Cara Memutihkan Gigi dengan Strawberi

Posted by Unknown at Sabtu, Oktober 16, 2010
Bagi penggemar kopi mahupun teh, anda mungkin sedang berdepan dengan masalah gigi kekuningan. Sesetengah anda mungkin dah lama mengalaminya. Ada yang dah cuba bermacam cara, tapi tiada sebarang perubahan. Letih dibuatnya.

Kalau begitu, saya nak bantu anda dengan menambah satu lagi cara memutihkan gigi. Harap anda yang bermasalah tu, sudi-sudikanlah mencubanya ya. Siapa tahu, usaha anda akan membuahkan hasil.

Cara memutihkan gigi yang disyorkan adalah dengan memanfaatkan khasiat yang ada pada buah strawberi.


Buah Strawberi - thedailygreen.com




Mengapa pula strawberi?


Buah strawberi ni mengandungi asid yang bertindak sebagai khasiat pemutih. Di mana ia mampu menghilangkan kesan makanan seperti kopi dan teh. Jelas?


Jadi, untuk memutihkan gigi anda, ikut saja langkah berikut;


1. Ambil sebiji buah strawberi.

2. Kemudian, hancurkannya dengan jari anda (pastikan jari anda tu bersih tau).

3. Gosokkan buah strawberi yang telah dihancurkan pada gigi yang kekuningan.

4. Biarkan ia seketika dalam 2 minit.

5. Akhir sekali, bilas gigi anda dan seterusnya gosoklah gigi seperti biasa.



Selamat Mencuba!

13 komen on "Cara Memutihkan Gigi dengan Strawberi"

Tanpa Nama berkata...

wah..time kasih banyak, lepas ni saya nak buat ubat gigi strawberry lak..ok x?

oktant on Disember 22, 2010 9:17 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Sama-sama. Bagus gak tu. Utk org dewasa.

Sebab ubat gigi kanak2 (perisa strawberi) memang dah ada di pasaran. Utk dewasa, tak pasti.

Tanpa Nama berkata...

selain guna strawberi tak leh guna benda lain kew??

anyeonghaseyo berkata...

1st time dgr pkai strawberry bole bg putih gigi..sthu sy pkai arang pon bole..tumbuk arang shingga halus dan gsok brsama ubat gigi..amalkn stiap ari utk ksan yg lbih memuaskn..insyaallah berksan..tp ade stgah org ckp kbyakn org yg brkulit cerah selalunye gigi mmg nmpak mcm kuning skit..hehe..tp papepon try la dlu..x try mne kte nk thu hsilnyekn??

oktant on Jun 23, 2011 3:43 PG berkata...

@ anyeonghaseyo: Oh, baru 1st time dengar yea. :)

Terima kasih tau sebab sudi kongsi petua guna arang tu. Sy yakin ia pasti berguna buat rakan-rakan yang tertanya-tanya cara lain utk putihkan gigi. ;D

Tanpa Nama berkata...

Nak senang kunyah 2 biji strawberi peram dalam mulut, jangan telan dulu selama 2 minit.

GIGI PUTIH, PERUT PUN KENYANG!!

oktant on Oktober 12, 2011 12:22 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Haha... nikmatnya 2 dlm 1. Terima kasih yea.

gigi putih berkata...

gosok guna apa? BERUS GIGI KE?

Unknown on Februari 02, 2012 10:01 PTG berkata...

@ gigi putih: Ya, boleh gunakan berus gigi. ;)

Tanpa Nama berkata...

tips nie okuy jugak kan . thanks sudi berkongsi . saya daa cube . ia amat berkesan :)

oktant on Februari 27, 2012 4:32 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Sesama. Terima kasih juga sebab sudi kongsi pengalaman. :D

Tanpa Nama berkata...

gne habuk daun kelapa yg sudah hangus dbakar pn bole gk...ia boleh memutihkn gigi..:)

oktant on Mei 08, 2012 3:48 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih atas perkongsian.

Ilmu baru utk saya ni. :D

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez