Mahukan Anak yang Cantik, Cergas dan Pintar?

Posted by Unknown at Jumaat, Oktober 15, 2010
Andaikan anda seorang ibu yang tengah sarat mengandung. Dalam hati kecil ni, tentu berharap agar anak yang bakal lahir kelak cukup sifatnya. Cantik, sihat dan kalau boleh biarlah cerdik macam ibunya gaks. Pendek kata, sempurna sifatnya.

Sebagai seorang ibu yang berimpian sedemikian, anda haruslah berusaha sejak awal bagi merealisasikannya. Iaitu dengan mengamalkan beberapa petua berkaitan. Sesetengahnya memerlukan komitmen anda sejak bayi masih dalam awal kandungan lagi. Ada juga yang boleh dimulai selepas kandungan anda berusia 6 bulan ke atas.


anak yang cantik dan pintar
Gambar hiasan - Anak yang pintar



Amalan yang boleh anda buat untuk melahirkan bayi yang berkulit cantik adalah;

~ Memakan 3 hingga 5 biji epal merah setiap hari.

~ Mula amalkan sejak bayi masih di awal kandungan.


Katakanlah kandungan anda dah berusia 6 bulan atau lebih. Apakah yang boleh anda amalkan?

Hahh! Usah bimbang. Masih ada petua untuk anda. Ini dia;

~ Minumlah air kelapa muda seminggu sekali.

~ Namun, elakkan daripada terlalu kerap meminumnya. Ia bertujuan mengelakkan bayi lemah.


Kemudian, jika para ibu turut mahukan anaknya cergas dan pintar, bolehlah;

~ Memakan ikan laut setiap hari.

~ Contoh ikan laut yang baik ialah ikan salmon, tenggiri dan tuna.


Begitulah petua yang dapat saya coretkan buat para ibu sekalian. Jangan lupa amalkannya tau.



P.S: Khusus buat ibu yang mahukan maklumat tambahan supaya anak yang dilahirkan nanti pandai, boleh dapatkan panduan mendidik anak puan sampai pandai di sini.

16 komen on "Mahukan Anak yang Cantik, Cergas dan Pintar?"

Tanpa Nama berkata...

cantik or x smua anugrah tuhan yg mha kuasa......!!!!!!!11

oktant on Februari 02, 2011 2:03 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Memang betul. Tetapi kita boleh memohon doa kepadaNya agar dikurniakan anak yg terbaik. :)

Tanpa Nama berkata...

semoga saya selamat melahirkan bayi dan menndapat bayiyang comel dan pintar dengan izin allah

oktant on April 17, 2012 12:28 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Mudah-mudahan hajat puan dimakbulkan-Nya. Amin.

akin berkata...

hehe..alhamdulilah..masa mengandung pertama dulu,sy mmg ske mkn ikan..tu yg keluar anak cerdik sgt..bru nk masuk 3 thn x sabo nk p skola..hahaha..semoga atikah menjadi muslimah sejati amin..;)

oktant on Jun 08, 2012 6:05 PTG berkata...

@ akin: Syukur Alhamdulillah...

Saya pun doakan moga puteri puan akin, iaitu Atikah menjadi muslimah sejati. Amin.

Drop 2 shop on Oktober 19, 2012 11:33 PG berkata...

assalam, sy nak tambah skit ;-) makan kurma juga bagus untuk tumbesaran bayi dalam kandungan INSYALLAH bayi yg bakal lahir akan jadi cergas, pintar dan penyabar. INSYALLAH.

oktant on Oktober 19, 2012 9:12 PTG berkata...

@ Drop 2 shop: Waalaikumussalam wbt. Terima kasih atas info tersebut. Ya, kurma sememangnya berkhasiat dan baik untuk kita semua.

Tanpa Nama berkata...

petua utk 9bulan plak

noy on Jun 17, 2013 10:28 PTG berkata...

makan myk ikan yg mcm gel tu ada omega mmg tbukti, sya makan jenama elken. mmg anak sya cerdas dan cergas Alhamdulillah

oktant on Jun 27, 2013 9:44 PTG berkata...

@ noy: Terima kasih atas perkongsian noy.

Tanpa Nama berkata...

mcm mana kalu ank yg dh besar tapi ingin wajah cantik,pandai dan cergas pula????

bengkung moden on September 30, 2014 10:33 PG berkata...

Terima kasih atas perkongsian puan..:)

Unknown on Julai 09, 2015 11:20 PTG berkata...

nice info :-). terima kasih sharing

fatimah on Julai 31, 2015 5:47 PTG berkata...

Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Petua Cepat Hamil

oktant on Ogos 02, 2015 10:04 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Puan boleh amalkan pemakanan yang baik, utamakan kebersihan sertakan perbanyakkan doa padaNya. InsyaAllah.

@ bengkung moden: Sama-sama puan.

@ Rika Oktavia: Terima kasih kembali ya Rika.

@ Fatimah Bt Tony: Terima kasih kembali puan Fatimah.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez