakin ALLAH akan sembuhakan penyakit dia. Dia tunggu lama sangat sampai dia sendiri bertanya kepada ALLAH. kenapakah kau tidak mahu menyembuhkan aku. lalu ALLAH menjawab tidak kah kau tahu siapakah yang mencipta tumbuh tumbuhan itu? dan berkata lagi "aku telah meletakkan penawar pada setiap tumbuh-tumbuhan ini untuk semua penyakit kecuali mati.."
WALLAHUALAM..
so??? BERSYUKURLAH... DARIPADA MENGGUNAKAN BAHAN KIMIA YANG KURANG ELOK..
Terima kasih atas peringatan saudara.
syukur lha bha ad0.jga ubat2x nak pulihkn sgala pnyakit..kir0 baek lha 2w..
Catat Ulasan