5 Cara Kawal Berat Badan Ketika Bercuti?

Posted by Unknown at Ahad, Oktober 31, 2010
Sewaktu bercuti, seperkara yang mungkin menghantui diri anda ialah kesukaran untuk mengawal kenaikan berat badan. Agak susah nak kawal dan kekalkan berat badan masa ni, kan? Nak naik memanglah senang, tapi kalau nak turunkan biasanya memang sukar. Tup.. tup... lepas cuti, barulah tersedar yang badan ni makin berisi. Aduss...

Masalah sebegini memang selalu terjadi, tak gitu? Jadi, apakata anda cuba praktikkan beberapa garis panduan di bawah untuk mengekalkan berat badan;


1. Makan dengan Perlahan


Seperti yang pernah saya nyatakan, tabiat memakan makanan dengan perlahan akan membuatkan anda lebih cepat terasa kenyang.

Pakar nutrisi mendapati individu yang makan secara perlahan-lahan akan menyerap KURANG kalori berbanding jika makan secara cepat.


2. Pilih Makanan yang Perlu


Anda mesti tentukan apa yang ingin dimakan. Rancanglah mengikut keperluan tubuh. Sila abaikan makanan lain yang tak diperlukan dan elakkan daripada menurut nafsu.


Sebagai contoh, anda isikan separuh pinggan anda dengan sayur-sayuran. Manakala selebihnya barulah anda ambil makanan yang mengandungi protein dan kanji.


Penuhi pinggan dengan sayur - cutting-edge-mediterranean-recipes.com



3. Alas Perut Dulu


Sebelum keluar dari rumah, pastikan anda mengalas perut. Usah biarkan perut anda kosong. Tujuannya supaya gula dalam darah dapat distabilkan.

Kemudian, barulah anda keluar untuk bersiar-siar ataupun menghadiri sesuatu majlis. Jadi, andaikata anda disajikan makanan yang enak, ketika itu anda mampu mengawal nafsu dan lebih bijak dalam memilih hidangan yang perlu dimakan.


4. Memakai Pakaian Ikut Bentuk Tubuh


Apabila memakai pakaian sebegini, tentu anda mudah mengesan perubahan yang berlaku. Secara tak langsung, anda pasti akan berusaha sedaya upaya dalam mengawal pemakanan yang diambil.


5. Bersenam


Mahu atau tidak, anda mesti bersenam untuk mengawal serta mengekalkan berat badan semasa. Ia penting bagi membakar kalori dan membentuk badan.

Aktiviti senaman atau riadah tak semestinya yang berat-berat. Cukup sekadar mengeluarkan peluh seperti berjalan kaki dan senaman ringan lain.

Berjalan Kaki - objectify.com.my


Lakukannya dalam 20 hingga 30 minit setiap hari.


Mudah-mudahan 5 langkah ini mampu memastikan berat badan kekal sihat walaupun sedang bercuti panjang!

5 komen on "5 Cara Kawal Berat Badan Ketika Bercuti?"

Tanpa Nama berkata...

amalkan buat senam .

Tanpa Nama berkata...

hmmm bagus tips anda ..tp kalo bab pakai pakaian yg ketat saya xsetuju ini kerana ..dlm islam dah menetapkan syariat bahawa kaum wanita tdk boleh memakai pakaian yg mengikut bentuk tubuh...tq

oktant on Mac 16, 2011 12:29 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih... Ya, saya bersetuju dgn awak mengenai perkara tersebut.

siti berkata...

Saya bersetuju dengan makan secara perlahan dapat menahan rasa lapar...dulu berat saya 96 kg sekarang 82 kg...kawal makan x akan merugikan anda.Minum air putih lebih kurang Satu botol besar...anda akan merasa kenyang malah kulit akan sentiasa lembab dan tidak kering...percaya lah tentu akan berhasil

Unknown on Disember 16, 2011 10:21 PTG berkata...

@ siti: Terima kasih banyak siti atas perkongsian pengalaman. Tentu ia dpt membakar semangat kawan-kawan kita yg lain. :D

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez