Petua Ringkas Mengubati Ulser Mulut

Posted by Unknown at Jumaat, Februari 04, 2011
Agak lama juga saya biarkan anda tanpa sebarang tambahan petua di blog ini. Harap maaf jika membuatkan anda tertunggu-tunggu. Sebenarnya, saya seronok membaca beberapa ebook yang baru dibeli bebaru ni. Antaranya seperti rahsia magnet duit dan rahsia mudah dot my. Itu pun belum sempat habis lagi.

Namun, khas buat anda, saya tetap nak kongsikan petua berkaitan ulser mulut. Ulser mulut ni ada juga yang sebut mata ikan. Kaedahnya agak mudah saja. Kalau tak percaya, anda bacalah cara merawatnya di bawah nanti ya. :)


Cuma bahan yang diperlukan ialah daun cemperai yang segar. Saya kurang pasti sama ada mudah untuk anda memperolehinya atau tidak. Namun, ia biasa tumbuh berhampiran pokok getah ataupun kelapa sawit. Tapi, anda dinasihatkan agar berhati-hati. Sebab berkemungkinan besar pokok cemperai yang tumbuh di situ beracun. Huhu...

Sebagai panduan, di bawah ni saya sertakan gambar pucuk cemperai agar anda dapat gambaran sikit mengenainya.


pucuk cemperai

Pucuk Cemperai- Norisah@flickr.com



Rawatan ulser mulut dengan daun cemperai ni mudah saja. Iaitu;


1. Anda ambil beberapa helai daun cemperai yang masih segar.

2. Tumbuk daun tersebut sampai lumat.

3. Akhir sekali, tampalkan daun tadi pada bahagian mulut yang mengalami ulser.

Anda boleh ulang kaedah di atas beberapa kali sehinggalah penyakit mata ikan tersebut baik.


Selamat Mencuba!

9 komen on "Petua Ringkas Mengubati Ulser Mulut"

oktant on Februari 04, 2011 7:13 PTG berkata...

@ armouris: Terima kasih atas info tambahan tersebut. :)

Tanpa Nama berkata...

qduii..sy sakit ulser nie.tolongg..daun tu takde :(

mann on Julai 25, 2012 10:27 PG berkata...

saya terkena ulser mulut hampir empat minggu tidak sembuh lagi cuma bekurangan sedikit. Doktor menasihati supaya jangan menggunakan obat kumur sebab saya seringkali menggunakan cecair kumur antiseptic sebelum ini kononnya untuk menjaga kebersihan mulut walhal penyakit lain yang dapat pula. Saya berkumur sehingga dua atau tiga kali sehari dengan cecair itu sehingga akhirnya terkena ulser!

oktant on Julai 26, 2012 4:42 PG berkata...

@ mann: Mann, terima kasih atas perkongsian.
Saya doakan mann lekas sembuh.

Tanpa Nama berkata...

sy mengalami masalah mulut berbau yang teramat sangat.tiap awal pagi akan keluar satu ketulan putih seperti nanah(berbau busuk)dari arah trakea saya apabila saya berkumur dengan kuat. Ini akan menyakitkan bahagian mulut saya. adakah cara lain selain cengkih,garam dan beras yang sebelum ini sy amalkan tetapi bau tersebut masih kuat.

oktant on Julai 27, 2012 8:05 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Saya amat bersimpati dengan keadaan awak.

Tapi, buat masa ini rasanya belum ada. Maaf ya.

Pun begitu, saya doakan awak segera menemui penawarnya dan lekas sembuh.

Tanpa Nama berkata...

saya biase sental jek tempat ulser tu dgn garam smpi kecut...memang sgt2 sakit tp 2-3 hari hilang...ade effect bahaye x saya wat cmtu?

rosnan on Julai 03, 2017 9:36 PG berkata...

Saya nasihatkan anda berjumpa doctor kerana nafas berbau yang mungkin berpunca dari perut perlu pemeriksaan menyeluruh.
Pastikan tiada bakteria H palori kerana ia boleh mengakibatkan cancer perut dan usus kalau tidak dirawat. Salah satu tanda ialah nafas berbau terlalu kuat.

oktant on Julai 05, 2017 12:01 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Saya tak berani nak pastikan sama ada ia ada kesan sampingan yang berbahaya atau tak.

Tapi, ada beberapa orang pernah buat seperti yang tuan lakukan. Setakat ini, saya belum pernah dengar apa-apa lagi kesan buruk dari mereka.

Wallahu'alam.


@ rosnan: Terima kasih tuan atas saranan serta perkongsian. Itu juga lebih baik untuk mengetahui masalah sebenar yang dihadapi.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez